Showing posts with label dr wee ka siong. Show all posts
Showing posts with label dr wee ka siong. Show all posts

Thursday, November 26, 2015

LIOW KETUAI DELEGASI IMO DI LONDON



Kerajaan telah memutuskan untuk menghantar delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Maritim Antarabangsa (IMO) di London yang akan diketuai oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang telah bermula sejak isnin lalu  hingga 2 Disember ini. 

Perhimpunan dwitahunan itu akan disertai oleh menteri pengangkutan dan pegawai kanan maritim dari negara anggota IMO. IMO yang terdiri dari 171 negara anggota dan tiga negara anggota bersekutu akan membuat pemilihan 40 anggota majlis bagi penggal 2016- 2017 semasa perhimpunan agung kali ini

IMO adalah sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan sejak 1948 lagi yang mana Malaysia telah menyertainya pada 1971. IMO ditubuhkan bagi membangun dan mendokong rangka kerja awal bagi menyelia secara komprehensif untuk perkapalan. Antara bidang kuasanya termasuklah isu keselamatan, kesedaran hal ehwal alam sekitar dan undang-undang, kerjasama teknikal, keselamatan maritim dan pekapalan. 

Malaysia sebagai sebuah negara Maritim yang terletak di pusat Asia yang berada ditengah-tengah dua laluan terpenting dunia iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan perlu memainkan peranan yang penting kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. 


Jika dahulu perlabuhan di negara kita dilihat agak ketinggalan berbanding dengan negara jiran, namun hari ini kita telah bejaya memiliki pelabuhan yang besar dan mampu mengendalikan jumlah kontena setanding dengan negara maju.

Negara kita boleh melakukan sesuatu kerana sebahagian besar perdagangan antarabangsa Malaysia merentasi lautan keseluruh pelosok  destinasi dunia. Negara kita juga pernah dijemput ke luar negara untuk berkongsi pengalaman pengurusan pelabuhan. Bagi saya itu sudah cukup membuktikan negara kita sebagai sebuah negara maritim. 


Dalam pada itu saya berharap untuk penggal 2016 ~ 2017  Malaysia  terus dipilih mengekalkan kerusi IMO yang berjaya dimenangi pada 2014 ~ 2015. Sebelum ini Malaysia telah berjaya memperolehi sebanyak 125 undi daripada 170 ahli bagi kategori C untuk penggal 2014 - 2015.


Kejayaan itu merupakan pencapaian dan pengiktirafan yang amat membanggakan terhadap negara sekaligus mencerminkan kegemilangan Malaysia dalam memainkan peranan bagi sektor maritim dunia.






Tuesday, October 13, 2015

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN DAP

"Yakinlah MCA tidak pernah serta tidak akan menyerah kalah, malah akan terus mengalas tanggungjawab memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum",



Semua orang hendak hidup aman damai dan harmoni. Siapa yang hendak hidup dalam kesusahan dan haru hara ?Tidak ada manusia yang hendak hidup mereka sebegitu. 

Namun tidak begitu bagi DAP, mereka suka rakyat bertelagah. Mereka suka rakyat bergaduh. Mereka suka membuat orang Melayu dan orang Cina berselisih. Kerana apa ? Kerana ini akan memberi mileage politik kepada mereka. Selepas itu mereka mengambil kesempatan dengan berpura-pura seolah-olah jaguh perpaduan kaum, padahal mereka yang memulakan dahulu. 


Perkara ini telah dinyatakan oelh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Menurutnya DAP sudah lama menyemai benih kebencian antara kaum. Menyemai sikap radikal dalam masyarakat sehingga menimbulkan kegelisahan dan kegusaran kaum lain sehingga merugikan masyarakat Cina sendiri. Mereka bukan hendak bantu meningkatkan ekonomi masyarakat Cina, bahkan mereka sedang memusnahkannya. Mereka membawa kerugian kepada masyarakat Cina. 

Usahlah kita percaya dengan slogan-slogan indah DAP yang kononnya ingin berjuang untuk semua rakyat. Tidak ada rekod pun perjuangan mereka untuk rakyat. Tengoklah apabila mereka berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang, adakah mereka membantu rakyat ? Tidak ada...bahkan mereka menyusahkan lagi hidup rakyat dengan menaikkan pelbagai jenis cukai yang sebelum ini kerajaan Barisan Nasional kekalkan demi kesejahteraan rakyat.

MCA lebih mementingkan keharmonian kaum, kesejahteraan rakyat dan perpaduan nasional. Sebab itulah selama ini walaupun ada berlaku pergesaran kaum, MCA dapat menyelesaikannya dengan aman dan harmoni. MCA menolak pendekatan konfrontasi, kerana ia lebih mendatangkan mudharat kepada semua pihak. 

Menurut Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau akan terus berjuang dan mendedahkan taktik kotor pakatan pembangkang  supaya rakyat tidak lagi terperdaya dengan mereka.  Baginya, MCA berikrar tetap setia berjuang dalam Barisan Nasional dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri memperjuangkan agenda tranformasi selain memperkukuhkan persepsi terhadap parti. 

"Yakinlah MCA tidak pernah serta tidak akan menyerah kalah, malah akan terus mengalas tanggungjawab memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum", Datuk Seri Liow Tiong Lai.










Sunday, October 11, 2015

PAKATAN HARAPAN TIDAK BOLEH DI HARAP



Kaum Cina sewajarnya menyedari bahawa kekuatan ekonomi mereka selama ini adalah berpunca hasil keamanan dan kemakmuran negara. Apabila sesuatu negara rakyatnya hidup aman dan harmoni, pelabur luar pun suka untuk melabur dalam pada masa yang sama ekonomi berkembang dan negara bertambah makmur. Begitulah pentingnya keamanan dan keharmonian kaum dipelihara. 

Oleh itu usahlah mereka terperdaya dan terpengaruh dengan hasutan pembangkang terutama DAP dan PKR bahawa kerajaan menyisihkan mereka, rasuah, songlap duit rakyat dan sebagainya. 

Kaum Cina tidak perlu risau, suara mereka didengar oleh kerajaan. MCA sebagai sebuah parti mewakili suara mereka didalam kerajaan, jadi kenapa mereka perlu memilih DAP sedangkan MCA sudah mewakili mereka didalam kerajaan. 

Masyarakat Cina terutama kaum muda, tidak usahlah terlalu obses dengan DAP kerana parti itu tidak mempu buat apa-apa perubahan pun. Itulah yang perkatakan oleh Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. " Jangan percaya kepada pakatan harapan, mereka hanya pandai memberi harapan sedangkan harapan yang diharap semuanya harapan palsu, mereka memang tidak boleh diharapkan". 

Sudah beracam-macam slogan pembangkang seperti ubahlah, ini kalilah, dan yang terbaru 'harapan'  tapi satu apa pun tak jalan, memang mereka tidak boleh diharap langsung. Ingatlah, kuasa politik yang orang Cina ada sekarang akan musnah jika mereka terus menyokong pembangkang terutama DAP. 

Ka Siong juga mengingatkan masyarakat Cina bahawa mereka perlu melihat kepelbagaian dalam masyarakat sebagai satu aset, jangan anggap ianya sebagai satu kekangan untuk perpaduan nasional. "Nenek moyang kita sudah lama disini, bersama-sama perjuang kemerdekaan, dengan sikap mereka yang saling hormat menghormati membawa kita sampai sehingga ke tahap ini sekarang". Jadi jangan persia-siakan usaha mereka selama ini. 

Ka Siong juga mengingatkan agar masyarakat Cina hari ini jangan mempertikai kontrak sosial yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Kesejahteraan rakyat  lebih utama ditumpukan selain mencari kekuatan dalam ekonomi. nilah peranan MCA , iaitu mengharmonikan masyarakat yang kini berada didalam ketegangan. 

Carilah titik persamaan dan semaikan faktor-faktor yang boleh mengukuhkan perpaduan.