Friday, November 28, 2014

BUKTI JELAS GST MEMBEBANKAN RAKYAT

Ini jawapan kepada penipuan PRs yang kononnya telah mengikuti kursus GST di Kelana Jaya. Perlu difahami bahawa pihak Kastam tidak melaksanakan kursus GST kepada orang awam. Orang awam hanya diberi taklimat atau seminar dan bukannya kursus. Ini penipuan pertama beliau.

Seterusnya kaedah pengiraan GST yang dimaklumkan PRs adalah SALAH. Ia sengaja dibuat untuk mengelirukan orang. Memang jahat niat PRs agar orang membenci kerajaan.

Dalam GST ada Cukai Input dan Cukai Output.  Fahami artikel dibawah untuk jawab penipuan PRs.

GST adalah cukai berdasarkan kepenggunaan. Ianya dicaj di setiap rangkaian pembekalan, pengedaran dan penjualan barangan.

Cukai Input adalah cukai GST yang dikenakan apabila sesebuah entiti perniagaan membeli barangan ataupun bekalan untuk dijual.

Cukai Output pula adalah cukai GST yang dikenakan apabila barangan tersebut dijual.

Cukai Input boleh dituntut semula oleh entiti perniagaan tersebut dan ini dipanggil Kredit Cukai Input.

Contoh:

Pengilang
Sebuah syarikat pengilang baju membeli kain dari pembekal kain pada harga RM100 + 6% GST (RM6). Menjadikan jumlah yang dibayar untuk kain tersebut adalah RM106. Pengilang ini boleh menuntut semula cukai yang dibayar RM6 itu daripada Kastam. (Bagi pengilang tersebut, caj ini dipanggil cukai Input)

Pengilang tersebut membuat baju menggunakan kain tersebut dan menjual kepada pengedar dengan harga RM200 + 6% GST (RM12) dan menjadikan harga untuk baju tersebut RM212.00. (Bagi pengilang, caj ini dipanggil cukai Output).

Jadinya selepas pengilang tersebut membuat tuntutan semula RM6, jumlah cukai yang dibayar oleh pengilang kepada Kastam cuma RM6.

Pengedar
Pengedar membeli baju dari pengilang dengan harga RM200 + 6% GST (RM12). Bagi pengedar, ini dipanggil cukai input dan pengedar boleh membuat semula tuntutan kepada kastam.

Pengedar menjual baju tersebut kepada pelanggan dengan harga RM300 + 6% GST (RM18). Menjadikan jumlah harga baju tersebut adalah RM318. Bagi pengedar, ini dipanggil cukai output.

Maka setelah pengedar membuat tuntutan semula RM12 daripada Kastam, jumlah GST yang dibayar oleh pengedar kepada Kastam cuma RM6 (RM18-RM12).

Tanpa sistem kredit cukai input ini, akan terjadinya cukai berganda yang akhirnya akan menyebabkan harga barang menjadi semakin mahal. Inilah yang terjadi pada sistem SST yang ada sekarang ini.

Jika kita membandingkan sistem GST dan sistem SST, dengan peratus keuntungan yang sama (100% untuk pengilang dan 50% untuk pengedar), pelanggan masih membayar harga yang sama untuk baju tersebut. Namun, dengan GST kerajaan dapat mengutip cukai sebanyak RM18, berbanding RM6 dengan sistem SST.

Nasihat saya, selidiklah semua maklumat yang kita perolehi terlebih dahulu agar tidak tertipu dengan mereka yang berniat jahat.


PERTAHANKAN UMNO

Kita   mempertahankan   UMNO  ....demi Agama, Bangsa dan 
Tanahair...itu   sahaja.  Jika  ada   sesaiapa  yang  menimbulkan masalah  kepada  UMNO.
Pandai-pandailah  dia  membetulkan   diri   dan   berubah.  UMNO   bukan   hak   peribadi   sesiapa.

Wednesday, November 26, 2014

MALAYSIA PALING TINGGI HUTANG DI DUNIA MENGALAHKAN AMERIKA

Hutang negara pada tahun 2014 dijangka berjumlah RM582.5 billion. Jumlah hutang negara adalah terendah berbanding dengan negara2 berikut:-
- Malaysia RM582.5 billion
- Singapura RM1.023 trillion
- China RM13.9 trillion
- Japan RM35.9 trillion
- United Kingdom RM8.2 trillion
- Amerika Syarikat RM59.6 trillion
- Germany RM8.7 trillion
Defisit tahun 2014 dijangka mencapai 3.5% bersamaan dengan unjuran kerajaan.
Bagi pertumbuhan tiga suku tahun pertama 2014 (Januari hingga September 2014), negara kita juga mencatat pertumbuhan tertinggi:-
- Malaysia 6.1%
- Singappura 3.2%
- Indonesia 5.1%
- Vietnam 5.5%
- Korea 3.5%
- Amerika Syarikat 2.3%
- United Kingdom 3.0%
- China 7.4%
Dengan pencapaian 6.1% tersebut, negara kita dalam landasan untuk mencapai unjuran pertumbuhan 5.5% hingga 6% bagi tahun 2014.
Sebahagian besar agensi2 penyelidik menjangkakan bagi tahun 2014 negara kita akan capai pertumbuhan 5.7%.
Pelaburan swasta tumbuh 6.8% membolehkan pengwujudan peluang pekerjaan baru, menstabilkan pasaran buruh dan gaji pekerja.
Kita berharap sektor swasta akan terus meningkatkan penggunaan teknokogi dan produktiviti serta menaikkan gaji pekerja supaya selaras dengan objektif kerajaan untuk meningkatkan nisbah gaji/kdnk dari 33% sekarang kepada 40% pada tahun 2020.
Kerajaan memberi perhatian kepada sektor eksport. Eksport negara tumbuh agak perlahan pada kadar 2.2%. Kerajaan mahu pastikan sektor ini terus berkembang memandangkan beberapa negara Eropah di jangka terus mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 2015.
Selain memperkukuhkan ekonomi domestik, kerajaan kita sedang melaksanakan inisiatif memperkukuhkan integrasi Asean bertujuan menjadikan Asean pasaran utama dunia. Malaysia telah menerima perlantikan sebagai Ketua Negara2 Asean bagi tahun 2015 bila Asean memasuki era 'Asean Economic Community'.

KEUNIKAN MALAYSIA

Malaysia satu-satu negara paling unik di dunia.
Di Malaysia, terdapat satu kaum / puak primitif yang tidak suka kerajaan membantu rakyat.
Mereka tidak suka kerajaan menurunkan cukai SST 10%~16% kepada 6% (GST). Mereka juga tidak suka kerajaan membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah dengan memberi subsidi-subsidi khas.
Mereka amat suka kepada pesta arak dan membenci program selawat.
Sesetengah dari mereka begitu sayang menyayang antara sesama jenis.
Mereka boleh melakukan proses persenyawaan antara jantan dengan jantan, betina dengan betina. Terrer tak diorang...???
Fosil spesies ini pernah dijumpai oleh ahli arkeologi dan sejarah di satu tempat yang bernama SODOM.
Menurut WWF, puak ini adalah spesies yang terancam dan dipelihara oleh Negara Israel.
Bagi ahli kitab purba dahulu kala, kaum dan puak ini akan bangkit pada akhir zaman sebagai ujian kepada insan-insan yag beriman.

MEREKA YANG SESAT

Manusia jahil merasakan tuhan itu bertangan seperti tangannya, berkaki seperti kakinya, bermata seperti matanya, bermuka seperti mukanya.....maka mereka pun mencari batu dan kayu lalu mengukir batu itu berbentuk seperti apa yang terlintas dihati mereka.

Bila akhir kejadian batu itu diukir penuh kesempurnaan maka mereka berasa amat takjub dengan hasil kerja mereka lalu mereka menyembahnya dan dipanggil dengan pelbagai nama dan gelaran. Dimintanya batu ukiran itu akan rezeki yang melimpah ruah. Diberinya batu ukiran itu makanan yang enak-enak.

Seharusnya batu itulah yang patut menyembah si pengukirnya kerana dialah yang menghasilkan ciptaan tersebut. Sepatutnya juga batu itu bersyukur kepada pengukir itu kerana dialah yang membawa rezeki kepadanya hari-hari.

Cuma saya tertanya-tanya....siapa pula pencipta batu dan si pengukirnya itu...???

UNIVERSITI OF KETUM

Suatu hari di tengah hutan, ketika para pelajar UNIVERSITI OF KETUM sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat diatas tanah.

Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan pulang akan dihukum !
Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.

Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat ditengah perjalanan tadi ?tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.

Ayuh cepat! Mengaku ajelah, lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir disini. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!
Senyap! Masih tiada jawapan dari pelajar lain.

Kerana tidak ada yang mahu mengakui kesalahannya, maka saya akan panggil namanya!" kata senior itu dengan nada yang tegas.

Pelajar-pelajar yang lain semuanya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.

Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudiannya dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...
STAINLESS STEEL...!!! Cepat keluar....!!!

Tuesday, November 25, 2014

Elemen Kos Penentuan Harga Minyak


Kos Produk + Alpha + Kos Operasi + Margin Untuk Keuntungan Syarikat Pengeluar Minyak + Margin Keuntungan Untuk Stesyen Minyak + Cukai Jualan Yang Dikenakan Kerajaan & Subsidi

Apa itu Kos Produk?
- Penentuan kos produk minya adalah berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPs) yang diterbitkan oleh Mcgraw Hill Companies yang berpengkalan di Singapura.Syarikat McGraw akan membuat penarafan dan menilai kos minyak secara purata setiap hari.

- Berbeza dengan harga minyak mentah dunia (Crude Oil) yang dikeluarkan NYMEX, harga yang ditetapkan oleh Platts adalah harga minyak yang telah siap diproses (Refined Oil).

- Oleh sebab itu, harga Platts adalah lebih tinggi berbanding harga Crude Oil.

Apa itu Alpha?
- Alpha adalah perbezaan di antara harga yang diterbitkan oleh Platts dan harga sebenar yang dibeli oleh syarikat minyak.

- Parameter ini ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia pada nilai 5 sen seliter untuk petrol.

- Sekiranya harga minyak yang dibeli lebih tinggi dari harga Platts dan melebihi parameter Alpha, maka syarikat minyak akan menanggung lebihan kos tersebut.

Apa itu Kos Operasi?
- Ini adalah kos-kos operasi seperti kos pengendalian, kos pengangkutan dan kos pemasaran.

- Kadar pada tahun 2009 adalah 9.54 sen per liter untuk petrol di Semenanjung. Untuk tahun 2014, pasti kos operasi ini sudah berubah.

Apa itu Margin untuk keuntungan syarikat pengeluar minyak?
- Margin untuk keuntungan syarikat pengeluar minyak telah ditetapkan pada kadar 5 sen untuk setiap liter petrol.

Apa itu Margin keuntungan untuk stesyen minyak?
- Margin keuntungan untuk stesyen minyak ditetapkan pada kadar 12.19 sen per liter bagi petrol

Apa itu Cukai Jualan Yang Dikenakan Kerajaan & Subsidi?
- Kerajaan dibenarkan mengutip cukai jualan semaksimum pada kadar 58.62 sen per liter, tetapi kerajaan tidak pernah mengutip cukai jualan hingga kini

Ahli DAP Pulau PInang Dah Mula Luahkan Tidak Kepuasan Hati, Terhadap Pentadbiran Lim Guan Eng

PENANG FOR PENANG !
Terima kasih, Tuan Speaker! Nama saya ialah Shamsher Singh Thind dan nombor perwakilan saya ialah PP 0334.
Sejak dua pilihanraya umum yang lepas, DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak boleh dipisahkan lagi. Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencerminkan budaya parti DAP. Oleh itu, dalam perbahasan saya hari ini, saya ingin bertanya beberapa soalan kepada pemimpin-pemimpin DAP Negeri yang juga merupakan ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dan saya minta Speaker tolong minitkan.

1. Siapa yang design poster untuk konvensyen tahun ini? Saya nak tahu Seberang Perai ini sebahagian daripada Pulau Pinang atau tidak? Jika ya, kenapa peta Seberang Perai tak ada dalam poster ini? Memang tidak dapat dinafikan, Seberang Perai ialah anak tiri Negeri Pulau Pinang.

2. Apakah nama ibu negeri Pulau Pinang? Jika jawapannya ialah “George Town”, kenapa tiada “Goerge Town” dalam alamat Ketua Menteri Pulau Pinang. Alamat Ketua Menteri ialah Tingkat 28, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang. Tiada George Town.

Kalau tuan-tuan pergi ke George Town, tiada satu pun lorong, jalan atau lebuh yang ada poskod “George Town”? Semuanya poskod “Pulau Pinang”?

MPPP tidak lama lagi akan dinaiktaraf menjadi MBPP. Tuan-tuan tahu apakah nama bandaraya baru tersebut? Namanya ialah Bandaraya Pulau Pinang, dan bukannya Bandaraya George Town.

Memandangkan George Town sudah lama mati, nama ibu negeri Pulau Pinang ialah Pulau Pinang.

3. Bayaran tol Jambatan Pulau Pinang. Pengguna van biasa dikenakan sebanyak RM 12.00 (RM 9.60) tetapi pengguna van mewah seperti Alphard, Vellfire atau Starex hanya dikenakan bayaran RM 7.00 (RM 5.60). Kerajaan Negeri Pulau Pinang sehingga hari ini tidak pernah membuat apa-apa kenyataan media untuk tanya Kerajaan Persekutuan mengenai ketidakadilan ini.

4. Pada tahun 2008, Ketua Menteri Pulau Pinang kutuk MB Terengganu kerana membeli kereta Mercedes. Berikut adalah kenyataan beliau yang dilaporkan media:
“They could have even purchased Toyota ... the leading car brand in the world, overtaking even General Motors and ... much cheaper than Mercedes Benz ... UMNO must do something about this. Its leaders are living luxuriously while the people are suffering ...”

Tetapi pada awal tahun ini, saudara Guan Eng sendiri membeli kereta Mercedes Benz.

5. MPPP sungguh beria-ia menunda kereta orang awam termasuk kereta pelajar-pelajar di Kolej PTPL yang letak kereta mereka di sepanjang Jalan Dunlop, tetapi MPPP buat bodoh apabila kereta Ketua Menteri diletakkan secara salah.

6. Pengerusi Negeri dan Setiausaha Agung berucap dalam bahasa Melayu dan bahasa Mandarin. Saya tertanya kenapa perlu berucap dalam bahasa Mandarin. Bukankah kita semua rakyat Malaysia dan faham bahasa kebangsaan? Mungkin tiba masanya kita perlu fikir semula tentang keberkesanan 4sekolah jenis kebangsaan.

Sekian, terima kasih.
Shamsher Singh Thind
Pensyarah Undang-Undang 

IMIGRESEN BAWA MASUK , POLIS PULA KENA JAGA

BERBONDONG-BONDONG IMIGRESEN BIARKAN WARGA ASING MASUK DENGAN MUDAH, POLIS PULA NAK KENA JAGA...!!!???

Sebanyak 59,765 warga asing telah DIUSIR ke negara asal termasuk banduan asing yang melakukan pelbagai kesalahan .

Warga Indonesia mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 26,614 orang, diikuti Bangladesh sebanyak 6,834 orang; Filipina 6483 orang dan lain-lain warganegara 19,834 orang.

"Bagi warga asing yang melakukan kesalahan jenayah di negara ini, mereka tertakluk di bawah bidang kuasa dan tindakan Polis Diraja Malaysia"
.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim.

UMNO TIDAK BANTU MELAYU...PERLU DI TUMBANGKAN

SAYA MOHON UMNO / BARISAN NASIONAL DITUMBANGKAN SEGERA KERANA MEREKA SANGAT KEJAM DAN ZALIM.......KERANA,

(1)  24,743 pelajar Bumiputera mendapat biasiswa JABATAN PERKHIDMATAN AWAM dalam tempoh 3 tahun.

(2)  23,493 [77%] pelajar Bumiputera daripada 30,500 pelajar ditaja melanjutkan pengajian dalam negeri dari tahun 2011 hingga 2013.

(3 )  1,250 [60%] pelajar Bumiputera daripada 2,10 pelajar ditaja bagi pengajian di luar negara dari tahun 2011 hinga 2014.

Eloklah kiranya UMNO ditumbangkan segera, jika tidak ramai lagi anak Melayu Islam Bumiputera dibantu oleh mereka.