Tidak ada satu pun agenda pakatan pembangkang dalam usaha untuk membela rakyat mahupun membina negara. Apa yang mereka mahukan hanyalah mengharu harakan negara dengan menjaja fitnah dan cerita bohong.
Perkara ini diakui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Parti PPBM. Baliau mengakui parti itu terpaksa membentuk gabungan bersama DAP, PKR dan PAN biar pun tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang diperjuangkan oleh parti-parti tersebut demi mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tubuhkan PPBM dan tujuan parti ini satu saja, iaitu untuk jatuhkan Najib. Untuk ini, kita sedar bahawa sebuah parti saja tak mungkin berjaya seperti juga BN, kalau UMNO atau Najib saja, mereka tak boleh tubuh kerajaan.
Jelas sekali tiada satu pun agenda pakatan pembangkang untuk membina negara dan membantu rakyat. Semuanya hanya ada kepentingan sendiri.
Oleh itu kita tidak hairan jika mereka tiada calon yang layak untuk dinobatkan menjadi calon Perdana Menteri. Kesemua pemimpin-pemimpin mereka jenis gila kuasa.
Contohnya ahli parlimen DAP Anthony Loke yang mahukan Dr. Wan Azizah (Kak Wan) sebagai Perdana Menteri. Anthony memilihnya bukan kerana kredibiliti Kak Wan sebagai Perdana Menteri, tidak ada tokoh pun, jadi MP pun tergapai-gapai, tergagap-gagap. DAP pilih Wan Azizah kerana dia boleh dipergunakan dan dijadikan lembu, senang nak cuck hidung. Itu saja sebabnya yang DAP nak sangat Kak Wan jadi PM.
Manakala Zaid Ibrahim pula beria-ria mahukan Tun Mahathir yang patut jadi Perdana Menteri, padahal dia seorang ahli DAP. Kehendak Zahid kita tahu kerana dia juga mengidam hendakan jawatan-jawatan penting tertentu dalam kerajaan andai pakatan menang.
Bagi ahli PPBM, calun Perdana Menteri mereka tak lain tak bukan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan ada sebahgian daripada mereka berkiblatkan anak Tun Mahathir iaitu Datuk Seri Mukriz.
Justeru itu kita dapat lihat betapa berkecamuknya parti-parti dalam Pakatan Harapan yang di kuasai DAP.
Kuasa mutlak DAP ini kita tidak dapat pertikaikan, ini bleh dilihat dalam isu bekas Menteir Besar Selangor Tan Sri Khalid betapa DAP memainkan peranan besar dalam usahanya menjatuhkan tan Sri Khalid Ibrahim.
Permainan kotor yang digelar Langkah Kajang telah memakan diri apabila harapan mereka untuk menaikan Dr. Wan Azizah tidak berjaya yang mana telah langkah Wan Azizah di sekat oleh Azmin Ali.
Dendam yang tersimpan lama kini akhirnya terbuka apabila kemelut PAS dengan PKR bertambah meruncing. PAS yang tegas memutuskan percintaan mereka dengan PKR telah membuat kedudukan pakatan di Selangor goyah. Kedudukan Azmin tergugat, jika PAS keluar dari kerajaan Selangor maka kerusi MB akan goyang.
Namun apa pilihan yang ada, Wan Azizah sebagai presiden PKR menggunakan kuasanya meminta semua exco PKR didalam kerajaan Kelantan letak jawatan serta merta. Ianya satu tamparan kepada kerajaan PAS Kelantan dan tak kurang juga kepada Azmin.
Sama ada PAS perlu keluar atau exconya di Selangor akan dipecat, PAS tiada jalan keluar lain.
Dalam pada masa yang sama DAP terus menekan Azmin agar memecat ketiga-tiga exco PAS dan menggantikan anjing peliharaannya daripada parti PAN. Entah apa kesudahannya pun kita tidak tahu, yan pasti Pakatan Pembangkang kucar kacir dan caca marba.
Mereka langsung tidak memikirkan hal rakyat, mereka tidak berusaha mencari jalan penyelsaian. Rakyat dibiarkan dengan pelbagai masalah yang tidak kunjung padam. apa yang mereka lakukan ialah terus merompak hasil mahsul negeri.
Cuba pembangkang tunjukkan IDEA macam mana nak bangunkan negara lebih baik daripada apa yang kerajaan UMNO / Barisan Nasional lakukan.
Kita perlukan idea yang bernas dan mantap. Ada lebih 30 juta rakyat kita nak suap makan ni. Bukan cerita kosong seperti Fitnah bag Rosmah, cincin 24 juta, Najib jual negara dan lain-lain lagi.
Rakyat nak dengar idea pembangunan negara. Bukan setakat idea nak jual meja 30k, atau nak jual pantun kat PM. Itu semua rakyat tak mau tahu.
Isu plastik 20 sen tak boleh selesai, isu tarif air naik tak boleh selesai, isu perebutan kuasa di Selangor tak boleh selesai. Sebenarnya pembangkang nak bagitau apa dekat rakyat ni ?
Kalau nak bagitau PRU 14 ni undi BARISAN NASIONAL cakaplah awwal-awal. Tak payah nak berkias-kias tunjuk ketidakmampuan mentadbir negara seperti UMNO / Barisan Nasional.
Beginikah kerajaan yang kita nak serahkan nasib kepada mereka ? Alamat hancurlah negara. Oleh itu sama-samalah kita pertahankan maruh agama, bangsa dan tanah air.
No comments:
Post a Comment