Monday, April 30, 2018

INI KE BAKAL MENTERI PENDIDIKAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN ?


Dalam satu senarai sulit kabinet Pakatan Harapan jika berjaya ke Putrajaya, Mat Sabun kononnya akan dilantik sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Mat Sabu yang berkelulusan grade 3 SPM dan berjaya memasuki ITM (UITM kini) atas kouta bumiputra sebenarnya telah  ditendang keluar dari ITM kerana gagal didalam peperiksaan atau gagal mematuhi peraturan dan disiplin. 

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu (lahir 14 Oktober 1954) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia. Beliau telah dipilih ke jawatan tersebut pada tahun 2011 sebagai calon berfahaman sederhana menewaskan Nasharuddin Mat Isa.


Pada 13 Julai 2015 beliau melancarkan sebuah gerakan NGO bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Pada 31 Ogos 2015, Mohamad Sabu mengumumkan GHB mengambil-alih sebuah parti politik yang tidak aktif, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia selepas usahanya untuk menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri  yang kemudiannya ditukarkan menjadi Parti Amanah Negara (Amanah) yang beliau sendiri menjadi Presidennya yang pertama.


Mat Sabu yang  berkelulusan grade 3 SPM berjaya memasuki ITM (UITM kini) itu pun atas kouta bumiputra. Tetapi telah ditendang keluar dari ITM kerana gagal didalam peperiksaan atau gagal mematuhi peraturan dan disiplin bakal dilantik menjadi Menteri Pendidikan sekiranya Pakatan Harapan berkuasa mengikut senarai kabinet PH yg dibocorkan oleh Cikgu Bard. 


Macam mana orang yang sebegini boleh dilantik sebagai Menteri Pendidikan, salah satu jawatan paling kanan dalam kerajaan Malaysia. Apa agaknya perancangan Mat Sabu jika menjadi Menteri Pendidikan ? 

Apa Kata Natizen ? 

sumber :MAT SABU MENTERI PENDIDIKAN ?

No comments:

Post a Comment