Friday, November 28, 2014

BUKTI JELAS GST MEMBEBANKAN RAKYAT

Ini jawapan kepada penipuan PRs yang kononnya telah mengikuti kursus GST di Kelana Jaya. Perlu difahami bahawa pihak Kastam tidak melaksanakan kursus GST kepada orang awam. Orang awam hanya diberi taklimat atau seminar dan bukannya kursus. Ini penipuan pertama beliau.

Seterusnya kaedah pengiraan GST yang dimaklumkan PRs adalah SALAH. Ia sengaja dibuat untuk mengelirukan orang. Memang jahat niat PRs agar orang membenci kerajaan.

Dalam GST ada Cukai Input dan Cukai Output.  Fahami artikel dibawah untuk jawab penipuan PRs.

GST adalah cukai berdasarkan kepenggunaan. Ianya dicaj di setiap rangkaian pembekalan, pengedaran dan penjualan barangan.

Cukai Input adalah cukai GST yang dikenakan apabila sesebuah entiti perniagaan membeli barangan ataupun bekalan untuk dijual.

Cukai Output pula adalah cukai GST yang dikenakan apabila barangan tersebut dijual.

Cukai Input boleh dituntut semula oleh entiti perniagaan tersebut dan ini dipanggil Kredit Cukai Input.

Contoh:

Pengilang
Sebuah syarikat pengilang baju membeli kain dari pembekal kain pada harga RM100 + 6% GST (RM6). Menjadikan jumlah yang dibayar untuk kain tersebut adalah RM106. Pengilang ini boleh menuntut semula cukai yang dibayar RM6 itu daripada Kastam. (Bagi pengilang tersebut, caj ini dipanggil cukai Input)

Pengilang tersebut membuat baju menggunakan kain tersebut dan menjual kepada pengedar dengan harga RM200 + 6% GST (RM12) dan menjadikan harga untuk baju tersebut RM212.00. (Bagi pengilang, caj ini dipanggil cukai Output).

Jadinya selepas pengilang tersebut membuat tuntutan semula RM6, jumlah cukai yang dibayar oleh pengilang kepada Kastam cuma RM6.

Pengedar
Pengedar membeli baju dari pengilang dengan harga RM200 + 6% GST (RM12). Bagi pengedar, ini dipanggil cukai input dan pengedar boleh membuat semula tuntutan kepada kastam.

Pengedar menjual baju tersebut kepada pelanggan dengan harga RM300 + 6% GST (RM18). Menjadikan jumlah harga baju tersebut adalah RM318. Bagi pengedar, ini dipanggil cukai output.

Maka setelah pengedar membuat tuntutan semula RM12 daripada Kastam, jumlah GST yang dibayar oleh pengedar kepada Kastam cuma RM6 (RM18-RM12).

Tanpa sistem kredit cukai input ini, akan terjadinya cukai berganda yang akhirnya akan menyebabkan harga barang menjadi semakin mahal. Inilah yang terjadi pada sistem SST yang ada sekarang ini.

Jika kita membandingkan sistem GST dan sistem SST, dengan peratus keuntungan yang sama (100% untuk pengilang dan 50% untuk pengedar), pelanggan masih membayar harga yang sama untuk baju tersebut. Namun, dengan GST kerajaan dapat mengutip cukai sebanyak RM18, berbanding RM6 dengan sistem SST.

Nasihat saya, selidiklah semua maklumat yang kita perolehi terlebih dahulu agar tidak tertipu dengan mereka yang berniat jahat.


No comments:

Post a Comment