Monday, August 21, 2017

PEMANDU BAS TIADA LESEN: SPAD JALANKAN SIASATAN SEGERA




Negara kita telah di pilih sebagai tuan rumah kepada Sukan SEA yang ke 29. Oleh itu sebagai tuan rumah yang bertanggungjawab, kita perlu menyediakan segala kelengkapan  dan keperluan terutama keselamatan para atlet dan juga penonton yang datang ke sukan SEA ini.Namun malangnya ada juga perkara yang terlepas pandang atau  mungkin di buat secara sambil lewa.

 Apa yang penulis maksudkan ialah satu insiden yang memalukan berlaku apabila  seorang lelaki yang bertugas sebagai pemandu bas pasukan bolasepak wanita Myammar ditahan selepas disyaki mengambil seutas jam tangan milik seorang pegawai pasukan bola sepak wanita Malaysia.

Hasil dari aduan tersebut pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 26 tahun, dari siasatan yang dibuat lelaki ini juga tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Bertindak dari laporan tersebut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memanggil pihak pengurusan Kiffah Travel & Tours Sdn. Bhd bagi membantu siasatan kes pemandu Sukan SEA 2017 (KL2017) daripada syarikat berkenaan yang dipercayai tidak mempunyai lesen memandu.

SPAD juga akan berkerjasama dengan pihak Polis dan JPJ bagi menjalankan pemantauan yang ketat terhadap pengendali yang dilantik bagi memastikan  senarai lengkap pemandu dan kenderaan akan disemak dan diperiksa selanjutnya. Perkara ini bukan sahaja melibatkan maruah negara bahkan keselamatan para atlet dan pegawai-pegawai yang bertugas juga. Bayangkan andai berlaku insiden yang tidak diingini samada ada kemalangan atau sebagainya, apa kita nak jawab kepada dunia. Orang luar tentu akan mempertikai sistem kawalan keselamatan negara kita. 


Justeru itu  SPAD telah mengerahkan lebih 100 anggota penguatkuasa SPAD ke semua lokasi acara sukan utama bagi meningkatkan aktiviti penguatkuasaan untuk memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat wajib keselamatan ICOP dan pelesenan.

No comments:

Post a Comment