Friday, November 24, 2017

CHE DET ! JANGAN DOK SALAHKAN ORANG -TENGOK DIRI SENDIRI TU DULU !





Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatunya menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berikutan kegagalan pendaftaran gabungan yang diketuai DAP itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr. Mahathir  sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terlebih dahulu yang dilihat sebagai punca utama kegagalan pendaftaran tersebut.


“Hendak daftar (Pakatan Harapan) tidak lulus kemudian marah kepada ROS. Bagaimana hendak lulus mesyuarat agung PPBM pun hanya dihadiri 12 orang,” katanya ketika berucap sempena Ceramah Perdana Pasca Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Perasmian Bilik Operasi Pilihan Raya Pas kawasan Kota Bharu di sini malam tadi.

Yang turut hadir Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Nassruddin Daud.

Baru-baru ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, ROS tidak boleh meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan kerana masih terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan oleh dua parti dalam gabungan pembangkang tersebut.

Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu, setakat ini, ROS masih belum menerima laporan akhir termasuk senarai terkini pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilaksanakan pada 12 November lalu.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, Parti PPBM pula masih gagal mengadakan perhimpunan agung selepas parti itu ditubuhkan tahun lalu.

Sebelum ini, Pada 21 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa ROS belum menjawab permohonan Pakatan Harapan untuk mendaftarkan DAP, PKR, PPBM dan PAN sebagai satu gabungan rasmi.- UTUSAN ONLINE



No comments:

Post a Comment