Masing-masing membawa pelbagai teori untuk menyokong pendapat mereka. Tanpa menghiraukan perasaan keluarga mangsa dan hubungan antara negara. Tindakan mereka langsung tidak membantu usaha kerajaan menyelesaikan masalah ini.
Menurut laporan yang baru dikeluarkan oleh Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) mengesahkan bahawa peledak jenis 9N314M dilancarkan oleh BUK pada jam 3.20 petang waktu tempatan (9.20 malam waktu Malaysia) dari kawasan 320 kilometer persegi di timur Ukraine.
Pendakwa raya Belanda yang menjalankan siasatan jenayah antarabangsa telah mengenalpasti beberapa individu berkepentingan sebagai dalang kejadian ini. Namun begitu kerajaan Malaysia berpendapat laporan tersebut tidak menyalahkan sesiapa samaada Russia atau mana-mana puak pemisah.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liong Lai berkata," dia tidak melihat laporan ini sebagai satu tuduhan kepada mana-mana pihak termasuk Russia. Setiap pandangan akan diambil kira oleh penyiasat teknikal. Ini bagi menjawab kenyataan Duta Russia ke Malaysia, Velery N Yermolov yang meminta Malaysia tidak menuding jari berhubung tragedi MH17.
Kita berharap, Kerajaan Russia janganlah cepat panas kerana dalam laporan tersebut tidak menyatakan kerajaan Russia terlibat. Laporan itu hanya menyatakan bahawa senjata BUK telah digunakan, namun tidak dinyatakan mana-mana pihak yang menembaknya. Walaupun kita tahu senjata BUK itu adalah buatan Russia.
Kolenel Mohd Sakri Hussin yang mengetuai pasukan 12 anggota "The Dozen" yang juga Ketua Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) berpendapat Russia dan Ketua Kumpulan pemisah, Alexandar Borodai bukan Dalang yang menembak jatuh pesawat MH17.
Bahkan Mohd Sakri mengambarkan wujud unsur drama yang dirancang oleh beberapa negara dengan menuding jari terhadap Russia.
Bagi saya, jika ini drama seperti yang digambarkan oleh Mohd Sakri, ia seolah-olah drama yang telah berulang kali ditayang dalam filem Hollywood, mengunakan senjata lawan untuk mensabitkan kesalahan kepada lawan sedangkan pesalah sebenar dapat melepaskan diri.
Bagi membalas Laporan Akhir MH17 tersebut, Duta Russia ke Malaysia, Velery Yermolov mendakwa tentera Ukraine juga mempunyai peluru jenis itu, sedangkan Russia telah menghentikan penggunaannya sejak 2011.
Oleh itu, berdasarkan laporan tersebut kerajaan Malaysia tidak berhasrat menyalahkan mana-mana pihak dalam tragedi ini. Namun begitu, siapa pun yang bertanggungjawab, mereka pasti tetap akan dibawa ke muka pengadilan.
No comments:
Post a Comment