Sunday, February 21, 2016

CYNTHIA SEBASTIAN WARGA KERJA PALING LAMA , SETIA DI McDONALDs


 SELAGI ADA HAYAT DIKANDUNG BADAN.  Tidak tergambar rasanya untuk saya lukiskan kata-kata indah untuk seorang srikandi yang sepanjang hayatnya menyumbang khidmat  mencurah bakti kepada McDonalds  penuh setia.

Dalam meniti usia 75 tahun Puan Cynthia Sebastian masih lagi gagah mencurah bakti kepada McDonalds  tanpa rasa letih dan jemu. Apakah rahsia wanita besi ini sehingga begitu teguh dia bersama=sama McDonalds ?

Tiga dekad dia bersama McDonalds membuktikan wanita ini mempunyai iltizam yang amat tinggi dalam kerjayanya di McDonalds. Puan Cynthia membukti walaupun sudah berusia lanjut dengan semangat dan keazaman yang tinggi beliau mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah. 

Nenek kepada tujuh cucu sewajarnya menjadi inspirasi kepada anak muda zaman sekarang yang sedang mencari pekerjaan. Manakala warga tua patut mencontohi semangatnya yang ingin terus mencurah bakti dengan tulang empat kerat yang ada.

Sejak 32 tahun yang lalu beliau telah memerah keringat 7 jam setiap hari, enam hari seminggu telah meletakkan beliau sebagai pekerja paling lama berkhidmat di McDonalds. Semua kerja dia lakukan dengan senang hati tanpa merungut sedikit pun,  dari mengelap meja, mengambil pesanan, kadang-kadang bertindak sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan, membimbing pekerja-pekerja lain. Apa yang beliau buat selama 32 tahun wajar dijadikan contoh dan teladan.

Pelanggan mudah mesra dengannya kerana ia sering berinterksi dengan pelanggan membuka pintu sambil mengucap selamat, datang ke meja mereka sambil berbual mesra dan bercerita tentang hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Ia membuat pelanggan rasa mesra dan senang bersamanya. 
CM_20150619_Cynthia_Sebastian_mcD_09_620_413_100
Bagi Puan Cyntia, dia tidak mahu hidup berdikari mencari wang sendiri walaupun pada ketika usia begini dia patut bersama-sama anak dan cucu. Dia gembira dapat terus bekerja di MCDonalds. Hanya dengan datang bekerja di McDonalds sahaja boleh mebuat dia rasa gembira. Bertemu dengan rakan-rakan sekerja dan pelanggan akan membuat dia rasa gembira dan sihat.

Justeru itu tidak ada istilah bersara dalam kamus hidupnya. "Saya tidak pernah memikirkannya (bersara). Saya tidak boleh hanya duduk dirumah, ini akan membuat saya merasa bosan". Selagi ada kudrat ini saya akan terus bekerja selama mungkin, saya amat mencintai kerja ini", kata Cyntia.
CM_20150619_Cynthia_Sebastian_mcD_12_620_413_100
Bagi Puan Cynthia, warga emas sepertinya perlu ada kewangan yang kukuh dan jika mereka masih boleh bekerja, mereka patut teruskan selama mana badan mereka masih sihat dan mampu bekerja. Dia berpendapat tidak sewajarnya warga emas sepertinya terlalu mengharapkan bantuan anak-anak didalam semua hal. Cukuplah dengan membesarkan dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna. Anak-anak juga mempunyai kehidupan mereka sendiri dan benarkan mereka mereka membentuk dan membina masa depan mereka sendiri. Inilah kitaran kehidupan yang semua orang akan lalui dan kita mesti bersedia menghadapinya, ujarnya lagi.

Mengimbau kembali kisahnya ketika mula-mula bekerja di McDonalds, ia bermula pada tahun 1983 ketika McDonalds baru setahun membuka perniagaan mereka di Malaysia. Ketika itu beliau berumur 40 tahun. Dia merasakan inilah masanya untuk dia keluar dari kepompong dan melihat dunia luar. Isteri kepada pegawai Anti Rasuah,  Joseph Sebastian yang baru meingggal tahun lepas telah mengabdikan dirinya sejak mula berkahwin sebagai suri rumah sepenuh masa menjaga dan mendidik anak-anak. Dia sehingga kini tidak menyangka McDonalds bakal membuka lembaran baru dalam kehidupan sehariannya.

Ketika itu, cawangan McDonalds ada di Plaza Yow Chuan. Kebetulan McDonalds sedang mencari pekerja terutama surirumah sebagai tenaga kerja mereka. Walaupun pada permulaan mendapat bantahan dari suaminya, Puan Cynthia meneruskan niatnya untuk bekerja di McDonalds. Lagipun anak-anaknya semuanya sudah melanjutkan pelajaran di universiti. Mereka menyokongnya kerana tidak mahu dia berasa bosan keseorangan dirumah dan mahu dia mendapat kawan-kawan baru diluar. Hari ini dia berbangga kerana keputusannya dulu tepat, selain dari dapat berdikari mencari wang sendiri dia juga sentiasa dikurniai kesihatan yang baik walaupun sudah menjangkau usia 75 tahun.
.
CM_20150619_Cynthia_Sebastian_mcD_13_620_413_100
Bagi Puan Cynthia, sepanjang perkhidmatannya  di banyak cawangan  McDonalds, dia  merasai kepuasan yang tidak ternilai oleh kata-kata apatah lagi dapat memberi bantuan, memberi nasihat dan dapat menghulurkan salam persahabatan kepada semua orang tidak mengira bangsa, agama dan semua peringkat umur.

Adalah cukup mengembirakan apabila nasihat kita dapat memberi kesan dan inspirasi kepada masyarakat  dalam mengubah hidup mereka. Kadangkala sesetengah orang hanya memerlukan galakan dan kata-kata yang memberi mereka semangat. Ianya sesuatu yang tidak mampu dinilaikan dengan wang ringgit.

Semangat dan iltizam Puan Cynthia sewajarnya menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menempuh cabaran dimasa depan.


No comments:

Post a Comment