Friday, April 7, 2017

MUAFAKAT UMAT ISLAM ATASI PAKATAN LAKNAT




Hasil muafakat umat Islam dengan izin Allah, RUU 355 berjaya dibentang di parlimen semalam.

Dengan pembentangan ini Ahli Parlimen bukan Islam mendapat penjelasan bagaimanakan perlaksanaan sesuatu hukuman dilakukan dalam Islam.

Tidak dapat tidak mereka terpaksa mengakui hukuman dalam Islam lebih kepada berbentuk pengajaran dan bukannya siksaan.






Cadangan pindaan dalam Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355) bukan jalan belakang untuk melaksanakan hukuman hudud, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anggota Parlimen Marang itu berkata, pelaksanaan undang-undang yang menyamai hudud dalam syariah adalah proses yang sukar kerana ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Ia (tiga pindaan itu) perkara sukar dilakukan," katanya ketika membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Hadi menegaskan bahawa usul pindaan akta 355 ini juga hanya terpakai kepada orang Islam di negara ini dan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam.

Menurutnya, sejarah juga telah membuktikan bahawa sejak akta itu diluluskan 52 tahun lalu, belum ada orang bukan Islam didakwa di bawah kesalahan jenayah syariah di bawah akta induk itu.

Beliau menarik perhatian bahawa bidang kuasa sedia ada Mahkamah Syariah yang mengguna pakai Akta 355 masih rendah berbanding bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas 1 yang kebiasaannya boleh membicarakan kes boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, dan boleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara atau denda RM10,000 atau sebatan 12 pukulan atau gabungannya.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah juga, katanya jauh ketinggalan berbanding Mahkamah Sivil, sebagai contoh bagi kesalahan di bawah Akta Hidupan Liar, mereka yang disabit bersalah boleh didenda sehingga RM50,000.

"Sedangkan Mahkamah Syariah, seperti mengajar ajaran sesat yang berjaya seleweng akidah atau murtadkan orang Islam, jika disabit kesalahan hanya boleh didenda RM5,000, adakah itu harganya akidah seorang Muslim.

"Adakah kita tergamak membiarkan agama Allah, dimartabatkan sedemikian rendah di negara kita, yang memperuntukkan agama Islam selaku agama negara di bawah perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sejurus Abdul Hadi selesai membentangkan usul itu, anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan kemudian membuat huraian lanjut bahawa pindaan Akta 355 itu tiada kaitan langsung dengan hukum hudud.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata walaupun pindaan itu turut melibatkan hukuman 100 kali sebatan namun hukuman itu diperuntukkan dalam al-Quran.

"Walaupun berdasarkan Islam tetapi ia bukan hukum hudud sebab hukum hudud ada ciri-ciri sendiri, tetapi kalau hukum hudud pun, ia tidak ada kaitan dengan orang bukan Islam seperti Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Kelantan yang tidak terpakai oleh orang bukan Islam," katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian membuat rumusan bahawa usul itu akan dibahas dan diputuskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

"Saya faham RUU355 sebelum ini samar-samar kerana banyak risalah dan pendapat yang telah saya peroleh. Setelah mendengar hujahan anggota Parlimen Marang dan hujah sokongan Anggota Parlimen Kota Bharu, saya benar-benar jelas dengan sejarah," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian bangun untuk mencadangkan agar mesyuarat hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Dengan sokongan majoriti, persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan




No comments:

Post a Comment