Showing posts with label monorel. Show all posts
Showing posts with label monorel. Show all posts

Thursday, December 15, 2016

PM RASMI FASA 1



Setelah lama menantikan saat julung melihat projek MRT menjadi kenyataan, akhirnya hari ini impian itu telah menjadi kenyataan. Sebagai rakyat Malaysia admin cukup gembira dan berbangga dengan kejayaan ini. 

Inilah kejayaan yang ditunggu-tunggu, ianya bakal melonjak nama Malaysia di mata dunia sebaris dengan negara-negara maju di seluruh dunia. Selepas lima tahun dalam pembinaan, Transit Aliran Masa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) fasa pertama sedia untuk menerima penumpang buat julung kalinya bermula pukul 6 pagi, 16 Disember esok.

 Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan Fasa 1 Aliran Transit Massa (MRT) laluan Sungai Buloh - Kajang di Stesen Kwasa Damansara, Sungai Buloh.

Laluan sepanjang 24 kilometer yang bermula dari Stetion sungai Buloh ke Semantan akan beroperasi mulai esok. 



Turut hadir dalam majlis perasmian ini adalah Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar; Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Sistem pengangkutan awam yang dianggap antara paling moden di dunia itu merupakan yang pertama dilaksanakan di negara ini.

22 tren akan di sediakan pada waktu puncak dan kekerapan antara tren adalah antara 3 ke 4 minit. Pengguna yang jauh dari stesen MRT pelbagai keadah pengangkutan untuk ke sana, antaranya Bas Pengantara MRT. 120 bas pengantara di sediakan untuk memudahkan pengguna untuk ke stesen MRT yang berdekatan dengan kediaman mereka. 

Sunday, November 20, 2016

TAMBANG MRT BERMULA RM1





MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016.  Jajaran yang menjangkau kira-kira 51 kilometer dan seluruh 31 stesen, akan dibuka kepada orang ramai dalam dua fasa. Fasa 1 , meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan. Fasa 2 MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk operasi seterusnya Julai.

Rapid Rail Sdn. Bhd. mengumumkan struktur penuh tambang bermula tambang nominal RM1 untuk satu hentian berdasarkan kepada struktur tambang tanpa tunai. 

Tambang maksimum sebanyak RM6.40 jika menggunakan tunai, dan RM5.50 berdasarkan struktur tambang tanpa tunai. Kerajaan telah meluluskan struktur tambang berdasarkan kepada kadar nominal iaitu setipa empat hingga lima kilometer perjalanan, sama dengan apa yang telah dilaksanakan pada tambang LRT dan perkhidmatan Monorel.

Tambang dari Stesen Pasar Tani ke Merdeka merupakan tambang yang paling murah mengikut kadar tambang tunai iaitu RM1.10  untuk satu perjalanan ke satu hentian.   

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi  12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan. 

Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

Menariknya MRT memberi 50 peratus diskaun untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT, termasuk bas pengantara MRT. Diskaun ini sama seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan monorel, LRT dan bas Rapid KL. Jelas sekali MRT amat prihatin, memudahkan rakyat dan membantu semua golongan.  

Ibu-ibu yang rama anak jangan risau, kanak-kanak dibawah umur 7 tahun diberikan percuma. Ini seperti dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato Ir Zohari Sulaiman dalam satu kenyataannya. 

Menurut Zohari lagi, Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang,oleh itu semua pengguna MRT perlu melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n’ Go sahaja.  Warga emas, pelajar dan golongan OKU boleh membeli token konsesi berwarna merah daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di setiap stesen  MRT. 

Oleh itu warga emas, pelajar dan golongan OKU hanya perlu menunjukkan Kad Pengenalan, kad pelajar (sekiranya tidak memakai uniform), atau Kad OKU ketika menaiki bas-bas pengantara MRT untuk menikmati diskaun 50 peratus.


Perkhidmatan bas pengantara MRT juga adalah RM1 untuk satu perjalanan. Pengurusan MRT akan menyediakan 120 buah bas pengantara MRT  yang akan beropersi kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka di bawah Fasa 1.    
Sebanyak 26 laluan bas pengantara MRT menghubungkan 12 stesen MRT di bawah Fasa 1 Laluan 1 MRT
(Sungai Buloh - Semantan)

Justeru itu kad-kad MyRapid yang kini telah digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan. 

Thursday, April 28, 2016

PERKHIDMATAN REL MENJADI PILIHAN RAMAI




Pagi semalam saya mengunakan perkhidmatan tren KTM Komuter dari Batu Caves, Gombak ke Padang Jawa, Klang. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih agak tenang dan selesa kerana tidak pada waktu puncak. Tren KTM Komuter sentiasa memberi maklumat dalam setiap perjalanan menjadikan kita lebih peka terhadap persekitaran. 

Saya cuba merasai apa yang diperkatakan oleh  akhbar arus perdana bahawa indek kepuasan pengguna terhadap pengangkutan awam cukup memuaskan. Jadi saya turun ke arena dan merasai apa yang mereka katakan itu.

 Memang ada kebenarannya jika kita bandingkan indek kepuasan ini sejak 5 tahun yang lalu. Mengikut Laporan Tahunan Program Transformasi Nengara (NTP) 2015, tinjauan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2015 menunjukkan penumpang paling berpuashati dengan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) KTM Komuter dan Express Rail Link (ERL). Ia amat berkait rapat dan signifikan dengan indeks kepuasan daripada 48 peratus pada 2010 kepada 74 peratus pada 2015. 

Laporan itu menunjukkan orang ramai lebih gemar mengunakan perkhidmatan rel kerana perkhidmatan rel lebih cekap, berpatutan, selamat dan menjimatkan masa. Perkhidmatan rel juga sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Ini merupakan antara faktor yang menyebabkan orang ramai lebih berminat dengan perkhidmatan rel dari mengunakan kenderaan sendiri.

Berbanding perkhidmatan awam yang lain seperti teksi dan bas, perkhidmatan rel hari ini adalah satu perkhidmatan alternatif yang murah dan lebih selamat. Dengan menyediakan kemudahan sistem pertukaran dan sambungan yang mudah antara perkhidmatan rel yang lain dengan mengunakan sistem tiket yang standard. Ia cukup menyenangkan dan memudahkan orang ramai mengunakan perkhidmatan rel. 

Cara ini cukup menjimatkan masa, sangat cekap dan berkesan. Sistem ini membolehkan orang ramai bergerak dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan lain dengan mengunakan tiket yang sama. Mereka boleh bergerak dari ERL ke LRT dan Monorel tanpa membeli menukar tiket berkali-kali. 

Setiap tahun tinjauan kepuasan pelanggan terhadap pengangkutan awam bagi mendapat maklum balas orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam. Semua ini bertujuan meningkatkan kecekapan terutama bahagian mod pengangkutan awam dalam kawasan Greater Kuala Lumpur, Klang Valley(GKL/KV) kepada 40 peratus menjelang 2030. 

Orang ramai perlukan jaringan pengangkutan awam yang bersepadu, selesa, senang dihubungi serta mudah  dan murah. 

Kita telah lihat sepanjang 2015, NKRA UPT menunjukkan penambahan kapasiti yang sangat diperlukan dalam perkhidmatan yang sedia ada, disamping meneruskan pembinaan projek infrastruktur rel bersla besar.

Kemudahan rakyat akan ditambah apabila Projek Jajaran LRT (LEP) penuh akan dimulakan pada pertengahan tahun ini, manakala projek MRT Lembah Klang yang pertama dikatakan akan bermula menjelang akhir tahun 2016 atau aal 2017. 

Apabila Fasa pertama MRT Lembah Klang laluan Sungai Buloh-Kajang  ianya dapat mengurangkan kesesakan trafik kawasan tersebut. Pengangkutan awam akan mudah, selesa dan lebih lancar. Orang ramai akan merasai perkhidmatan yang lebih moden, laju dan selesa. Perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang hanya mengambil masa 88 minit.  




























Saturday, February 6, 2016

1.5 JUTA PENUMPANG SEHARI SASARAN PRASARANA 2017



Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sedang berusaha menaik taraf stesen LRT secara berperingkat-peringkat bagi merubah suasana bagi  pengguna dapat menikmati wajah baru pengangkutan awam kendalaian syarikat tersebut.

Ini merupakan satu usaha berterusan  Prasarana dalam meningkatkan lagi jumlah penumpang yang mengunakan perkhidmatan LRT, monorel dan bas milik Prasarana.

Prasarana berharap sasaran 1.5 juta penumpang sehari dapat dicapai menjelang 2017. Antara tindakan yang telah dilakukan Prasarana ialah dengan membuat sambungan jajaran lalaun LRT Ampang pada Mac 31 dan sambungan jajaran LRT Kelana Jaya pada Jun 30 ini.

Sasaran ini juga mengambil kira faktor MRT yang bakal memulakan operasinya awal tahun depan. MRT yang sepanjang 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang mensasarkan jumlah penumpang seramai 400 ribu orang sehari.

Datuk Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ketika melawat stesen LRT sempena kejayaan Prasarana mencatat satu juta penumpang di Kuala Lumpur berkata,"  Prasarana sedang menaik taraf sebanyak 60 stesen LRT secara berperingkat-peringkat bagi menambahbaik lagi perkhidmatan serta memberi tarikan baru kepada suasana pengangkutan awam. Tidak ketinggalan juga kepada perkhidmatan monorel.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Albar dan Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam.

Prasarana inigin mewujudkan suasana ceria  kepada pennumpang dengan pelbagai aktiviti sosial seperti menyediakan tempat untuk makan dan minum, bukannya sekadar tempat untuk transit sahaja. Aktiviti seperti ini akan lebih menarik minat orang ramai menikmati perkhimatan yang disediaka oleh Prasarana terutama golongan muda.

Menurut Azmi, Prasarana yakin sasaran 1.5 juta boleh dicapai dalam sehari kerana perkhidmatan Prasarana merangkumi semua yang disediakan seperti bas Rapid di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuatan, LRT dan juga monorel.

Azmi juga turut mengumumkan Rapid Bus Sdn. Bhd. akan membuka satu perkhidmatan bahru di Perak iaitu Rapid Kamunting yang bakal memula operasinya secara rasmi 1 Mac ini.