Monday, May 29, 2017

PERANG DUA PUAK DALAM PKR






Krisis dalaman PKR sema­kin bergolak apabila pemimpin muda dalam parti itu membuat tuntutan secara terbuka terhadap Naib Presiden, Rafizi Ramli supaya bersikap telus berkaitan dana yang melibatkan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pimpinannya.


Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah yang sedang bercuti daripada jawatannya kerana berdepan dengan pertuduhan rasuah mendakwa, beliau dan ramai pemimpin parti itu termasuk aktivis, telah lama bersabar dan kini tidak boleh berdiam diri lagi demi menjaga reputasi parti.

Dakwa beliau, kebimbangan terbesar mereka adalah kutipan dana secara besar-besaran daripada orang awam untuk kepentingan pertubuhan pusat tinjauan Invoke dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), tetapi sehingga hari ini, Rafizi gagal mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut.

Walau bagai­ma­na­pun, Rafizi tampil menjawab tuntutan Adam Rosly itu dengan mendedahkan pendapatan Invoke sejak ditubuhkan hingga 30 April lalu adalah sebanyak RM2.78 juta.


Daripada jum­lah itu, RM787,049 dikatakan disuntik secara peribadi daripada dana berpunca simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera.

Berdasarkan butiran itu, sebahagian besar dana Invoke berpunca daripada majlis kutipan dana iaitu sebanyak RM857,369 dan dibelanjakan untuk gaji kakitangan (RM888,487), talian telefon dan internet pusat panggilan (RM326,301) serta aset tetap (RM300,341).

“Saya juga terpaksa menambah suntikan setiap bulan dari gaji saya dan dengan membayar beberapa perbelanjaan Invoke menggunakan kad kredit saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment