Monday, February 29, 2016

GPPBSM MOHON REBAT BAS SEKOLAH





Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) memohon bantuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) agar mengusulkan permohonan mereka kepada kerajaan agar bayaran rebat sebanyak RM10,000 di bawah Skim Penggantian Bas Sekolah kepada pengusaha bas sekolah diteruskan.

Skim ini dikatakan dapat membantu dan meringankan beban pengusaha untuk membeli bas baru. Sebenarnya kos operasi bas sekolah makin tinggi. Pendapatan bas sekolah hanya dapat dikutip 10 bulan sahaja dalam setahun, sedangkan perbelajaannya sehingga 12 bulan. 


Presiden GPPBSM, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kebanyakan pengusaha Bas sekolah amat memerlukan skim ini kerana ianya dapat membantu mereka mengurangkan kos penyelengaraan setiap tahun yang dikatakan semakin meningkat. Untuk memiliki Bas baru pun tidak mampu kerana harganya kini mencecah lebih RM400,000. Mana mungkin dengan pendapatan sebagai pengusaha bas sekolah. 

 Menurutnya lagi, ada lebih kurang 5000 bas sekolah diseluruh negara yang perlu diganti kerana telah berusia lebih dari 25 tahun. Oleh itu beliau berharap agar SPAD membawa masalah mereka ini kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. 

Amat membimbangkan jika bas-bas ini tidak ditukar ia akan mengganggu perjalanan urusan anak-anak ke sekolah, faktor keselamatan dan juga  menyukarkan pengusaha untuk membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengakui Skim Penggantian Bas Sekolah yang diperkenalkan pada 2014 sangat membantu pengusaha bas sekolah mengantikan kenderaan mereka yang telah usang. Dengan Dana 40 juta ianya sudah cukup mencukupi untuk pengusaha bas sekolah menukar kenderaan yang usang.

Apa yang menjadi masalah, ramai pengusaha tidak memenuhi syarat pinjaman yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Dari 40 juta hanya 11 juta sahaja yang manfaatkan pinjaman ini. Bahkan ada diantara mereka gagal melunaskan balik pinjaman tersebut. Sedangkan inilah pekara yang amat dititik beratkan oleh pihak bank. 

Justeru itu, Syed Hamid berjanji akan berusaha untuk menyemak kembali syarat-syarat pemberian rebat tersebut. Walaupun begitu semuanya bergantung kepada budi bicara pihak institusi perbankan.


Bagi Pemuda Selempang Merah, kerajaan wajar mendengar keluh kesah masalah yang menjadi beban diatas kepala mereka. Keselamatan bas sekolah amat penting untuk kerajaan ambil Perhatian kerana ia melibatkan nyawa kanak-kanak sekolah. Mungkin ada kaedah tertentu yang kerajaan dan SPAD boleh fikirkan untuk membantu mereka. 

Kepercayaan pengusaha bas kepada SPAD dan kerajaan dalam menyelesaikan isu ini menunjukkan keyakinan mereka kepada kerajaan  untuk menyelesaikan masalah ini. Semoga apa yang dihadapan oleh mereka menjadi kenyataan. 

No comments:

Post a Comment