Wednesday, November 1, 2017

MACAM MANA SAMSENG NI BOLEH DAPAT DATUK SERI ?



Seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang direman empat hari selepas didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kampung Baru, Ampang dekat sini pada Jumaat lalu disahkan positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap lelaki berusia 29 tahun mendapati positif dadah ketika ditahan, Isnin lalu.


“Malah, hasil pemeriksaan juga mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan satu kes dadah.

“Kita akan siasat individu itu di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Deepavali Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jumaat lalu, tiga anggota Rela cedera di kepala, mata serta perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang suspek bergelar Datuk Seri itu.

Kejadian dikatakan bermula apabila mereka meminta lelaki terbabit mengalihkan Toyota Vellfire miliknya yang mengganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian. -  UTUSAN ONLINE





No comments:

Post a Comment