Showing posts with label prasarana. Show all posts
Showing posts with label prasarana. Show all posts

Tuesday, July 18, 2017

MRT - DARI SEKEPING KERTAS MENJADI REALITI



Di mulakan diatas 'kertas' apabila kerajaan setuju membuat keputusan untuk membina dan melaksana satu projek infrarakyat yang berimpak tinggi pada 2009. Hari ini seluruh rakyat Malaysia menyaksikan projek ini menjadi realiti.

Itulah yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak yang menyifatkan Projek Transit Aliran Massa (MRT) kini menjadi realiti bukan lagi diatas kertas.

Apa yang lebih membanggakan projek ini bukan sahaja berjaya disiapkan lebih awal dariapda jadual asal bahkan dapat menjimatkan kos sebanyak RM2 bilion iaitu sebanyak RM21 bilion dari kos asal 23 bilion.

Ini yang menjadi igauan pembangkang yang cuba memperlekehkan usaha kerajaan membina sesuatu untuk rakyat. Itu ada suara-suara sumbang dari Hannah Yeoh dan Tony Pua yang cuba mengelirukan rakyat kononnya projek ini bukanlah hadiah untuk rakyat, tetapi hasil dari pemberi cukai.

Dengan terbinanya MRT ini banyak manfaatnya tercurah kepada rakyat antaranya ialah dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. Apatah lagi apabila Perdana Menteri mengumumkan memberi diskaun 50 peratus pada penguna MRT dan perkhidmatan rel yang lain seperti LRT, Monorel dan BRT.

Projek MRT ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara yang teruk sehinggakan ada yang terpaksa menghabiskan berjam-jam di jalan raya. Pembinaan MRT ini merupakan satu langkah awal yang bijak bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.

Apa yang lebih membanggakan projek MRT ini menggunakan kepakaran tempatan dengan penglibatan 50 peratus syarikat bumiputera. Jelas sekali kepercayaan Perdana Menteri terhadap hasil kerja anak bangsa dalam projek yang bertaraf antarabangsa ini. Mereka bejaya berdiri megah bersama negara-negara lain.

Perdana Menteri berharap dengan adanya jaringan sistem penangangkutan yang maju ini ianya dapat memberi manfaat yang banyak kepada rakyat, menjimatkan masa mereka dan kos  perjalanan lebih berpatutan sekaligus meningkatkan produktiviti perkerja.




  

Sunday, November 20, 2016

TAMBANG MRT BERMULA RM1





MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016.  Jajaran yang menjangkau kira-kira 51 kilometer dan seluruh 31 stesen, akan dibuka kepada orang ramai dalam dua fasa. Fasa 1 , meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan. Fasa 2 MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk operasi seterusnya Julai.

Rapid Rail Sdn. Bhd. mengumumkan struktur penuh tambang bermula tambang nominal RM1 untuk satu hentian berdasarkan kepada struktur tambang tanpa tunai. 

Tambang maksimum sebanyak RM6.40 jika menggunakan tunai, dan RM5.50 berdasarkan struktur tambang tanpa tunai. Kerajaan telah meluluskan struktur tambang berdasarkan kepada kadar nominal iaitu setipa empat hingga lima kilometer perjalanan, sama dengan apa yang telah dilaksanakan pada tambang LRT dan perkhidmatan Monorel.

Tambang dari Stesen Pasar Tani ke Merdeka merupakan tambang yang paling murah mengikut kadar tambang tunai iaitu RM1.10  untuk satu perjalanan ke satu hentian.   

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi  12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan. 

Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

Menariknya MRT memberi 50 peratus diskaun untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT, termasuk bas pengantara MRT. Diskaun ini sama seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan monorel, LRT dan bas Rapid KL. Jelas sekali MRT amat prihatin, memudahkan rakyat dan membantu semua golongan.  

Ibu-ibu yang rama anak jangan risau, kanak-kanak dibawah umur 7 tahun diberikan percuma. Ini seperti dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato Ir Zohari Sulaiman dalam satu kenyataannya. 

Menurut Zohari lagi, Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang,oleh itu semua pengguna MRT perlu melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n’ Go sahaja.  Warga emas, pelajar dan golongan OKU boleh membeli token konsesi berwarna merah daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di setiap stesen  MRT. 

Oleh itu warga emas, pelajar dan golongan OKU hanya perlu menunjukkan Kad Pengenalan, kad pelajar (sekiranya tidak memakai uniform), atau Kad OKU ketika menaiki bas-bas pengantara MRT untuk menikmati diskaun 50 peratus.


Perkhidmatan bas pengantara MRT juga adalah RM1 untuk satu perjalanan. Pengurusan MRT akan menyediakan 120 buah bas pengantara MRT  yang akan beropersi kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka di bawah Fasa 1.    
Sebanyak 26 laluan bas pengantara MRT menghubungkan 12 stesen MRT di bawah Fasa 1 Laluan 1 MRT
(Sungai Buloh - Semantan)

Justeru itu kad-kad MyRapid yang kini telah digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan. 

Tuesday, November 1, 2016

BOLEH TUNTUT TAMBANG




Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) berhak menuntut pembayaran balik tambang perjalanan mereka sekiranya kelewatan tren melebihi 15 minit.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata, pembayaran balik diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan satu hala sahaja dan sah selama lima hari dari tarikh keluaran.

Katanya, pengguna boleh membuat tuntutan berkenaan sekiranya mereka sudah membeli tiket tetapi tidak ingin meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT berikutan kelewatan tren tersebut.

“Sekiranya pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT, hak tuntutan itu terbatal dengan sendirinya. Prasarana berharap kenyataan ini akan dapat menjelaskan apa jua kekeliruan yang timbul,” demikian menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Kumpulan & Pemasaran Strategik Prasarana, hari ini.

Tuesday, September 20, 2016

LRT KELANA JAYA : SPAD ARAH SIASATAN SEGERA


Kerosakan teknikal yang berlaku pada jaringan pengangkutan Stesen LRt Kelana Jaya dipandang serius oleh Suruhanjaya Pengakutan Awam Darat  kerana ia telah melibatkan ramai pengguna terjejas disamping faktor-faktor keselamatan yang menjadi keutamaan SPAD. Bertindak dari insiden ini pihak SPAD telah mengarahkan adakan audit bebas dengan segera bagi menyiasat masalah ini. 

SPAD juga mahu Prasarana untuk meningkat dan menaik taraf laluan Kelana Jaya bagi menjamin kebolehpercayaan perkhidmatan dengan meningkatkan ketersediaan bekalan kuasa elektrik dan pengurusan insiden. Bagi SPAD inisiden ini perlu diberi perhatian serius, siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan terhadap aspek teknikal dan bukan teknikal.

Prasarana diberi tempoh sehingga 21 September ini untuk menyerahkan laporan audit mereka kepada pihak SPAD. Bagi memudahkan dan menyegerakan audit tersebut SPAD telah melantik juruaudit teknikal bebas bagi melaksanakan penilaian terhadap aspek-aspek kebolehpercayaan, ketersedian, penyelengaraan, keselamatan dan keupayaan operasi LRT.

Dalam masa yang sama Prasarana diarahkan supaya lebih utamakan terhadap pengesanan secara lebih proaktif dan melakukan penyelenggaraan pencegahan terhadap bekalan elektrik LRT serta penyelengaraan Tren bagi mengelakan gangguan pada masa hadapan disamping dapat mengembalika keyakinan dan kebolehpercayaan pengguna terhadap keupayaan tren.

Beberapa penelitian perlu dilakukan terutama dalam  isu-isu  sistem dalam kerangka siasatan Prasarana yang melibatkan beberapa proses semakan semula dan peningkatan penyelengaraan bagi mencapai tahap yang boleh diyakini pengguna. Keseluruhan proses ini dijangka mengambil masa tidak kurang dari tiga bulan.

SPAD juga mahukan Prasarana mengambil tindakan pemulihan segera dengan mengunakan sumber semaksima mungkin untuk menaik taraf 15 pencawang kuasa di sepanjang laluan Kelana Jaya. Jangka masa untuk menyelesaikan semua kerja-kerja tersebut dianggarkan antara tiga hingga enam bulan. 

Usaha-usaha ini penting untuk meningkatkan kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada laluan Kelana Jaya dengan membekalkan kuasa yang mencukupi untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat, peningkatan penumpang pada masa hadapan dan juga bagi memanjangkan jangka hayat perkhidmatan.

Saturday, February 6, 2016

1.5 JUTA PENUMPANG SEHARI SASARAN PRASARANA 2017



Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sedang berusaha menaik taraf stesen LRT secara berperingkat-peringkat bagi merubah suasana bagi  pengguna dapat menikmati wajah baru pengangkutan awam kendalaian syarikat tersebut.

Ini merupakan satu usaha berterusan  Prasarana dalam meningkatkan lagi jumlah penumpang yang mengunakan perkhidmatan LRT, monorel dan bas milik Prasarana.

Prasarana berharap sasaran 1.5 juta penumpang sehari dapat dicapai menjelang 2017. Antara tindakan yang telah dilakukan Prasarana ialah dengan membuat sambungan jajaran lalaun LRT Ampang pada Mac 31 dan sambungan jajaran LRT Kelana Jaya pada Jun 30 ini.

Sasaran ini juga mengambil kira faktor MRT yang bakal memulakan operasinya awal tahun depan. MRT yang sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang mensasarkan jumlah penumpang seramai 400 ribu orang sehari.

Datuk Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ketika melawat stesen LRT sempena kejayaan Prasarana mencatat satu juta penumpang di Kuala Lumpur berkata,"  Prasarana sedang menaik taraf sebanyak 60 stesen LRT secara berperingkat-peringkat bagi menambahbaik lagi perkhidmatan serta memberi tarikan baru kepada suasana pengangkutan awam. Tidak ketinggalan juga kepada perkhidmatan monorel.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Albar dan Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam.

Prasarana inigin mewujudkan suasana ceria  kepada pennumpang dengan pelbagai aktiviti sosial seperti menyediakan tempat untuk makan dan minum, bukannya sekadar tempat untuk transit sahaja. Aktiviti seperti ini akan lebih menarik minat orang ramai menikmati perkhimatan yang disediaka oleh Prasarana terutama golongan muda.

Menurut Azmi, Prasarana yakin sasaran 1.5 juta boleh dicapai dalam sehari kerana perkhidmatan Prasarana merangkumi semua yang disediakan seperti bas Rapid di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuatan, LRT dan juga monorel.

Azmi juga turut mengumumkan Rapid Bus Sdn. Bhd. akan membuka satu perkhidmatan bahru di Perak iaitu Rapid Kamunting yang bakal memula operasinya secara rasmi 1 Mac ini.


Tuesday, December 1, 2015

PENYUSUNAN SEMULA RANGKAIAN BAS HENTI-HENTI DI GREATER KUALA LUMPUR (BNR) - KORIDOR JALAN IPOH





Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti di Greater Kuala Lumpur :-


Hari ini bermulanya satu lagi pembaharuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) melaksanakan Bas Rangkaian pembaharuan semula (BNR) bagi perkhidmatan bas henti-henti di Greater Kuala Lumpur mulai 1 Disember, 2015.


Dalam perlaksanaan BNR ini, koridor bas sedia ada  disusun semula ke dalam koridor yang lebih kecil berdasarkan jalan utama utama yang menghubungkan pusat bandar KL. Rangkaian bas dirombak di Greater Kuala Lumpur akan dibahagikan kepada 8 koridor iaitu:

1- Koridor Ampang , 
2- Koridor Cheras, 
3- Koridor Sg. Besi, 
4- Koridor Lama Klang, 
5- Koridor Lebuhraya Persekutuan,
6- Koridor Damansara, 
7- Koridor Jalan Ipoh,
8- Koridor Jalan Pahang.





KORIDOR JALAN IPOH 


Bagi koridor jalan Ipoh, bas yang akan beropersi adalah RapidKL, Selangor Omnibus dan Setara Jaya.  

Bagi Koridor Jalan Ipoh, terdiri dari empat laluan utamanya  iaitu Rawang, Kepong, Sentol dan Gombak. Nombor bas dari 100 - 199.



Terdapat 6 Stesen integrasi yang melalui Jalan Ipoh, iaitu Rawang, Taman Wahyu, Sungai Buloh, Sri Segambut dan Chow Kit yang mana destinasi akhirnya di Medan Pasar Kuala Lumpur. 

Bagi yang tinggal di Rawang, mereka boleh menaiki bas bernombor 105 untuk terus ke Kuala Lumpur. Jika ada yang ingin menukar destinasi ke KLSentral, mereka boleh turun di Stesen Integrasi Taman Wahyu dan menaiki KTM komuter.






ARTIKEL BERKAITAN 




Friday, November 27, 2015

LRT KELANA JAYA TERIMA TREN GENERASI BARU MINGGU DEPAN



Perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang bakal terus melakukan transformasi apabila Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menambah 14 set tren empat koc generasi baru Innovia bagi laluan LRT Kelana Jaya pada minggu depan. 

Ini merupakan satu langkah kehadapan Prasarana dalam usaha melakukan transformasi berterusan pengangkutan awam di Lembah Klang. 

En.  Khairani Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management & Engineering Services Sdn. Bhd. (PERDANA), berkata set tambahan ini bagi menampung jumlah peningkatan penumpang bagi laluan LRT Kelana Jaya.

"Kami merupakan pelanggan pertama bagi koc generasi baru  model Innovia yang dikeluarkan oleh Bombardier". tambahnya lagi.

Bombardier Hartasuma Consortium (BHC) telah ditauliahkan untuk membekalkan 4 tren baru model Innovia tersebut. Menurut Khairani lagi semua koc ini akan dihantar ke kilang BHC di Pelabuhan Barat untuk kerja-kerja dalaman dan prosuder ujian biasa sebelum dihantar kepada kami di Depot LRT Kelana Jaya, Subang bagi melakukan ujian rutin dan kelayakan. 

Tren 01 yang sedang melengkapkan ujian kelayakan yang bermula di Kingston, Kanada bagi mengesahkan keperluan reka bentuk keseluruhan sebagai tambahan ujian rutin. Manakala 13 tren lagi akan menjalani ujian rutin untuk mengesahkan fungsi subsistem tren sebelum dihantar ke Port Klang pada bulan Disember ini. Menurutnya lagi tren kedua yang kini berada di Kingston telah mencapai 71 peratus siap. 

Setelah semua ujian selesai, tren ini akan diuji di LRT Kelana Jaya untuk Ujian perjalanan percubaan tanpa berlaku apa kerosakan atau (FFR). Semasa ujian FFR, kereta api perlu melengkapkan 2,000km perjalanan, tanpa  adaapa-apa kegagalan utama, untuk mengesahkan prestasi sebelum mereka diberi kelulusan untuk perkhidmatan seterusnya. 

Ujian yang ketat, terperinci dan menyeluruh adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin. Ujian ini dijalankan secara kerjasama yang  penuh erat antara pembekal dengan jurutera-juretera dan pegawai tempatan dari SPAD, tambah Khairani lagi.













Wednesday, October 14, 2015

TEKSI BEBAS JEJAS 50 PERATUS PENDAPATAN PEMANDU TEKSI



Siapalah yang tidak marah jika tempat mereka mencari rezeki diganggu sehingga pendapatan mereka terjejas. Inilah yang berlaku kepada pemandu -pemandu teksi di Lembah Klang yang mendakwa bahawa pendapatan mereka terjejas sehingga 50 peratus. Ini kerana timbulnya teksi-teksi jadian dan kereta sapu yang mencuri pelanggan mereka. 

Kadang-kadang kita hendak salahkan seratus peratus kepada teksi-teksi sapu ni  pun tak boleh juga. Sikap pemandu teksi di negara kita pun ada masalah juga. Ada yang melaporkan sesetengah pemandu teksi tidak mengunakan meter. Mereka "deal" dengan pelanggan dengan harga-harga tertentu yang mana pelanggan tidak dapat tidak terpaksa mengunakan khidmat mereka kerana kesuntukan masa dan sebagainya. 

Pengerusi Persatuan Teksi Berwawasan Putrajaya dan Selangor, Saari Omar berkata sikap dan mentaliti segelintir pemandu teksi yang masih di takuk lama punca penguna memilih kereta atau teksi sapu ini. 

Mereka datang dengan pelbagai jenis jenama menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dan cepat. Ia bagaikan satu mimpi buruk kepada pemandu-pemandu teksi yang sah kerana mereka kehilangan sehingga 50 peratus pendapatan mereka.  Sudahlah dibebani dengan pelbagai bayaran termasuk sewa teksi dan pemeriksaan Puspakom.

Oleh itu ada sesetengah dari pemandu teksi ini terpaksa berkerja lebih masa sehingga larut pagi, kadang-kadang tidak sempat berehat. 

Satu kumpulan yang dikenali sebagai Badan Bertindak Pemandu Teksi (BBPTB) menuntut kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi bebas kerana ia menjejaskan pendapatan pemandu teksi lain. 

Saya setujulah teksi bebas ini dibenteras, pada masa yang sama sikap pemandu teksi kita pun patutlah diubah. Amalkan sikap yang baik dengan mementingkan kesejahteraan penumpang. Pemandu teksi ini adalah pintu utama pelancong datang ke negara kita. Jagalah nama baik negara kita dengan memberi perkhidmatan yang baik dan profesional.