Saturday, October 29, 2016

KARGO TERGELINCIR: ETS PADANG BESAR - GEMAS TERGENDALA



Sekali lagi rakyat Malaysia digejutkan dengan insiden melibatkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang terjejas berpunca daripada sebuah keretapi kargo tergelincir berdekatan Kampung Bakap. Kedua-dua laluan terlibat iaitu dari Padang Besar-Gemas, kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan dan diangka pulih selepas 48 jam. 

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan bekerja tanpa henti untuk mengalihkan semua gerabak yang tergelincir dengan segera bagi memulihkan segera bekalan elektrik yang melibatkan jarak 35 kilometer. 

Pekara ini ditegaskan sendiri oleh Ketua Komunikasi Korperat KTMB, encik Ridhwan Arshad. Lebih 12,000 penumpang yang telah membeli tiket yang dijadualkan pada hari tersebut terkandas.  

Kebanyakkan antara mereka adalah yang telah bercadang bercuti di kampung sempena Hari Depavali dan cuti persekolahan. 


Kejadian dikatakan berlaku antara jam 3 pagi yang mana tren kargo dua enjin lokomotif yang membawa 40 gerabak tergelincir dalam perjalanan dari Kuang, Selangor ke Tasek untuk mngambil muatan simen.

Dalam pada itu pihak KTMB berharap penumpang bertenang dan mereka boleh menebus kembali tiket yang telah di beli dengan menghubungi di talian 03-22671200.

KTMB juga menyediakan bas perantara secara percuma bagi memudahkan penumpang ETS untuk ke ke stesen yang tidak terjejas bagi meneruskan perjalanan.  

“Penumpang dari Gemas dan KL Sentral ke Padang Besar akan transit di Stesen KTMB Kampar sebelum dibawa dengan bas perantara ke Stesen KTMB Ipoh untuk meneruskan perjalanan.

“Bagi penumpang dari Padang Besar ke KL Sentral dan Gemas, mereka akan transit di Stesen KTMB Ipoh sebelum dibawa de­ngan bas perantara ke Stesen KTMB Kampar untuk meneruskan perjalanan ma­sing-masing. 

Penumpang yang telah membeli tiket jangan bimbang kerana KTMB sedia memulangkan semula bayaran tiket bagi penumpang  yang terjejas dan mahu membatalkan tiket yang telah ditempah. Mereka dapatkan semula wang mereka di stesen KTMB yang berdekatan. 

KTMB bersama pihak polis akan menyiasat puna sebenar kejadian dan akan memberi laporan penuh berkenaan kes ini.

No comments:

Post a Comment