Kita pernah digejutkan dengan dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, saudara Mohamed Razali Abd Rahman betapa seriusnya hubungan DAP dengan Israel sehingga boleh mengancam keselamatan negara.Kata Razali,"kami dilatih hampir 3 tahun oleh Israel. Dilatih oleh pihak Mossad. Saya terima latihan daripada Mossad."
Justeru itu tidak hairanlah jika strategi yang digunakan DAP saling tak tumpah dengan cara Zionis Israel.
Inilah yang dipekatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yang menjelaskan cara DAP mempengaruhi parti politik Melayu yang lemah dengan menawarkan talian hayat politik.
Itulah strategi DAP untuk memecahbelahkan orang Melayu bagi memastikan objektif politik mereka tercapai.
DAP tidak mahu rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum hidup bersatu padu dan aman damai. Kedamaian adalah musuh DAP. Matlamat DAP adalah memecah belahkan orang Melayu dan Cina agar sentiasa bermusuhan kerana ianya akan memberi keuntungan politik kepada mereka.
Sebab itulah jika dalam ceramah-ceramah DAP, mereka sering menakutkan orang Cina dengan selalu menimbulkan kesangsian terhadap Islam. Mereka melabelkan Islam itu ada kaitan dengan keganasan, Sekolah agama dengan militan dan keganasan Islam di Timur Tengah. Kononnya merekalah yang akan mempertahankan orang Cina dan berada dibelakang mereka.
Ini adalah strategi ala zionis di mana kalau tidak boleh lawan, dia akan menimbulkan kekeliruan. Jadi, DAP ada kecenderungan menggunakan pendekatan yang hampir sama,” katanya.
DAP telah menggunakan talian hayat politik untuk mempengaruhi parti Melayu yang lemah dan setelah dia (DAP) mendapat sokongan daripada parti Melayu yang lemah, DAP akan bertindak memecahkan parti Melayu
No comments:
Post a Comment