Amerika nampaknya seolah-olah cuba mencurah minyak apabila mengulangi komitmennya untuk bekerjasama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) untuk menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Laporan interim semalam yang dikeluarkan Pasukan Penyelamat Bersama (JIT) membuat kesimpulan, MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu BUK yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.
Maria Zakharova, Jurucakap Kementerian Luar Rusia menyelar laporan tersebut dan menyifatkan ia sebagai berat sebelah dan bermotifkan politik.
Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula dengan tegas mengulangi pendirian Malaysia akan mendakwa mereka yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap insiden nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Menurutnya Malaysia sesekali tidak akan goyah untuk mendapatkan keadilan apatah lagi setelah dengan pengumuman JIT yang akan melanjutkan siasatan tersebut sehingga Januari 2018. Kenyataan yang sama juga yang disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.
Berdasarkan laporan interim JIT dan Lembaga Keselamatan Belanda (DSB), Malaysia mahukan tindakan yang komprehensif bagi memastikan komuniti dunia berasa lebih aman dan selamat ketika berada di ruang udara.
Lebih 100 orang individu yang dikaitkan dengan tragedi MH17 dalam laporan tersebut. Apa yang lebih menarik dalam laporan tersebut pemberontak menjadikan kawasan pertanian berhampiran bandar di Kharkiv, Ukraine sebagai tapak pelancar peluru berpandu BUK 9M38 buatan Rusia.
Laporan inilah yang membuat Rusia berang dan menuduh dunia berat sebelah kepada negaranya.
Dari awal lagi Rusia menawarkan negaranya untuk sama-sama menyiasat insiden ini, bagaimanapun penyiasat antarabangsa telah mengetepikan Rusia daripada mengambil bahagian penuh dalam siasatan berkenaan, sebaliknya hanya memberi peranan tidak penting dalam usaha itu.
Apatah lagi Amerika dilihat begitu menyibuk dalam hal ini seolah-olah cuba menentukan setiap keputusan menyebelahi proksinya di Ukraine. Konflik ini mungkin akan berlarutan kerana campur tangan dua kuasa besar ini. Apa pun sebagai rakyat Malaysia kita mengharapkan kerajaan dapat membawa penjenayah sebenar ke muka pangadilan.
No comments:
Post a Comment