Suatu hari di tengah hutan, ketika para pelajar UNIVERSITI OF KETUM sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat diatas tanah.
Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan pulang akan dihukum !
Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.
Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat ditengah perjalanan tadi ?tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.
Ayuh cepat! Mengaku ajelah, lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir disini. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!
Senyap! Masih tiada jawapan dari pelajar lain.
Kerana tidak ada yang mahu mengakui kesalahannya, maka saya akan panggil namanya!" kata senior itu dengan nada yang tegas.
Pelajar-pelajar yang lain semuanya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.
Lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudiannya dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...
STAINLESS STEEL...!!! Cepat keluar....!!!
No comments:
Post a Comment