Monday, February 29, 2016

GPPBSM MOHON REBAT BAS SEKOLAH





Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) memohon bantuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) agar mengusulkan permohonan mereka kepada kerajaan agar bayaran rebat sebanyak RM10,000 di bawah Skim Penggantian Bas Sekolah kepada pengusaha bas sekolah diteruskan.

Skim ini dikatakan dapat membantu dan meringankan beban pengusaha untuk membeli bas baru. Sebenarnya kos operasi bas sekolah makin tinggi. Pendapatan bas sekolah hanya dapat dikutip 10 bulan sahaja dalam setahun, sedangkan perbelajaannya sehingga 12 bulan. 


Presiden GPPBSM, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata, kebanyakan pengusaha Bas sekolah amat memerlukan skim ini kerana ianya dapat membantu mereka mengurangkan kos penyelengaraan setiap tahun yang dikatakan semakin meningkat. Untuk memiliki Bas baru pun tidak mampu kerana harganya kini mencecah lebih RM400,000. Mana mungkin dengan pendapatan sebagai pengusaha bas sekolah. 

 Menurutnya lagi, ada lebih kurang 5000 bas sekolah diseluruh negara yang perlu diganti kerana telah berusia lebih dari 25 tahun. Oleh itu beliau berharap agar SPAD membawa masalah mereka ini kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. 

Amat membimbangkan jika bas-bas ini tidak ditukar ia akan mengganggu perjalanan urusan anak-anak ke sekolah, faktor keselamatan dan juga  menyukarkan pengusaha untuk membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengakui Skim Penggantian Bas Sekolah yang diperkenalkan pada 2014 sangat membantu pengusaha bas sekolah mengantikan kenderaan mereka yang telah usang. Dengan Dana 40 juta ianya sudah cukup mencukupi untuk pengusaha bas sekolah menukar kenderaan yang usang.

Apa yang menjadi masalah, ramai pengusaha tidak memenuhi syarat pinjaman yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Dari 40 juta hanya 11 juta sahaja yang manfaatkan pinjaman ini. Bahkan ada diantara mereka gagal melunaskan balik pinjaman tersebut. Sedangkan inilah pekara yang amat dititik beratkan oleh pihak bank. 

Justeru itu, Syed Hamid berjanji akan berusaha untuk menyemak kembali syarat-syarat pemberian rebat tersebut. Walaupun begitu semuanya bergantung kepada budi bicara pihak institusi perbankan.


Bagi Pemuda Selempang Merah, kerajaan wajar mendengar keluh kesah masalah yang menjadi beban diatas kepala mereka. Keselamatan bas sekolah amat penting untuk kerajaan ambil Perhatian kerana ia melibatkan nyawa kanak-kanak sekolah. Mungkin ada kaedah tertentu yang kerajaan dan SPAD boleh fikirkan untuk membantu mereka. 

Kepercayaan pengusaha bas kepada SPAD dan kerajaan dalam menyelesaikan isu ini menunjukkan keyakinan mereka kepada kerajaan  untuk menyelesaikan masalah ini. Semoga apa yang dihadapan oleh mereka menjadi kenyataan. 

Sunday, February 28, 2016

SUMBANGAN McDONALD's KEPADA MASYARAKAT SEPANJANG TAHUN 2015


Sebagai sebuah syarikat yang dekat dengan masyarakat, McDonald's tidak pernah melupakan khidmatnya kepada masyarakat. Sepanjang tahun 2015 sahaja telah banyak aktiviti yang telah McDonald's lakukan kepada masyarakat. Ini menunjukkan McDonald's sentiasa mendekati masyarakat tanpa mengira  kaum, pangkat atau latarbelakang. Dibawah adalah senarai aktiviti kemasyarakatan yang telah dilaksanakan sepanjang 2015.


1. Ronald McDonald Charities House (RMHC)
Salah satu sumbangan terbesar McDonald's kepada masyarakat datangnya daripada RMHC. Untuk tahun 2015  sumbangan masyarakat dari tabung derma berjumlah RM813,440. Sebahagian besar sumbangan ini digunakan dalam melaksanakan program-program kemasyarakatan didalam RMHC antaranya :
1- Ronald McDonald House
2- Ronald McDonald Sensory Room
3- Ronald McDonlad Gift of Smile
4- Ronlad McDonald Scholarship Programme 
Sebahagian sumbangan ini juga digunakan untuk membantu mangsa banjir dan juga gempa bumi di Sabah. 


2.Bantuan Banjir
Hasil kutipan dari tabung derma RMHC pada bula Januari dan Februari 2015 telah digunakan untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur Malaysia. Dana yang berjumlah RM425,000 telah digunakan untuk membantu 34 buah sekolah antaranya membina semula laluan baru untuk pejalan kaki, membaiki surau, mengantikan kerusi meja yang rosak dan juga membeli komputer baru.

Antara sekolah yang menerima bantuan tersebut ialah dari daerah Kuala Krai, Manik Urai dan Dabong di Kelantan serta sekolah di daerah Kemaman, Dungun, dan Kuala Terengganu di Terengganu. 



3. Bantuan Gempa Bumi di Sabah
Sebahagian dari sumbangan Tabung Derma RMHC jug digunakan untuk membantu mangsa gempa bumi di Sabah. Wang yang dikumpulkan dari jualan minuman sejuk beku dan tabung derma yang berjumlah RM100,000 digunakan bagi membantu empat keluarga Malim Gunung Kinabalu yang menjadi korban semasa gempa bumi. 

Manakala Malim Gunung yang terjejas sementara pendapatan mereka juga diberi bantuan. Selain itu tiga buah sekolah di Ranau yang terjejas teruk turut sama mendapat bantuan.



4. Hari Sarapan Negara
Setiap tahun McDonald's mengadakan Hari Sarapan Negara di seluruh dunia. Pada tahu lepas McDonald's telah mengadakannya pada 13 April 2015. Apa yang menarik ia turut sama disertai oleh 11,650 tenaga pendidik yang terdiri dari kalangan guru-guru sebagai tanda menghargai jasa dan pegorbanan mereka mendidik anak-anak Malaysia. Sebanyak 230,000 Egg Muffins telah diedarkan bagi meraikan mereka.


5. Menaja Moreh kepada Masjid 
Sempena bulan ramadhan, McDonald's juga telah menyumbangkan dalam menyediakan 'moreh' kepada masjid dan surau sekali dalam setiap minggu. Sebanyak 265 rangkaian restoran McDonalds telah terlibat dalam meraikan umat Islam di bulan ramadan dan ini merupakan kali kedua McDonald's mengadakannya. 



6. Sumbangan Hari Raya
Dalam suasana menyambut hari raya, ada insan yang kekurangan yang tidak berkemampuan menyediakan kelengkapan hari raya. Atas rasa tanggungjawab kemasyarakatan McDonald's memilih mereka yang layak dari kalangan kurang berkemampuan untuk dibawa membeli-belah pakaian hari raya sambil mengajak mereka berbuka puasa di restoran McDonald's. Inila salah satu cara McDonald's menyelami kehidupan mereka yang tidak berkemampuan.


7. Sambutan Hari Guru
Dalam menghargai jasa guru, McDonald's telah menjemput guru-guru dari 25 buah sekolah yang telah terpilih untuk diraikan bersama McDonald's di restorannya dalam suasana kemeriahan McDonald's. Mereka juga diberi kupon McChicken percuma untuk mereka nikmatinya pada hari tersebut.


Inilah sebahagian sumbangan McDonald's kepada masyarakat khususnya di Malaysia. Di McDonald's, anda sebenarnya bukan sekadar menjamu selera, kerana setiap sen yang anda hulurkan juga telah menyumbang kepada masyarakat.

Seharusnya rakyat Malaysia yang dermawan turut sama membantu dengan terus menyumbang kepada Tabung Derma MDonald's kepada kerana setiap bantuan kecil yang anda hulurkan sebenarnya dapat membantu kehidupan ramai manusia.


Terima kasih McDonald's, Terima kasih rakyat Malaysia.








Kenyataan oleh Dato 'Sri Azalina Othman Said

Kenyataan oleh Dato 'Sri Azalina Othman Said
Feb 27, 2016

1. Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini berkata beliau telah diberi taklimat oleh bekas Peguam Negara ketika masih berjawatan, berkenaan dengan 'bukti' dakwaan perlakuan jenayah terhadap Perdana Menteri.

2. Ini adalah satu pengakuan bahawa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, yang bertentangan dengan amalan proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lepas.

3. Pertama, hakikat bahawa Peguam Negara secara peribadi memberi taklimat dan berkongsi maklumat undang-undang sulit dengan Tan Sri Muhyiddin yang merupakan ahli Jemaah Menteri dan ahli UMNO yang jelas mempunyai kepentingan, bukan sahaja tidak beretika tetapi juga melanggar Akta Rahsia Rasmi .

4. Kedua, bagaimana mungkin Peguam Negara mempunyai cukup "bukti" untuk mendakwa Perdana Menteri ketika itu, apabila siasatan masih belum dimulakan.

5. Ketiga, adakah ia "bukti" yang sama dirujuk Wall Street Journal apabila mereka mendakwa telah melihat dokumen sulit dan menggunakan alasan ini sebagai asas untuk membuat pelbagai tuduhan terhadap Perdana Menteri.

6. Dalam mana-mana sistem kehakiman, di mana sahaja di dunia, terdapat satu proses standard yang diikuti. Jika terdapatnya pertuduhan terhadap seseorang, pihak berkuasa yang sah akan menjalankan siasatan, - jika mereka masih mempunyai sebab untuk mempercayai jenayah itu telah dilakukan - kertas pertuduhan akan disediakan.

7. Tetapi, dalam kes ini, kertas pertuduhan dikatakan diambil pada bulan Mei 2015 - sebelum Pasukan Petugas Khas dibentuk, sebelum siasatan dimulakan pada bulan Jun 2015, dan sudah tentu sebelum Perdana Menteri diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Disember 2015. Ini membuktikan bahawa terdapatnya konspirasi.

8. Berdasarkan kenyataan beliau, Tan Sri Muhyiddin juga secara tidak langsung mempersoalkan kredibiliti Peguam Negara ketika itu serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

9. Untuk makluman, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Jan 2016 membebaskan Perdana Menteri daripada sebarang salah laku berkenaan isu sumbangan tersebut. Di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, ia adalah hak Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding yang melibatkan kesalahan jenayah. Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) adalah muktamad dan tidak boleh dicabar atau digantikan oleh mana-mana kuasa, termasuk badan kehakiman. Oleh itu, jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara dalam mengendalikan pendakwaan, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mencabar keputusan itu. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa keputusan Peguam Negara itu dibuat selepas siasatan terperinci dari semua sudut pada laporan yang dikemukakan oleh SPRM.

10. Oleh itu, ia seolah-olah menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin bukan sahaja melanggar Akta Rahsia Rasmi, tetapi juga bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan penyalahgunaan sistem perundangan kita untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

11. Mengapa hanya kini Tan Sri Muhyiddin membuat pengakuan sebegitu, sebaik sahaja beliau digantung sebagai Timbalan Presiden? Apakah motif tersembunyi dan agenda beliau? Tindakannya boleh dilihat sebagai bersubahat kerana dia mendakwa mempunyai maklumat mengenai perbuatan jenayah yang didakwa, tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga ke hari ini?

Dato' Sri Azalina Othman Said
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Diterjemah oleh : JASA

Felda United kekal teratas Liga Super


Felda United kekal teratas Liga Super

PASUKAN kelab, Felda United terus mengekalkan kedudukan teratas dalam saingan Liga Super, dengan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan.

Pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak di Maran, Pahang malam ini, menyaksikan Felda United mencatat kemenangan 2-0 ke atas T-Team, dengan dua gol pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu dijaringkan Mohd Hadin Azman pada minit ke-30 dan 76.

Sementara itu, juara Liga Super 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Barisan pertahanan skuad Penyu ternyata gagal mengekang asakan jentera serangan JDT, dan S. Chanturu meletakkan pasukan pelawat di hadapan pada minit ke-27, sebelum pemain import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz menggandakan jaringan lima minit kemudian.

Kemenangan itu menyaksikan JDT naik satu anak tangga di kedudukan kedua Liga  Super walaupun berkongsi tujuh mata dengan Selangor, dengan kelebihan jumlah jaringan.
Pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka, pula menyaksikan Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seri 2-2, dengan Pulau Pinang terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan S.Kumaahran seawal minit pertama perlawanan.

PDRM berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 melalui pemain import dari Maldives, Ali Ashfaq, dan gol itu ternyata menaikkan semangat mereka untuk memperoleh gol kedua menerusi seorang lagi pemain import dari Mali, Souleymane Konate pada minit ke-70.

Biarpun ketinggalan, ia tidak mematahkan semangat juang pemain Pulau Pinang dan usaha mereka berhasil apabila pemain import dari Argentina, Matias Jesus Cordoba meledak gol penyamaan pada minit ke-80.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tuan rumah Pahang FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumpas 1-3 kepada Selangor.

Mohd Faisal Abdul Halim menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-12, namun kelebihan itu tidak bertahan lama.

Sebaliknya, pasukan pelawat lebih bertenaga walaupun ketinggalan dan hasilnya pemain import Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh dari Liberia, menyumbat masuk dua gol pada minit ke-35 dan selang sembilan minit kemudian.

R. Gopinathan melengkapkan kemenangan bergaya juara Piala Malaysia 2015 itu apabila menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-66.

Perlawanan antara Perak dan Kedah di Stadium Perak, Ipoh pula berkesudahan seri tanpa jaringan. - Bernama

MyBAS BEROPERASI DI IPOH 1 APRIL

“Kejayaan  myBAS  di Kangar  dan  Seremban  juga menyaksikan  satu  peningkatan  yang  amat  menggalakkan.  Ini membuktikan  bahawa inisiatif  ini  memberikan  manfaat kepada  pengguna  dan  juga  diterima  baik  oleh  rakyat,” 

Tan Sri Syed Hamid Albar - Pengerusi SPAD



Mulai 1 April penduduk di Ipoh akan menikmati perkhidmatan MyBas yang akan menawarkan pengangkutan awam yang lebih bersepadu. Perkhidmatan MyBas ini juga akan melalui beberapa kawasan dan laluan baru yang menghubungkan dengan puat perniagaan kormesial, kawasan perumahan, sekolah, steen komuter dan lapangan terbang. 


Semua ini hasil dari termeterainya perjanjian antara Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan The Combined Bus Services Sdn. Bhd. (TCBS) yang berusaha menyediakan Perkhidmatan Bas Henti-henti (Stage Bus Services Transformation, SBST) .


Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, SPAD berharap dengan adanya perkhimatan MyBas jumlah penumpang di sekitar Ipoh dapat ditingkat dari 5.9 juta setahun kepada 8.88 juta penumpang setahun. 


Menurutnya lagi, “Walaupun inisiatif ini digubal bagi kemampanan perkhidmatan bas henti-henti yang menjadi pengangkutan utama di luar Lembah Klang, tujuan utamanya adalah untuk memberikan peningkatan saling hubungan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai kepada pengguna tempatan."



Perkhidmatan MyBas ini akan membuka lembaran baru kepada penduduk sekitar Ipoh apabila laluan bas sebelum ini melalui 12 laluan sejauh 132km ditingkatkan kepada 16 mylaluan dengan 254km. Perkhidmatan ini dintegrasikan dengan stesen KTM disamping itu MyBas juga akan melalui laluan baru iaitu RTC Gopeng, Chemor, Menglembu, Gopeng, Station 18, Lapangan Terbang Sultan Azlan Syah, Jusco Ipoh dan SMK Gunung Rapat.  


Pihak TCBS menjamin akan sentiasa memantau kekerapan bas disetiap laluan tersebut bagi memastikan operasi bas berjalan lancar. TCBS juga akan mengunakan Sistem Kedudukan Global (GPS) memantau waktu opersi bas dan maklumat jumlah penumpang. Manakala SPAD akan sentiasa meneliti setiap laporan penilaian bagi memastikan perkhidmatan sentiasa memenuhi kehendak pengguna.


Inilah usaha yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dalam sistem perkhidmatan pengangkutan awam bagi penambahbaikan masa perjalanan, keselesaan dipertingkat,  dan dann inisiatif meningkatkan daya tarikan pengangkutan awam.

Sewajarnya penduduk di Ipoh mengambil peluang ini menikmati perkhidmatan awam yang lebih selesa, mesra dan moden. 










Saturday, February 27, 2016

MAMPUKAH BELIA GANTI PEKERJA ASING DI FELDA ?



Ramai benar yang menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkenaan penagguhan pemgambilan warga asing dari Bangladesh bekerja di Malaysia. 

Sebelum ini ramai dikalangan para belia menyatakan berani menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri untuk brkerja di sektor 3D iaitu Danger , Dirty and Dificult. Oleh itu dengan pengumuman tersebut diharap para belia kita bersedia untuk menyeburi sektor kerja 3D ini. 

Menurut Zahid lagi penanguhan itu bertujuan untuk kerajaan meneliti semula keputusan terhadap pembayaran levi yang telah diputuskan sebelum ini. Penanguhan ini akan diteruskan sehingga kerajaan berpuashati dengan keperluan sebenar pekerja asing yang diperlukan oleh industri. 


Namun begitu bagi Pengerusi Felda, Ta Sri Mohd. Isa Abd Samad, beliau pernah menyatakan bahawa  cadangan kerajaan untuk membawa masuk pekerja asing ke dalam negara perlu dilihat sebagai satu cara mengatasi kekurangan tenaga kerja terutama kerja yang tidak disukai penduduk tempatan. 

Jika orang muda terus memilih kerja dan tidak berminat bekerja di sektor perladangan dan pembinaan maka akhirnya kerajaan tidak ada pilihan. 

Felda Global Ventures (FGV) contohnya masih lagi mengunakan tenaga kerja dari Indonesia  untuk bekerja diladang-ladang kelapa sawit di seluruh negara. Jika berlaku kekurangan pekerja, sudah tentu pekerja Bangladesh dapat mengatasi masalah ini.


Menurut perangkaan di Malaysia kadar penganguran negara ialah sebanyak 3.3 % setahun. Lebih dari 400,000 orang mencari kerja setiap masa di Malaysia.  Mungkinkah dalam jumlah ini yang rata-ratanya mempunyai ijazah, diploma dan sijil mahu berkerja di sektor kerja 3D ? Bolehkah mereka bekerja diladang-ladang mengantikan pekerja Bangladesh dan Indonesia ? Hanya mereka sahaja yang mampu menjawabnya didalam sanubari masing-masing ? 

Bagi Tan Sri Isa, sehingga kini keperluan mengunakan khidmat tenagan kerja Bangladesh msih lagi menjadi keutamaan. Apa yang perlu kita hadapi hari ini adalah realiti keadaan semasa yang masih memerlukan tenaga kerja dari luar. 

Saya yakin masih ada belia kita yang sanggup bekerja di sektor 3D in, namun berapa ramai yang mampu memenuhi inustri ini. Akhir sekali saya yakin kita semua akan kembali rasional apabila keperluan memenuhi sektor ini kembali menghimpit negara. 

Thursday, February 25, 2016

BAUKSIT : FELDA AKAN CUBA BANTU PENEROKA YANG TERLIBAT


Felda tetap akan berusaha membantu peneroka yang terjejas dengan perlombongan bauksit. Walaubagaimana pun bantuan itu akan ditentukan kaedahnya setelah berakhirnya monatorium pada april ini. Ramai peneroka yang terlibat terjejas pendapatan mereka apabila kerajaan melaksanakan monatorium perlombongan bauksit di Bukit Goh, Kuantan Pahang.

Peneroka perlu bersabar kerana pihak Felda sedang menunggu keputusan samada kerajaan akan melaksanakan garis panduan baru bagi perlombongan bauksit atau menghentikannya terus. Apa pun keputusan, ianya bergantung kepada keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan selepas monatorium terakhir april ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, masih terlalu awal  untuk beiau memutuskan jenis bantuan kepada peneroka yang terjejas pendapatan mereka akibat perlombongan bauksit."Tidak tahu sama ada perlombongan bauksit ini diteruskan atau tidak, selepas itu baru boleh kita tengok bahagian mana yang boleh tolong peneroka", kata Isa Samad lagi.

Justeru itu, peneroka perlu bersabar sementara kerajaan mencuba menyelesaikan  masalah ini dengan mencari formula baru yang lebih berkesan tanpa merugikan mana-mana pihak. Beliau sedar ramai peneroka yang menandatangani perjajian dengan pengusaha bauksit, mereka tidak merujuk dan berbincang dengan pengurusan Felda. Dan ada diantara mereka tertipu dengan pengusaha bauksit.


Janganlah kita menyalahkan peneroka seratus peratus dalam hal ini kerana mereka bukanlah orang yang berpengalaman dalam bauksit ini. Apa yang lebih penting adalah Felda dan kerajaan mencari jalan penyelsesaian dalam membantu mereka dalam hal ini.



MAT SABU BENGANG MELAYU TERPELAJAR TOLAK PAKATAN



Mat Sabu mempertikai kenapa Melayu golongan terpelajar masih lagi menerima UMNO sedangkan negara lain dah banyak kali bertukar kerajaan.

Kerana terlalu Marah dan geram, Mat Sabu terlepas cakap mencaci mereka sebagai Bodoh , Bahalol , Tolol....(seangkatan dengannya).

Tahukah Mat Sabu bahawa ramai orang Melayu pertengahan Marah kepada UMNO ....
Namun mereka lebih marah dan benci kepada DAP serta pengikut-pengikutnya yang mencalarkan hati mereka.

DAP menghina Islam, Mat Sabu bela...
DAP memdewakan komunis, Mat Sabu bela....
DAP memperkadukkan Melayu di Pulau Pinang, Mat Sabu bela...

Jadi orang Melayu tidak melihat pakatan boleh diharap sebagai pentadbir negara.

Oleh itu Mat Sabu jangan Tanya kenapa orang Melayu masih memberi  undi kepada  UMNO.
Kerana UMNO boleh di marah, dicaci, dihina, dikeji....tapi UMNO tetap membela rakyat tanpa rasa dendam dan benci kepada mereka.

Jika mereka pilih PAKATAN..... Bolehkah Pakatan dimarahi, dicaci dan dihina ...???

Wednesday, February 24, 2016

PENCAPAIAN FELDA DI ERA PENTADBIRAN NAJIB



Hubungan Felda dengan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak begitu nostalgia. Begitu dekat dihatinya. Begitu tersentuhnya hatinya bila Felda ini diserang dengan pebagai tohmahan dan fitnah pembangkang. Boleh dikatakan bagaikan aur dengan tebing, begitulah hubungan Datuk Seri Najib dengan Felda.

Sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu, Felda telah mengorak langkah setapak demi ssetapak sehinggalah mencapai tahap kemajuan yang amat membanggakan negara terutama orang Melayu.

Atas rasa tanggunjawab sebagai pemimpin Negara dan sebagai anak kepada pengasas Felda, Tun Abdul Razak, Datuk Seri Najib telah melakukan beberapa perubahan atau transformasi beberapa pekara dalam Felda. Sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 2009, Najib telah melakukan banyak perubahan yang positif terhadap Felda.

Antara transformasi yang dilakukan oleh Najib ialah menyenaraikan anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia pada 2012. Walaupun mendapat kritikan dan serangan bertali arus dari pembangkang dan ahli BN sendiri, Datuk Seri Najib tekad melaksanakan impiannya membantu warga Felda keluar dari kepompong kemiskinan dan kekampungan. Hari ini warga Felda sudah tidak segan silu bercerita berkenaan saham di kedai-kedai kopi.

Hasil dari penyenaraian FGVH dalam bursa saham, FGVH telah diangkat sebagai syarikat yang terbesar di Asia dan yang kedua d dunia di belakang Facebook. Kejayaan ini menimbulkan iri hati, benci dan dendam di hati pembangkang. Mereka mengharapkan kegagalan akhirnya kejayaan besar pula yang dicapai.

Felda dibawah Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri telah maju setapak lagi kehadapan dengan terbinanya Menara Felda  ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan yang setinggi 50 tingkat menjadi mercu tanda kejayaan Felda daa orang Melayu. Dengan ketinggian 216 meter Menara Felda menjadi antara bangunan tertinggi dalam negara.

Atas kesedaran dan keprihatinan Najib,  beliau tidak melupakan penempatan tempat tinggal untuk generasi kedua iaitu anak-anak peneroka. Najib amat serius berkenaan ini dan mahu ianya segera dilaksanakan secepat mungkin.

Oleh itu pada 3 Disember 2012 Jabatan Perumahan Felda telah ditubuhkan bagi merancakkan pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan tanah rancangan Felda. Jabatan tersebut bertanggungjawab terhadap pembangunan infrastruktur dikawasan Felda khususya membina rumah-rumah untuk generasi kedua Felda.

Alhamdulillah, projek perumahan generasi kedua telah bermula dan kerajaan mensasarkan 20,000 rumah siap dibina sebelum 2018 dengan peruntukan sebanyak RM380 juta. Generasi kedua boleh memiliki rumah tersebut dengan harga RM70,000 seunit. Inilah harapan Najib agar kesinambungan Felda dapat diteruskan dari generasi ke generasi. Hari ini generasi baru Felda sudah merasai kemanisan nikmat yang tidak pergaah tergambar oleh datuk nenek mereka dahulu. Dunia mengenali Malaysia dengan kejayaan Felda.

Keinginan Najib mahu melihat Felda lebih maju dan dikenali di seluruh dunia. Mengambil cabaran ini Felda telah melebar sayap anak-anak syarikatnya antaranya D'Saji. D'Saji ialah sebuah restoran yang menyediakan hidangan masakan Melayu telah dirasmikan oleh Najib pembukaan cawangannya di Mekah pada 2013. Pada tahun berikutnya D'Saji berjaya membuka satu lagi cawangannya di Tahlia Street Jeddah.

Najib mahu warga Felda bermentaliti dunia, termasuklah dalam bidang sukan. Bagi meningkatkan martabat sukan bagi warga Felda dan menyemarakkan lagi pasukan  bolasepak Felda iaitu Felda United, Felda telah membina Stadium Felda di Jengka Pahang. Dengan adanya stadium ini, pebagai sektor ekonomi dapat ditingkatkan dikawasan sekitarnya.

Dibawah pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri, sukan bolasepak di Felda bukan lagi permainan budak-budak di kampung. Bola sepak telah menjadi satu indusrti baru yang tidak kurang pentingnya seperti agensi-agensi lain Felda.

Saya yakin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ada banyak  idea dan perancangan penting untuk terus memajukan Felda dan membawa Felda ke pentas antarabangsa.



McDONALD's MEMBANGUN STRATEGI PERNIAGAAN FRANCAIS TERBAIK


Dalam industri Francais di seluruh dunia, McDonald's adalah yang terbaik daripada yang terbaik. Sistem francais telah bermula di Eropah sejak 100 tahun yang lalu dan telah berkembang pesat di Amerika. Sejak 60 tahun yang lalu McDonald's telah membangunkan perniagaan francais ini sehinggakan ia sudah di anggap sebagai perniagaan rakyat Amerika. Kini rangkaian McDonald's telah menembusi pasaran seluruh dunia dan menjadi gaya hidup masyarakat kini.

Sejak pertengahan tahun 1950-an lagi perniagaan Francais McDonald's memainkan peranan penting dalam setiap keluarga dan kehidupan kanak-kanak di Amerika. Kanak-kanak di Amerika sudah sinonim dengan jenama Ronald McDonald yang menjadi ikon makan kegemaran mereka. Dengan majunya sistem lebuh raya di seluruh Amerika Syarikat, sistem francais McDonald's berkembang dengan pantas dan amat sukar ditandingi oleh syarikat-syarikat lain ketika itu. Hari ini, sistem francais McDonald's sudah memilik lebih 30,000 restoran yang  operasi di seluruh dunia.

Apakah rahsia kejayaan McDonald's ini ? Bagaimana sebuah restoran burger berkembang menjadi satu jenama  francais yang mendominasi dunia dengan begitu cepat? Disini saya ingin berkongsi formula kejayaan ini dengan anda.

 McDonald’s berjaya sebagai perniagaan francais  di dunia adalah kerana McDonald’s mempunyai satu model sistem operasi yang terbaik. McDonald's mempunyai salah satu platform perniagaan yang terbaik dari segi operasinya serta amat kukuh dalam dunia tanpa mengira industri. Sebagai sistem francais, unit operasi McDonald's memacu deras pertumbuhan yang mana sukar untuk syarikat-syarikat lain untuk tandingi.

Selain itu McDonald's juga mempunyai hubungan kerjasama yang erat dengan Francaisi. Melalui hubungan kerja yang saling memahami ini menghasilkan persefahaman yang membawa McDonald's berkembang pesat. Banyak cadangan yang datang dari pemilik francais yang menarik digunakan seperti menu sarapan (The Breakfast Menu), Sandwish Ikan dan lain-lain lagi berjaya menarik minat pelanggan.

Pembangunan Jenama juga menyumbang kepada kejayaan McDonald"s sebagai syarikat francais yang berjaya. McDonald's telah membelanjakan lebih daripada satu bilion USD setiap tahun untuk pembangunan jenama dan pengiklanan. Pertumbuhan McDonald's tidak hanya daripada sistem francaisnya, pembangunan jenama juga membantu memacu kemajuannya. Masing-masing  menjalankan peranan di setiap unit mereka sendiri.  Sebagai salah satu dari lima jenama utama di dunia, pembangunan jenama membawa kesan besar kepada kejayaan restorn McDonald's

Sebagai sebuah syarikat terkemuka dunia, pengurusan kewangan adalah faktor paling penting kepada kejayaan sesebuah syarikat. Bagi McDonald's strategi perniagaan yang dibangunkan pada awal-awal penubuhannya dulu. Dengan memiliki hartanah disetiap francaisnya beroperasi, McDonald's menjadi sebagai satu syarikat yang berjaya menjadi pemilik tanah terbesar di dunia dalam masa yng singkat. Ia merupakan satu tindakan yang cukup bijak kerana berjaya menyediakan organisasi dengan sejumlah aset yang besar dan kukuh, ekuiti dan pelaburan yang dikuasai oleh syarikat untuk masa hadapan.

Tidak dinafikan, kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada hubungan baik dengan vendor. Memilih vendor terbaik juga faktor yang boleh membantu meningkat nama syarikat. Antara vendor yang menjadi pilihan McDonald's adalah  Coca-Cola. Coca-Cola merupakan syarikat paling menonjol dan berpengaruh dalam masyarakat di seluruh dunia. Setiap vendor McDonald's memainkan peranan penting, sebagai rakan kongsi, pembekal dalam pengembangan kejayaan Francais Mcdonald's.

Monday, February 22, 2016

MODUL BARU DIDIK GENERASI MUDA TENTANG KESELAMATAN


Saban tahun jumlah kemalangan semakin meningkat walau pelbagai kempen dan pendekatan dijalankan oleh kerajaan. Walaupun jumlah kematian agak sedikit menurun pada tahun 2014 (6,674) berbanding 2013 (6,915), namun pada tahun 2015 jumlah ini naik kepada 6,706 kematian yang telah dicatatkan. 

Kelihatan jumlah ini agak statik namun dari perangkaan jumlah kemalangan ianya masih tinggi. Jumlah kemalangan tahun 2105 meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 pada tahun sebelumnya. Angka ini amat membimbangkan kerana dari jumlah  ini 1849 kematian dalam usia lingkungan 25 tahun kebawah. 

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan punca kemalangan adalah berpunca dari kecuaian manusia. Jadi apa yang selama ini kita buat hanyalah mendenda dan memberi hukuman. Namun itu tidak cukup untuk mengubah sikap orang ramai dijalan raya. Sesuatu yang berkesan dan efektif perlu dilaksanaka sebelum angka kematian ini menjadi suatu malapetaka dalam negara.

Justeru itu kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan merasakan sesuatu perlu dilakukan dengan lebih efektif dalam membentuk semula minda masyarakat terutamanya kepada golongan kanak-kanak agar lebih peka terhadap aspek keselamatan di jalan raya. Bak seperti kata pepatah Melayu , melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Kerajaan amat memandang serius dalam usaha mengurangkan kemalangan di jalan raya. Oleh itu kerajaan mencadangkan agar Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ditambah baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu disetiap sekolah diseluruh negara tahun depan. Ini adalah fokus kerajaan dalam usaha mendidik generasi muda akan datang agar mementingkan keselamatan di jalan raya.

Kerajaan juga mengalu-alukan rakyat juga memberi pandangan, pendapat dan buah fikiran bagi memantapkan lagi modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Orang ramai boleh memberi pandangan dan pendapat mereka di laman sesawang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sehingga 17 Mac ini. Ini satu lagi usaha untuk menarik minat masyarakat agar bersama-sama dalam usaha kempen keselamatan Jalan Raya. 

Kerjasama yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan dalam merangka semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan raya adalah amat dihargai. Pelan komprehensif yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan adalah sesuai dengan peredaran zaman yang mampu membentuk minda masyarakat terutama pelajar dalam memahami espek keselamatan jalan raya. Ini merupakan satu usahasama Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pendidikan bagi memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah. 

Bukan sedkit perbelanjaan yang dkeluarkan untuk menjayakan program ini. Sebanyak RM42 juta telah diperuntukan untuk  Projek  Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di bawah Racangan Malaysia ke 11. Jumlah ini sudah cukup membayangkan kerajaan begitu serius dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Jumlah kerugian kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah RM6.8 bilion.

Ini semua bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat. Diharap dengan membentuk dari awal akan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, maka generasi akan datang akan lebih berdisiplin, bertimbang rasa dan sopan di jalan raya. 

Apa pun kerajaan cuba laksanakan jika tidak diikuti dengan iltizam dan sikap yang betul dari masyarakat, ianya tidak akan menghasilkan sesuatu yang diharapkan. Masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha yang murni ini. Saya tidaklah mengharapkan sesuatu yang luar biasa berlaku, namun jika perubhan yang positif - ia sudah cukup mengembirakan.  







Sunday, February 21, 2016

CYNTHIA SEBASTIAN WARGA KERJA PALING LAMA , SETIA DI McDONALDs


 SELAGI ADA HAYAT DIKANDUNG BADAN.  Tidak tergambar rasanya untuk saya lukiskan kata-kata indah untuk seorang srikandi yang sepanjang hayatnya menyumbang khidmat  mencurah bakti kepada McDonalds  penuh setia.

Dalam meniti usia 75 tahun Puan Cynthia Sebastian masih lagi gagah mencurah bakti kepada McDonalds  tanpa rasa letih dan jemu. Apakah rahsia wanita besi ini sehingga begitu teguh dia bersama=sama McDonalds ?

Tiga dekad dia bersama McDonalds membuktikan wanita ini mempunyai iltizam yang amat tinggi dalam kerjayanya di McDonalds. Puan Cynthia membukti walaupun sudah berusia lanjut dengan semangat dan keazaman yang tinggi beliau mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah. 

Nenek kepada tujuh cucu sewajarnya menjadi inspirasi kepada anak muda zaman sekarang yang sedang mencari pekerjaan. Manakala warga tua patut mencontohi semangatnya yang ingin terus mencurah bakti dengan tulang empat kerat yang ada.

Sejak 32 tahun yang lalu beliau telah memerah keringat 7 jam setiap hari, enam hari seminggu telah meletakkan beliau sebagai pekerja paling lama berkhidmat di McDonalds. Semua kerja dia lakukan dengan senang hati tanpa merungut sedikit pun,  dari mengelap meja, mengambil pesanan, kadang-kadang bertindak sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan, membimbing pekerja-pekerja lain. Apa yang beliau buat selama 32 tahun wajar dijadikan contoh dan teladan.

Pelanggan mudah mesra dengannya kerana ia sering berinterksi dengan pelanggan membuka pintu sambil mengucap selamat, datang ke meja mereka sambil berbual mesra dan bercerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Ia membuat pelanggan rasa mesra dan senang bersamanya. 
CM_20150619_Cynthia_Sebastian_mcD_09_620_413_100
Bagi Puan Cyntia, dia tidak mahu hidup berdikari mencari wang sendiri walaupun pada ketika usia begini dia patut bersama-sama anak dan cucu. Dia gembira dapat terus bekerja di MCDonalds. Hanya dengan datang bekerja di McDonalds sahaja boleh mebuat dia rasa gembira. Bertemu dengan rakan-rakan sekerja dan pelanggan akan membuat dia rasa gembira dan sihat.

Justeru itu tidak ada istilah bersara dalam kamus hidupnya. "Saya tidak pernah memikirkannya (bersara). Saya tidak boleh hanya duduk dirumah, ini akan membuat saya merasa bosan". Selagi ada kudrat ini saya akan terus bekerja selama mungkin, saya amat mencintai kerja ini", kata Cyntia.
CM_20150619_Cynthia_Sebastian_mcD_12_620_413_100
Bagi Puan Cynthia, warga emas sepertinya perlu ada kewangan yang kukuh dan jika mereka masih boleh bekerja, mereka patut teruskan selama mana badan mereka masih sihat dan mampu bekerja. Dia berpendapat tidak sewajarnya warga emas sepertinya terlalu mengharapkan bantuan anak-anak didalam semua hal. Cukuplah dengan membesarkan dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna. Anak-anak juga mempunyai kehidupan mereka sendiri dan benarkan mereka mereka membentuk dan membina masa depan mereka sendiri. Inilah kitaran kehidupan yang semua orang akan lalui dan kita mesti bersedia menghadapinya, ujarnya lagi.

Mengimbau kembali kisahnya ketika mula-mula bekerja di McDonalds, ia bermula pada tahun 1983 ketika McDonalds baru setahun membuka perniagaan mereka di Malaysia. Ketika itu beliau berumur 40 tahun. Dia merasakan inilah masanya untuk dia keluar dari kepompong dan melihat dunia luar. Isteri kepada pegawai Anti Rasuah,  Joseph Sebastian yang baru meingggal tahun lepas telah mengabdikan dirinya sejak mula berkahwin sebagai suri rumah sepenuh masa menjaga dan mendidik anak-anak. Dia sehingga kini tidak menyangka McDonalds bakal membuka lembaran baru dalam kehidupan sehariannya.

Ketika itu, cawangan McDonalds ada di Plaza Yow Chuan. Kebetulan McDonalds sedang mencari pekerja terutama surirumah sebagai tenaga kerja mereka. Walaupun pada permulaan mendapat bantahan dari suaminya, Puan Cynthia meneruskan niatnya untuk bekerja di McDonalds. Lagipun anak-anaknya semuanya sudah melanjutkan pelajaran di universiti. Mereka menyokongnya kerana tidak mahu dia berasa bosan keseorangan dirumah dan mahu dia mendapat kawan-kawan baru diluar. Hari ini dia berbangga kerana keputusannya dulu tepat, selain dari dapat berdikari mencari wang sendiri dia juga sentiasa dikurniai kesihatan yang baik walaupun sudah menjangkau usia 75 tahun.
.
CM_20150619_Cynthia_Sebastian_mcD_13_620_413_100
Bagi Puan Cynthia, sepanjang perkhidmatannya  di banyak cawangan  McDonalds, dia  merasai kepuasan yang tidak ternilai oleh kata-kata apatah lagi dapat memberi bantuan, memberi nasihat dan dapat menghulurkan salam persahabatan kepada semua orang tidak mengira bangsa, agama dan semua peringkat umur.

Adalah cukup mengembirakan apabila nasihat kita dapat memberi kesan dan inspirasi kepada masyarakat  dalam mengubah hidup mereka. Kadangkala sesetengah orang hanya memerlukan galakan dan kata-kata yang memberi mereka semangat. Ianya sesuatu yang tidak mampu dinilaikan dengan wang ringgit.

Semangat dan iltizam Puan Cynthia sewajarnya menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menempuh cabaran dimasa depan.


Friday, February 19, 2016

MAKLUM BALAS RAKYAT TENTANG KEJARA AMAT DALUKAN


Rakyat Malaysia dialu-alukan memberi pandangan, cadangan dan idea mereka berkenaan perlaksaan Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (KEJARA). Maklum balas rakyat  amat berkesan  membantu kerajaan dalam usaha menambah baik  bagi melancarkan lagi perlaksanaaan sistem ini.

Bagi saya dalam hal ini kerajaan bertindak bijak dan rasional ini kerana rakyat mempunyai pengalaman sendiri dalam berhadapan dengan keadaan sebenar di jalan raya. Jadi amatlah wajar pertimbangan dan idea mereka diambil kira. Mungkin ada yang bernas dan boleh digunapakai untuk kesejahteraan awam.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata maklum balas dari orang ramai amat diperlukan bagi membolehkan kementerian membuat kajian menyeluruh keatas sistem ini walaupun kerajaan telah menyediakan garis panduan mengenai sistem ini telah ada.

Maklum balas yang telah diterima cukup memberangsangkan dan beliau merasakan cukup puashati dengan perkembangan ini. "Kita minta orang ramai untuk beri lagi maklum balas bagaimana hendak laksanakan pemotongan mata terhadap lesen ini, contohnya kalau 20 mata itu berapa kesalahan...lima ke, enam ke...dan apa bentuk kesalahannya," tambahnya lagi.


Menurut Liow lagi sistem KEJARA ini lebih adil dan efektif dalam mendidik serta menangani sikap pemandu yang gemar melanggar peraturan di jalan raya. 

Sistem KEJARA telah mula dilaksanakan pada tahun 1984. Mereka yang melakukan kesalahan dengan mengumpul 15 mata demerit akan digantung lesen memandu. Jika tiga kali lesen mereka digantung dengan mengumpul 15 mata demerit lagi, lesen tersebut akan dibatalkan.  

Sistem ini akan memberi peluang kepada pemandu untuk memperbaiki sikap mereka dijalan raya. Jika dinaikkan saman, golongan yang mewah dan berada akan membayarnya tanpa rasa terbeban langsung malahan mereka tidak akan berubah sikap. Manakala mereka yang berpendapatan rendah akan lebih terbeban dan sukar untuk menjelaskan saman.

Sepanjang tahun 2015, polis telah mengeluarkan saman sebanyak 489,947 kepada pesalah trafik diseluruh negara 514,462 saman pada tahun 2014. Daripada jumlah tersebut hanya lebih kurang 72,000 saman yang bernilai 21.8 juta berjaya dilangsaikan, manakala selebihnya masih lagi tertunggak.   

Saya yakin jika saman dinaikkan, jumlah tunggak yang ada akan meningkat dan akan bertambah sukarlah kerajaan untuk menguruskannya.  

Justeru itu, keputusan kerajaan untuk tidak menaikan kadar saman adalah satu keputusan yang tepat dan kena masanya. Rakyat perlu dididik bukan dihukum.