Friday, November 20, 2015

DEMO PEMANDU TEKSI TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN


Sudah menjadi "trend" manusia zaman ini, apabila mereka tidak suka kepada sesuatu atau seseorang mereka akan buat demo, piket , memo atau seumpamanya agar individu atau sesuatu yang menjadi sasaran mereka tercapai. Begitu juga yang cuba dilakukan oleh segelintir kecil pemandu teksi yang cuba mendesak pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatan.

Adakah ini satu  budaya baru yang cuba dibawa masuk oleh segelintir rakyat kita untuk memuaskan kehendak nafsu mereka ? 

Bagi Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, pemandu teksi yang membuat demo adalah sekumpulan kecil yang suka membuat "bising" dan "kecoh". Apabila sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka, mereka memberontak walaupun isu yang dibangkitkan oleh mereka merupakan isu kecil. 

"Sudah menjadi trend dalam negara kita sekarang ini, orang yang telah diberi amanah dan mandat oleh rakyat disuruh letak jawatan walaupun kerana isu-isu kecil, Inilah indahnya negara kita ini, ramai orang suka melanggar undang-undang. Walau pun tidak mendapat keizinan dan permit polis mereka langgar juga."

Yang menariknya dalam demo ini, Datuk Seri Wan Azizah pun menyelit sekali memberi sokongan kepada pendemo ini. Nampak sangatlah ada saja helah pembangkang menyelitkan agenda mereka dalam setiap demo. 

Perhimpunan ini diadakan bagi mendesak kerajaan merombak pentadbiran SPAD dan mengharamkan Uber dan Grabcar yang telah menjadi duri dalam daging pemandu teksi. 

Menjawab kepada syor yang dicadangkan oleh persatuan dan pemandu teksi supaya Plan Transformasi Teksi dikaji semula, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata SPAD sedang berbincang dan berusaha bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pemandu teksi. 

"Sebenarnya kami telah berbincang dalam makmal teksi yang bermula pada isnin lalu dengan semua pihak yang berada dalam industri ini bagi mendapat pandangan dan idea mereka dalam isu dan masalah teksi dan pengangkutan awam lain disekitar Lembah Klang ini. 


Ini baru cara yang betul untuk meluahkan rasa tidak puashati, bukan menyelesaikan masalah di jalanan. Mereka sebenarnya marah dengan Uber dan Grabcar, jadi itu yang macam-macam masalah di keluarkan.

SPAD selama ini sentiasa membuka pintu untuk menerima apa-apa sahaja pandangan atau perbincangan dengan semua pihak asalkan mengikut saluran yang betul. Jika pemandu teksi bersikap berkonfrntasi dengan SPAD, ianya tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan masalah yang baru.  Pemandu teksi perlulah bersikap lebih profesional dan jangan mudah terpengaruh dengan agenda pihak-pihak tertentu yang ingin menaguk di air yang keruh. 







No comments:

Post a Comment