Showing posts with label Menteri pengangkutan. Show all posts
Showing posts with label Menteri pengangkutan. Show all posts

Sunday, December 13, 2015

LANDASAN BEKEMBAR ELEKTRIK GEMAS - JOHOR BAHARU DIBINA CHINA RAILWAY



Syarikat China Raiway dari China diyakini dapat menjalankan projek Landasan Bekermbar Gemas - Johor Bahru (JB) yang dijangka siap pada tahun 2020. 

Kerajaan percaya syarikat ini dapat mengalas tugas ini dan berharap projek ini dapat dijalankan secepat yang mungkin. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tion Lai berkata,  ketika ini landasan keretapi sepanjang 1,641 kilometer  46 peratus dari keseluruhan  landasan keretapi ini adalah landasan berkembar elektrik. Projek ini bakal melengkapkan keseluruhan rangkaian landasan berkembar elektrik dari Padang Besar.

Projek ini  akan bermula pada tahun hadapan yang mana kosnya dikatakan melibatkan RM7.13 bilion.  Kelajuan kereta api ini boleh mencapai kelajuan maksima 160 kilometer sejam, namun had operasi yang dibenarkan hanyalah 140 kilometer sejam.

Projek landasan sepanjang 197  kilometer dilengkapi dengan 11 stesen  ini bakal memberi manfaat kepada rakyat terutama penduduk di sekitar Gemas dan Johor Baharu.

Stesen yang dibangunkan akan  dibahagikan kepada 3 ketogeri iaitu Stesen Utama, Stesen Sekunder dan Stesen  Operasi. 

Stesen Operasi lebih menumpukan kepada operasi barang-barang di Segamat, Mengkibul dan Kulai, stesen Sekunder akan beroperasi di Labis, Begok, Paloh, Renggam, Layang, Kulai  manakala Stesen Utama pula akan beroperasi di Segamat, Keluang dan Kempas Baru.

Setiap setesen tersebut dianggarkan bernilai lebih daripada RM35 juta. Projek landasan berkembar yang dijangka siap 2020 akan beroperasi pada 2021.



     



Saturday, October 17, 2015

MH17 : MALAYSIA TIDAK TUDUH SESIAPA




Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada julai tahun lalu telah banyak menimbul pelbagai versi cerita di medium media sosial di seluruh dunia. Kebanyakannya tidak berasas dan lebih kepada spekulasi untuk menimbulkan ketegangan antara negara. 

Masing-masing membawa pelbagai teori untuk menyokong pendapat mereka. Tanpa menghiraukan perasaan keluarga mangsa dan hubungan antara negara. Tindakan mereka langsung tidak membantu usaha kerajaan menyelesaikan masalah ini. 

Menurut laporan yang baru dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengesahkan bahawa peledak jenis 9N314M  dilancarkan oleh BUK pada jam 3.20 petang waktu tempatan (9.20 malam waktu Malaysia) dari kawasan 320 kilometer persegi di timur Ukraine.

Pendakwa raya Belanda yang menjalankan siasatan jenayah antarabangsa telah mengenalpasti beberapa individu berkepentingan sebagai dalang kejadian ini. Namun begitu kerajaan Malaysia berpendapat laporan tersebut tidak menyalahkan sesiapa samaada Russia atau mana-mana puak pemisah. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liong Lai berkata," dia tidak melihat laporan ini sebagai satu tuduhan kepada mana-mana pihak termasuk Russia. Setiap pandangan akan diambil kira oleh penyiasat teknikal. Ini bagi menjawab kenyataan Duta Russia ke Malaysia, Velery N Yermolov yang meminta Malaysia tidak menuding jari berhubung tragedi MH17. 

Kita berharap, Kerajaan Russia janganlah cepat panas kerana dalam laporan tersebut tidak menyatakan kerajaan Russia terlibat. Laporan itu hanya menyatakan bahawa senjata BUK telah digunakan, namun tidak dinyatakan mana-mana pihak yang menembaknya. Walaupun kita tahu senjata BUK itu adalah buatan Russia. 

Kolenel Mohd Sakri Hussin yang mengetuai pasukan 12 anggota "The Dozen" yang juga Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN)  berpendapat Russia dan Ketua Kumpulan pemisah, Alexandar Borodai bukan Dalang yang menembak jatuh pesawat MH17. 

Bahkan Mohd Sakri mengambarkan wujud unsur drama yang dirancang oleh beberapa negara dengan menuding jari terhadap Russia.  

Bagi saya, jika ini drama seperti yang digambarkan oleh Mohd Sakri, ia seolah-olah drama yang telah berulang kali ditayang dalam filem Hollywood, mengunakan senjata lawan untuk mensabitkan kesalahan kepada lawan sedangkan pesalah sebenar dapat melepaskan diri. 

Bagi membalas Laporan Akhir MH17 tersebut, Duta Russia ke Malaysia, Velery Yermolov mendakwa tentera Ukraine juga mempunyai peluru jenis itu, sedangkan Russia telah menghentikan penggunaannya sejak 2011.

Oleh itu, berdasarkan laporan tersebut kerajaan Malaysia tidak berhasrat menyalahkan mana-mana pihak dalam tragedi ini. Namun begitu, siapa pun yang bertanggungjawab, mereka pasti tetap akan dibawa ke muka pengadilan.