Ramai benar yang menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkenaan penagguhan pemgambilan warga asing dari Bangladesh bekerja di Malaysia.
Sebelum ini ramai dikalangan para belia menyatakan berani menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri untuk brkerja di sektor 3D iaitu Danger , Dirty and Dificult. Oleh itu dengan pengumuman tersebut diharap para belia kita bersedia untuk menyeburi sektor kerja 3D ini.
Menurut Zahid lagi penanguhan itu bertujuan untuk kerajaan meneliti semula keputusan terhadap pembayaran levi yang telah diputuskan sebelum ini. Penanguhan ini akan diteruskan sehingga kerajaan berpuashati dengan keperluan sebenar pekerja asing yang diperlukan oleh industri.
Namun begitu bagi Pengerusi Felda, Ta Sri Mohd. Isa Abd Samad, beliau pernah menyatakan bahawa cadangan kerajaan untuk membawa masuk pekerja asing ke dalam negara perlu dilihat sebagai satu cara mengatasi kekurangan tenaga kerja terutama kerja yang tidak disukai penduduk tempatan.
Jika orang muda terus memilih kerja dan tidak berminat bekerja di sektor perladangan dan pembinaan maka akhirnya kerajaan tidak ada pilihan.
Felda Global Ventures (FGV) contohnya masih lagi mengunakan tenaga kerja dari Indonesia untuk bekerja diladang-ladang kelapa sawit di seluruh negara. Jika berlaku kekurangan pekerja, sudah tentu pekerja Bangladesh dapat mengatasi masalah ini.
Menurut perangkaan di Malaysia kadar penganguran negara ialah sebanyak 3.3 % setahun. Lebih dari 400,000 orang mencari kerja setiap masa di Malaysia. Mungkinkah dalam jumlah ini yang rata-ratanya mempunyai ijazah, diploma dan sijil mahu berkerja di sektor kerja 3D ? Bolehkah mereka bekerja diladang-ladang mengantikan pekerja Bangladesh dan Indonesia ? Hanya mereka sahaja yang mampu menjawabnya didalam sanubari masing-masing ?
Bagi Tan Sri Isa, sehingga kini keperluan mengunakan khidmat tenagan kerja Bangladesh msih lagi menjadi keutamaan. Apa yang perlu kita hadapi hari ini adalah realiti keadaan semasa yang masih memerlukan tenaga kerja dari luar.
Saya yakin masih ada belia kita yang sanggup bekerja di sektor 3D in, namun berapa ramai yang mampu memenuhi inustri ini. Akhir sekali saya yakin kita semua akan kembali rasional apabila keperluan memenuhi sektor ini kembali menghimpit negara.
No comments:
Post a Comment