Beranikah DAP memansuhkan konsep anutan mereka "Malaysian Malaysia" ? Jika benar mereka sudah berubah dan tidak rasis lagi, DAP patut mansuhkan "papan tanda" Malaysian Malaysia di dahi ahli masing-masing.
Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP sudah tidak relevan dengan masa kini, apatah lagi bila mereka berada dalam pakatan HARAPAN.
Namun pada penulis, harapan untuk melihat DAP mengubah akar pendirian mereka adalah cukup mustahil. Apa yang boleh mereka lakukan setakat ini adalah bermain wayang.
Kenapa penulis mengatakan demikian ? Tengoklah sendiri siapa tokoh yang paling utama dalam pakatan HARAPAN ? Ada nampak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Nga Kor Meng ? Tak ada kan ! Kenapa mereka boleh benarkan musuh tradisi mereka Tun Dr. Mahathir menjadi antara orang penting dalam pakatan HARAPAN ? Jawapannya, semua itu adalah wayang opera.
DAP tidak akan sesekali memansuhkan konsep yang telah menjadi darah daging mereka. Apa yang mereka lakukan hanyalah lakonan untuk diterima oleh orang Melayu, kerana mereka sedar orang Melayu yang setia kepada Rajanya tidak boleh menerima seorang ketua yang selain daripada Melayu dan Islam.
Sebab itulah DAP tidak berani langsung menyanggah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mencabarnya menafikan dirinya bukan rasis. Tan Sri Annuar beberapa kali menegaskan bahawa Kit Siang adalah seorang rasis, anti-Islam dan diktator politik. Sehingga kini cabarannya kepada Penasihat DAP itu agar mendakwanya di mahkamah jika apa yang disebutkan itu tidak benar masih lagi tidak bersambut. Tak berani lah tu.
DAP cukup benci dengan UMNO yang begitu teguh mempertahankan beberapa peruntukan Pelembagaan yang menyentuh hak bumiputra dan pribumi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 dan lain-lainnya. DAP beberapa kali mempertikai perkara ini.
Kalau berani DAP boleh mendesak Peguam Negara untuk menyiasat Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang pernah melobi komuniti dunia untuk mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘batal dan tidak sah’. Adakah tindakan Hindraf ini bercorak nasional? Adakah ini tindakan rasis?”
Rakyat Malaysia amat mengalu-alukan cadangan DAP supaya Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyiasat pertubuhan berkenaan kerana menggelarkan sebagai ‘raja segala rasis’ di negara ini.
UMNO sering dilabelkan rasis oleh pelbagai pihak kerana mereka bimbang dengan kekuatan perjuangan Perkasa dalam membela nasib Islam, pribumi dan tanah air yang cuba diganggu gugat oleh puak mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
DAP atau sesiapa pun diingatkan tidak mencari publisiti murahan menggunakan populariti Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mempunyai ratusan ribu ahli di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment