Friday, January 22, 2016

TANAH MILIK FELDA BAKAL DIMAJUKAN



FELDA sentiasa berusaha mencari peluang untuk merancakkan lagi pembangunan yang telah sedia ada. FELDA sebagai satu syarikat yang kaya dengan aset tanah telah mengenalpasti beberapa bidang tanah miliknya yang mempunyai keupayaan untuk dikomersialkan.

Antaranya projek yang menjadi perancangan FELDA ialah projek pembangunan di tanah FELDA di Pulau Indah, Klang dan Bukit Cerakah. FELDA berharap dengan pengambilalihan Encorp Bhd dapat membantu membangunkan semua perancangan kumpulan perladangan tersebut.

Dengan memilik Encorp, banyak hartanah dapat dibangunkan dengan lebih cepat. Encorp bakal memberi impak positif dalam membangunkan hartanah tersebut. Beberapa kawasan telah dikenalpasti, namun projek di Bukit Katil terlebih dahulu akan diselesaikan, sebelum menginjak ke hartanah FELDA diseluruh negara.

Namun dalam keadaan iklim kelembapan hartanah sekarang ianya memberi kesan kepada nilai semasa pembangunan hartanah di Bukit Katil.  Jika dahulu nilai hartanah RM4.9 bilion kini telah menyusut kepada RM3.2 bilion.

Oleh itu menurut Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, pihaknya akan menunggu industri menunjukan tanda-tanda positif bagi meneruskan pembangunan di Bukit Katil yang dijangkakan akan bermula pada awal 2017.

No comments:

Post a Comment