Susulan daripada kejadian 12 gerabak tren kargo KTMB yang tergelincir dari landasan di kilometer 386, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah memberi arahan kepada KTMB mengantungkan oprasi tren kargo sepanjang laluan Rawang ke Salak Selatan.
Insiden yang berlaku pada pagi 23 November 2.50 pagi, Tren Kargo yang dalam perjalanan ke selatan telah tergelincir di antara Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur.
SPAD mahu KTMB menjalankan siasatan menyeluruh agar punca sebenar kejadian ini dapat dikenalpasti dan tidak berulang lagi. Ini semua bagi memastikan keselamatan penumpang terjamin.
Buat masa ini tiada perkhidmatan tren komuter beroperasi dia antara laluan Stesen Kepong ke Stesen KL Sentral. Ianya digantikan dengan perkhidmatan bas antara laluan Stesen Segambut ke Stesen KL Sentral.
SPAD menetapkan beberapa langkah yang perlu berikutan kejadian ini :
1) SPAD menegaskan kepada KTMB untuk mengkaji semula dan memperbaiki prosedur pengendalian gerabaknya bagi memastikan keselamatan terjamin.
2) Mengarahkan KTMB mempercepatkan projek Naik Taraf Landasan Berkembar Lembah Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang bertujuan untuk menaik taraf rangkaian rel sepanjang 42k, terutamanya di landasan sejauh 7km di antara Simpang Batu dan Stesen Kuala Lumpur kerana indeks kualiti landasan (track quality index) dalam sektor ini perlu dipertingkatkan dengan kadar yang segera.
3) KTMB juga diminta untuk melakukan pemulangan tambang kepada penumpang ETS yang mengalami gangguan perjalanan serta ingin membatalkan perjalanan mereka supaya penumpang tidak menanggung sebarang kos tambahan bagi perkhidmatan MRT dan bas, penunpang juga boleh mengubah tarikh perjalanan.
4) Penumpang yang terjejas digalakkan mengguna perkhidmatan rel alternatif seperti MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni, dan LRT dari Subang Jaya.
5) KTMB juga memastikan penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dihubungkan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan MRT sebelum beralih ke ETS sebelum memulakan perjalanan masing-masing.
6) SPAD mengarahkan KTMB untuk menyediakan perkhidmatan bas untuk perjalanan Sentul-KL Sentral-Sentul sebagai satu alternatif perjalanan bagi penumpang yang terjejas.
Keselamatan penumpang adalah lebih penting untuk diutamakan, oleh itu KTMB perlu memastikan semua SOP keselamatan dipatuhi, sebarang kecuaian dan kesilapan manusia boleh mengakibatkan nyawa penumpang terancam.
Anda boleh menghubungi KTMB di talian 03-22671200 untuk mendapatkan lebih penjelasan.
No comments:
Post a Comment