Wednesday, March 9, 2016

REKOD YANG ADA MENGESAHKAN SERPIHAN MILIK #MH370



Pecarian MH370 selama lebih kurang 2 tahun lalu kini menunjukkan perkembangan yang positif. Pasukan penyiasat Malaysia mengesahkan  serpihan pesawat (flaperon) yang dijumpai di Pulau Reunion adalah dari pesawat MH370. Ini juga telah diakui oleh penyiasat dari Perancis.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia Airlines System (MAS) menyimpan semua rekod teknikal MH370 oleh itu ia memudahkan kita untuk menentukan serpihan pesawat yang ditemui adalah dari pesawat MH370. Maklumat Fakta disediakan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370.

Manakala Perancis bekerjasama dengan syarikat Boeing untuk mendapatkan nombor pengesahan bagi menentukan serpihan pesawat itu datang dari MH370 dan melakukan kajian serta membuat pemeriksaan selanjutnya. Akhirnya jumaat lepas penyiasat Perancis mengesahkannya serpihan flaperon itu adalah dari pesawat MH370 milik MAS.

Kenyataan ini datangnya dari pejabat pendakwaraya Perancis yang mengesahkan berdasarkan beberapa bukti seperti nombor siri yang terdapat pada serpihan flaperon sama seperti rekod yang disimpan dalam syarikat pembuat komponen sayap pesawat dari Sepanyol.

Pengesahan ini akan lebih memudahkan pasukan penyiasat menumpukan kawasan penyiasatan dan pencarian mereka selama ini terhadap pesawat Boeing 777 MAS yang hilang sejak 2 tahun yang lalu. 

Bagi Tiong Lai, bagi pihaknya beliau memahami terdapat pelbagai cara pengesahan yang dilakukan bagi mengenalpasti identiti serpihan pesawat tersebut. Malaysia juga katanya akan menunggu pakar-pakar dari Kumpulan Kerja Strategik Pencarian MH370 yang dianggotai Malaysia, China dan Australia dalam menentukan strategi dalam usaha pencarian MH370.

Akhirnya, misteri kehilangan pesawat Boeing MH370 menemui titik-titik jalan penyelesaian setelah 515 hari ia hilang. 

Mengimbas kembali peristiwa Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 yang dijadualkan ke Beijing dengan membawa 239 penumpang termasuk anak kapal terputus perhubungan radar selepas melalui titik laluan sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) -

No comments:

Post a Comment