Friday, November 24, 2017

HOI BENGONG...!!! 26 PEMIMPIN PAKATAN YANG PONTENG, PASAI APA PULA PAS YANG SALAH ?



Pakatan Harapan yang didalangi DAP tidak sepatutnya meletakkan kesalahan kepada Pas sebagai penyebab kerajaan menang tipis dalam sesi pengundian Bajet 2018 untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sebaliknya, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Nassruddin Daud menegaskan, Pakatan Harapan perlu menyalahkan 26 wakil rakyatnya yang ponteng pada sesi pengundian tersebut.


Katanya, mereka tidak boleh mengharapkan kepada Pas kerana parti itu sudah tidak mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan.

“Saya pun pelik, kesalahan dia (Pakatan Harapan) buat namun dia letakkan kepada Pas. 26 orang wakil rakyat Pakatan Harapan tidak hadir tetapi kerana dua wakil Pas mengambil pendekatan berkecuali pada sesi pengundian itu, dia kata kita sebagai punca kekalahan.

“Wakil rakyat Pakatan Harapan yang ramai, kenapa tidak pergi Parlimen, hendak harap dekat orang (Pas) buat apa. Kita sudah tidak pakat, jangan mengharap lagi.

“Terpulanglah kepada Pas hendak kecuali atau apa kerana kita sudah tidak ada kena mengena. Pergi tanya 26 wakil rakyat yang tidak hadir itu,” katanya ketika berucap sempena Ceramah Perdana Pasca Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Perasmian Bilik Operasi Pilihan Raya Pas kawasan Kota Bharu, di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sementara itu, Nassruddin berkata, lawan Pas bukan hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) semata-mata tetapi juga melibatkan Pakatan Harapan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengingatkan PAN supaya tidak menjadi alat DAP dengan melawan ulama.

“DAP ini membenci ulama jadi kita (PAN) jadi alat DAP untuk turut sama melawan ulama. Kita juga hendak ingatkan PAN ini supaya tidak lagi menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kepentingan politik.

“Berhentilah jaja nama Tok Guru kalau mengkhianti perjuangan. Tok Guru tidak pernah khianati perjuangan Pas dan tetap istiqamah di dalam Pas sehingga nafas terakhirnya,” katanya.- UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment