Thursday, May 24, 2018

SPAD BUBAR ?



Benarkah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dibubarkan ? Bagaimana dengan nasib kakitangan SPAD ? 

Sebelum ini sudah ada ura-ura yang kononnya SPAD akan dibubarkan oleh Kerajaan baru. SPAD ditubuhkan pada tahun 2010. Kenyataan ini disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Beliau berkata antara keputusan dicapai ialah SPAD akan dibubarkan dan tanggungjawabnya dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Orang yang paling gembira sekali pembubaran SPAD adalah Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Timbalan Pengerusinya, Kamarudin Mohd Hussain menyifatkan  langkah itu wajar berikutan rata-rata pemain industri merangkumi pemandu dan pengusaha bas, teksi serta lori dilihat sudah hilang kepercayaan terhadap suruhanjaya berkenaan. 

Begitu sekali jasa dan kebaikan SPAD dilupakan oleh pemandu teksi yang selama ini hak dan kehendak mereka dilayan baik oleh SPAD. 

Menurut seorang pekerja SPAD, dia merasa tergejut apabila SPAD ini dibubarkan oleh kerajaan. 

"Kami semua memang tidak jangka perkara ini berlaku sebab kami buat kerja, pelantikan staf di sini bukan pelantikan politik, pelantikan kami sama seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami (SPAD) memudahkan pengurusan untuk pengangkutan darat. Berbeza dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), mereka lebih kepada pengangkutan persendirian. 

Kami harap kerajaan dapat pencerahan sebenarnya apa fungsi SPAD, "

Menurut mereka masih belum dimaklumkan bila tarikh terakhir mereka akan bekerja tetapi mengharapkan agar sebarang kemungkinan baik akan berlaku.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi kerajaan dibubarkan antaranya SPAD, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama kerajaan baharu di Putajaya Rabu.

Sementara tinjauan di pejabat JASA di Kuala LUmpur mendapati petugas bekerja seperti biasa.-23/5/2018

Cubaan wartawan untuk mendapatkan komen daripada beberapa orang petugas tidak berhasil berikutan mereka enggan mengulas tentang perkara berkenaan.Selain pembubaran SPAD dan JASA, antara agensi yang turut dibubarkan adalah Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan Majlis Profesor Negara.

No comments:

Post a Comment