Rakyat Malaysia dialu-alukan memberi pandangan, cadangan dan idea mereka berkenaan perlaksaan Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (KEJARA). Maklum balas rakyat amat berkesan membantu kerajaan dalam usaha menambah baik bagi melancarkan lagi perlaksanaaan sistem ini.
Bagi saya dalam hal ini kerajaan bertindak bijak dan rasional ini kerana rakyat mempunyai pengalaman sendiri dalam berhadapan dengan keadaan sebenar di jalan raya. Jadi amatlah wajar pertimbangan dan idea mereka diambil kira. Mungkin ada yang bernas dan boleh digunapakai untuk kesejahteraan awam.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata maklum balas dari orang ramai amat diperlukan bagi membolehkan kementerian membuat kajian menyeluruh keatas sistem ini walaupun kerajaan telah menyediakan garis panduan mengenai sistem ini telah ada.
Maklum balas yang telah diterima cukup memberangsangkan dan beliau merasakan cukup puashati dengan perkembangan ini. "Kita minta orang ramai untuk beri lagi maklum balas bagaimana hendak laksanakan pemotongan mata terhadap lesen ini, contohnya kalau 20 mata itu berapa kesalahan...lima ke, enam ke...dan apa bentuk kesalahannya," tambahnya lagi.
Menurut Liow lagi sistem KEJARA ini lebih adil dan efektif dalam mendidik serta menangani sikap pemandu yang gemar melanggar peraturan di jalan raya.
Sistem KEJARA telah mula dilaksanakan pada tahun 1984. Mereka yang melakukan kesalahan dengan mengumpul 15 mata demerit akan digantung lesen memandu. Jika tiga kali lesen mereka digantung dengan mengumpul 15 mata demerit lagi, lesen tersebut akan dibatalkan.
Sistem ini akan memberi peluang kepada pemandu untuk memperbaiki sikap mereka dijalan raya. Jika dinaikkan saman, golongan yang mewah dan berada akan membayarnya tanpa rasa terbeban langsung malahan mereka tidak akan berubah sikap. Manakala mereka yang berpendapatan rendah akan lebih terbeban dan sukar untuk menjelaskan saman.
Sepanjang tahun 2015, polis telah mengeluarkan saman sebanyak 489,947 kepada pesalah trafik diseluruh negara 514,462 saman pada tahun 2014. Daripada jumlah tersebut hanya lebih kurang 72,000 saman yang bernilai 21.8 juta berjaya dilangsaikan, manakala selebihnya masih lagi tertunggak.
Saya yakin jika saman dinaikkan, jumlah tunggak yang ada akan meningkat dan akan bertambah sukarlah kerajaan untuk menguruskannya.
Justeru itu, keputusan kerajaan untuk tidak menaikan kadar saman adalah satu keputusan yang tepat dan kena masanya. Rakyat perlu dididik bukan dihukum.

No comments:
Post a Comment