Akhir desas desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu untuk meninggalkan DAP bukan lagi khabar angin. Angin yang deras bertiup ini berpunca dari keangkuhan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan bapaknya Kit Siang yang mentadbir DAP macam hak keluarga mereka.
Nampak bukan saja tanah di Tanjung Bungah yang runtuh tetapi parti DAP di Pulau Pinang semakin terhakis dan tak lama lagi akan runtuh perlahan-lahan bersama sekutu-sekutunya PAN, Parti Cap Bunga PPBM dan PKR.
Teh memberi alasan bahawa kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menjadi salah satu punca dia meninggalkan DAP. Baginya keberadaan Tun Dr. Mahathir dalam Pakatan Harapan hanya akan menambah kebencian rakyat kepada blok pembangkang. Yang lebih menyakitkan hati, Tun Mahathir diangkat sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.
Teh sememang tidak pernah bersetuju dengan keputusan pemimpin DAP untuk bekerjasama dengan mereka. Bagi Teh Mahathir adalah musuh DAP sejak azali lagi. Tun Mahathir hanya akan menimbulkan huru hara dalam pakatan dan ini telah terbukti sejak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berada dalam pakatan macam-macam hal telah berlaku.
Kit Siang dan anaknya Guan Eng hanya mementingkan politik peribadi mereka sahaja tanpa mengambil pendapat ahli dalam DAP. Pimpinan atas Pakatan Harapan dilihat hanya mementingkan agenda peribadi. Pada Teh Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dipengerusikan Dr. Mahathir tidak mempunyai agenda yang jelas dan hala tuju yang boleh dipersoalkan.
Pakatan Harapan tidak memerlukan parti serpihan seperti PPBm yang hanya membuat kacau. Gabungan PKR, DAP dan PAN sudah cukup memadai bagi berhadapan dengan PAS dan UMNO. Yee Cheu yang menyertai DAP pada 1999 juga mendakwa, kerjasama DAP dengan Dr. Mahathir tersebut turut tidak mendapat sokongan beberapa ahli veteran parti tersebut.
No comments:
Post a Comment