Kecelaruan minda pembangkang terserlah apabila mengaitkan perlaksanaan semula Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai satu kaedah kerajaan mencari keuntungan.
Jika benar kerajaan mahukan keuntungan dari AES sudah tentulah kerajaan kena berusaha memastikan rakyat sentiasa membuat kesalahan lalu lintas. Jelas sekali kebodohan mereka terserlah disitu.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan perlu memastikan jalan raya menjadi tempat yang selamat untuk rakyat. Bukan seperti pembangkang yang kerjanya hanya berdemo sana sini.
Untuk itu, tidak dapat tidak kerajaan perlu melaksanakan semula AES dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan raya (KEJARA) dalam usaha kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, tujuan utama kerajaan melaksanakan Mata demerit ini adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukan untuk mendera atau menyusahkan rakyat.
Kita nak ubah sikap pemandu dijalan raya agar lebih bertanggungjawab, tambahnya lagi.
Sistem AES dan KEJARA ini diyakini dapat membantu mendisiplinkan pemandu di jalan raya.
Menerusi KEJARA pula, kita akan tolak mata demerit pemandu. Bila disaman, kita akan tolak mata bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Bila sampai 20 mata, kita akan gantung lesen pemandu," Liow Tiong Lai.
Justeru itu tuduhan pembangkang kononnya kerajaan mencari keuntungan dengan sistem ini adalah suatu tuduhan yang dangkal.
Pemuda Selempang Merah ingin bertanya kepada pembangkang, berapa juta kerajaan dapat dari sistem AES ini sehinggakan kerajaan terdesak sangat hendak laksanakan sistem ini menurut pembangkang?
No comments:
Post a Comment