Sungguh amat mendukacitakan. Itulah perkataan yang sesuai untuk saya katakan apabila melihat gambar-gambar pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan Ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram.
Saya masih ingat Nurul bersama-sama MP pembangkang paling lantang dalam mempersoalkan tindakan kerajaan dan anggota keselamatan dalam insiden serangan Lahad Datu di Sabah pada Mac 2013. Malangnya hari ini dia boleh duduk bersama-sama pengganas yang meyerang dan membunuh anggota keselamatan negara kita.
Tindakan beliau menimbulkan rasa marah dikalangan rakyat dan sesetengahnya menganggap tindakan beliau bergambar dengan anak ketua pengganas Kiram adalah satu pengkhianatan terhadap negara. Bagi rakyat, sebagai Ahli Parlimen beliau harus tahu kedudukannya dalam negara.
Timbalan Presiden MCA, Datuk dr. Wee Ka Siong dalam kenyataannya berasa amat tergejut dengan gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama Jacel H. Kiram yang dimuat naik di media sosial. Baginya tindakan Nurul itu bagaikan menguris kembali luka lama
Menurut Wee lagi, Nurul Izzah perlu menjelaskan kepada rakyat berkenaan gambar tersebut dan apa sebenarnya butir perbincangan ahli parlimen Lembah Pantai itu dengan Anak kepada Ketua sebuah Organisasi pengganas ?
Saya masih ingat, media Filipina dan beberapa agensi antarabangsa melaporkan pembabitan seorang pemimpin PKR dengan pihak pengganas Jeneral Kiram. Selain itu dari sumber risikan tertentu, terdapat dua lagi pemimpin PKR yang dikhabarkan ada hubungan dengan organisasi pengganas tersebut.
Saya hairan, bagaimana seorang pemimpin pembangkang yang kononnya sering melaungkan hak rakyat,hak keselamatan rakyat, hak kebebasan bersuara rakyat - hari ini boleh duduk semeja dengan pengganas yang menyerang dan membunuh rakyat kita. Sewajarnya beliau mengutamakan kepentingan negara dan sensitiviti rakyat Malaysia.
Siti Bandorah, Balu Allahyarham Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon yang terkorban dalam serangan pengganas Sulu di Sabah menyatakan gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram cukup memedihkan hatinya.
"Walaupun peristiwa tersebut sudah tiga tahun berlalu, sedetik pun saya tidak pernah lupa - bahkan semakin lama semakin terasa kehilangannya. Gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram hanya menambahkan luka dihati saya dan keluarga" Kata Siti Bandorah.
Bagi penulis, tindakan Nurul seolah-olah mengiktiraf pertubuhan pengganas tersebut. Gambar itu cukup untuk membuktikan bahawa Nurul cuba meraih sokongan serta bersekongkol dengan Jacel Kiram III dan organisasi pengganas yang pernah menyerang kedaulatan negara.
Poster yang tertulis "release-Anwar immediately" merupakan satu bukti ada agenda Nurul Izzah untuk mendapat sokongan daripada pertubuhan pengganas dalam masa yang sama ahli parlimen Lembah Pantai itu telah menghina sistem kehakiman negera dan undang-undang negara. Tindakan menyokong atau bersekongkol dengan pertubuhan pengganas yang terbukti menyerang negara adalah merupakan kesalahan jenayah dalam undang-undang negara.
Agak menghairankan Bar Council yang sering mendakwa menegak kedaulatan undang-undang dalam negara masih bersembunyi berdiam diri sehingga hari ini. Mungkin mereka sedang mencari jalan keluar untuk Nurul Izzah membersihkan dirinya daripada palitan kemungkaran yang dia sendiri tempah.
Namun apa pun alasannya bagi rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, pertemuan ini merupakan satu penghinaan kepada warga Malaysia, orang Sabah dan terutamanya wira-wira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment