Dahulu apa yang Mahathir tak kata dekat pemimpin De Facto DAP, Lim Kit Siang. Segala macam jenis kutukan yang Mahathir lemparkan kepada pemimpin DAP tersebut. RASIS, ANTI MELAYU, ANTI ISLAM, KOMUNIS dan macam-macam lagi cercaan yang dilemparkan kepada pemimpin tersebut.
Samalah juga dengan Lim kit Siang, apa yang dia tak kata dekat Mahathir semasa Tun Dr. Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri. Bapak Rasuah, Ultra Melayu, anti Cina dan sebagainya. Segala macam jenis cercaan dan tohmahan dilemparkan kepada Mahathir oleh Pengasas DAP ini.
Alih-alih mereka hari ini bukan main baik lagi bersahabat. Saling mempertahankan sesama mereka. Pulak dah ! jadi macam tu pula. Inillah yang dinamakan hipokrasi tahap tertinggi pemimpin pakatan harapan. Memang kedua-dua tidak boleh dipakai langsung, tak boleh percaya satu sen pun.
Masing-masing ada matlamat dan agenda politik peribadi. Semuanya hanyalah lakonan kononnya untuk menyelamatkan negara, padahal masing-masing menyimpan angan untuk terus menguasai politik dalam negara. Boleh percaya DAP akan memberi kepercayaan kepada Tun Mahathir ? Jangan mimpilah - selama berpuluh tahun mereka berperang untuk merebut kerusi, jangan haraplah mereka berbaik-baik ini tanpa ada sesuatu yang terselindung.
No comments:
Post a Comment