Wednesday, November 26, 2014

MEREKA YANG SESAT

Manusia jahil merasakan tuhan itu bertangan seperti tangannya, berkaki seperti kakinya, bermata seperti matanya, bermuka seperti mukanya.....maka mereka pun mencari batu dan kayu lalu mengukir batu itu berbentuk seperti apa yang terlintas dihati mereka.

Bila akhir kejadian batu itu diukir penuh kesempurnaan maka mereka berasa amat takjub dengan hasil kerja mereka lalu mereka menyembahnya dan dipanggil dengan pelbagai nama dan gelaran. Dimintanya batu ukiran itu akan rezeki yang melimpah ruah. Diberinya batu ukiran itu makanan yang enak-enak.

Seharusnya batu itulah yang patut menyembah si pengukirnya kerana dialah yang menghasilkan ciptaan tersebut. Sepatutnya juga batu itu bersyukur kepada pengukir itu kerana dialah yang membawa rezeki kepadanya hari-hari.

Cuma saya tertanya-tanya....siapa pula pencipta batu dan si pengukirnya itu...???

No comments:

Post a Comment