Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Sunday, March 5, 2017

LANG MERAH RATAH MELAKA





Kedudukan pendahulu Liga Super yang menjadi milik Pahang selama lima hari kembali dirampas Kedah selepas Lang Merah berpesta gol dengan membelasah Melaka United 4-0 di Stadium Darul Aman, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan Kedah mengekalkan rekod bersih di laman sendiri, berterima kasih kepada dua jaringan yang masing-masing di­sempurnakan penyerang Denmark, Ken Ilso Lar­sen dan Sandro Da Silva.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong setia sendiri, anak didik Tan Cheng Hoe nyata unggul menguasai perlawanan berbanding pasukan pelawat.


Ketika saingan memasuki minit ke-33, Ken Ilso menggamatkan stadium dengan membuka tirai jaringan selepas me­nerima lorongan cantik Sandro.

Bersambung babak kedua, Sandro mengandakan kedudukan 2-0 selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-48 dan meledak gol kedua peribadinya pada minit ke-78.

Ken Ilso menambah derita pasukan pelawat apabila meledakkan gol keduamya pada minit terakhir.

Lang Merah kini mengumpul 18 mata selepas lapan perlawanan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan melakar turut melakar kemenangan besar 4-2 ke atas T-Team.

Penyerang Lubnan, Mohammed Ghaddar terus mempamer ketajaman apabila meledak hatrik pada minit ketujuh, 68 dan 83 serta satu gol menerusi Khairul Izuan Rosli (m77) manakala dua gol pelawat dihasilkan Mohd. Nor Hakim Hassan (m50) serta Farchod Tadzijev (m90).

Sementara itu, Selangor yang turun di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan jersi baharu tewas 0-1 kepada Perak selepas menamatkan perlawanan dengan 10 pemain setelah pertahanannya, Ugo Ukah dila­yang dua kad kuning.

Penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd. Radzak menjaringkan gol tunggal pada minit ke-67 menerusi sepakan penalti.

Dalam pada itu, PKNS FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas sekadar seri 1-1 dengan pasukan tercorot, Pulau Pinang di Stadium Shah Alam.

Dalam aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Felda Uni­ted menang 2-0 ke atas Sarawak.





Friday, February 17, 2017

HSR AKAN PACU EKONOMI NEGARA




Tidak dapat nak mengambarkan bagaimana keadaan keretapi berkelajuan tinggi ini dapat mengurangkan masa dari kebiasaannnya 4 , 5 jam kepada 90 minit. Sudah tentu ia akan mempercepatkan pergerakkan rakyat diantara dua negara. Sudah tentulah projek HSR tidak hanya menumpukan kepada pengangkutan awam semata-mata walaupun ianya sangat jelas dapat mengurangkan masa perjalanan. 

Dengan adanya kereta api laju HSR ini, maka bandar-bandar baru akan mula wujud. Antaranya Bandar Malaysia (KL), Putrajaya , Seremban, Ayer Keroh (Melaka), Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri. Sudah tentu dengan adanya bandar-bandar baru ini akan wujudlah peluang peluang pekerjaan yang baru. 

Disember 2016 yang lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian dua hala yang memberi laluan kepada pelaksanaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dan akan mengurangkan masa perjalanan antara 2 bandar itu kepada hanya 90 minit.

Perjanjian itu, susulan kepada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh kedua-dua negara pada 19 Julai, ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Koordinasi Pengangkutan dan Infrastruktur Singapura Khaw Boon Wan. Perjanjian itu meliputi aspek teknikal, keselamatan dan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) berhubung HSR.

HSR ini mempunyai keupayaan memampatkan jarak geografi. Banyak perkara akan berubah apabila wujudnya persekitaran baru yang kondusif. Sedikit sebanyak cara hidup mereka akan berubah. Cara bekerja, bermain dan juga bersosial. 

Pernahkah anda bayangkan dari Seremban akan mengambil masa 25 minit untuk sampai ke Kuala Lumpur. Tentu akan berlaku banyak perubahan besar nanti. Mungkin ramai orang akan berpindah ke Seremban dan bekerja ulang alik ke KL setiap hari. Ini semua sudah terbayang didalam minda saya. Tentu banyak sekali perubahan yang akan berlaku di bandar-bandar besar dengan adanya perkhidmatan kereta api laju HSR.

Mereka yang tinggal di Air Keroh, Melaka boleh ke Bandar Malaysia tak kurang dari 40 minit. Merek yang tinggal di sekitar Lembah Klang pun mengambil masa lebih 40 minit untuk ke tempat kerja dalam keadaan jem. Ini betul-betul mengujakan, selain dapat mengurang kesesakan jalanraya, peluang perkerjaan akan bertambah dengan banyaknya. Banyak sektor-sektor baru boleh diwujudkan, dan peluang pekerjaan pun semakin bertambah.

Justeru itu rancangan negara menjadikan koridor selatan sebagai sebuah kuasa besar ekonomi bakal tercapai. Aspirasi negara ingin mewujudkan peluang pekrjaan dan kekayaan agar sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi akan berjaya.   

Manakala bagi penduduk di Muar dan Batu Pahat yang berkerja di Singapura, perjalanan harian yang begitu mengambil masa dapat disingkatkan menjadi lebih kuran 45 minit atau 30 minit sahaja pergi dan balik. Ini dapat menjimatkan masa dengan begitu drastik sekali. Masa yang terbuang di jalanraya dapat dikurangkan. Pengguna dapat pulang segera untuk bertemu keluarga.  

HSR kereta api laju ini akan membolehkan  pembangunan di Lembah Klang lebih rancak dan berkembang luas," kata-kata ini diluahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Mohd Nur Ismal Kamal.

Dalam pada masa yang sama ia juga akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk seluruh koridor selatan, dan di negara ini juga. Tidak lagi semuanya akan tertumpu di zon tengah Kuala Lumpur dan Selangor.  Kerajaan Malaysia mahu memanfaatkan penumpuan sumber dan modal insan dari menggabungkan Kuala Lumpur dengan Singapura, bersama-sama dengan enam bandar Malaysia.

Saturday, July 30, 2016

SIAPA SI KITOL ALAF BARU ?


Dalam sejarah Empayar Kesultanan Melayu Melaka, peranan kepada keruntuhannya dimainkan oleh Si Kitol yang berketurunan Keling. Dialah antara punca utama yang menjadi penyebab kepada kehancuran tamadun Melayu Melaka yang gah di mata dunia seketika dahulu.


Punca kekalahan Melaka adalah kerana maklumat kekuatan tentera Melaka telah dibocorkan oleh pengkhianat Si Kitol. Natijah dari pengkhianatan ini tamadun bangsa hancur musnah, masjid-masjid dirobohkan, puluhan ribu nyawa umat Islam terkorban, Melaka dan Tanah Melayu keseluruhan dijajah selama lebih 400 tahun.


Walaupun ketika itu bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada soldadu Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. Kekalahan ini bukannya kerana jumlah sedikit atau banyak, tetapi kerana pengkhianatan pembesar-pembesar Melayu ketika itu yang tidak ada kesetiaan kepada tanahair.


Senario hari ini memperlihatkan beberapa pemimpin Melayu mempunyai ciri-ciri Si Kitol seperti yang dipaparkan dalam sejarah Melayu. Mereka menghasut dan memecahbelahkan orang Melayu kerana tamak dan rakus untuk menguasai tampuk pemerintahan.


Tidak hairanlah jika ada diantara mereka sanggup bersekongkol dengan kuasa asing dalam usaha menyingkirkan kepimpinan negara. Sehingga sanggup menjemput kuasa luar untuk campur tangan dalam urusan negara. Namun sedarkah kita, apakah matlamat kuasa asing ini memberi bantuan kepada sekelompok kecil pemimpin Melayu ini ? Sudah tentulah mereka sanggup memberi bantuan kepada segelintir pemimpin Melayu ini demi mencapai tujuan mereka untuk menguasai negara. Pemimpin seperti ini jika memegang tampuk pemerintahan negara hanya akan menjadi boneka kuasa asing dan akan bertindak mengikut kepentingan "tuan" mereka sahaja.


Pengkhianatan mereka tidak ada bezanya dengan Si Kitol yang membocorkan rahsia ketenteraan Melaka. Si Kitol moden ini lebih pintar dalam menyusun strategi pengkhianatannya kepada negara. Mereka sanggup berhabisan wang keluar negara menjemput kuasa asing mencampuri urusan negara.


Ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada bangsa Melayu, " Janganlah Melayu lupa, di sebalik pertempuran hebat tentera Melaka dan Portugis, 'berdiri' si Kitol dan Raja Mendeliar. Dalam kalangan orang Melayu yang berpecah tiga ini pun, ramai lagi mempunyai watak si Kitol dan Raja Mendaliar.


‪#‎NegaraBerdaulat‬