Sejak Merdeka sehingga hari ini tidak ada satu pun pembangunan yang di buat oleh pembangkang. Perpaduan dan keharmonian antara kaum ini pun diusahakan oleh perikatan Barisan Nasional. Bukan satu perkara yang mudah untuk memupuk persefahaman antara kaum. Mesti ada tolak ansur dan memahami dan menghormati sensitiviti antara kaum. Barisan Nasional sehingga kini masih lagi berjaya mempertahankan perpaduan dan keharmonian antara kaum yang mana negara luar yang mempunyai satu etnik pun sukar melakukannya.
Kerana apa ? Kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak suka kepada pergaduhan dan pertumpahan darah. Sikap sebeginilah yang perlu kita kekalkan dan diwarisi kepada anak cucu kita.
Namun sejak kehadiran parti DAP, sedikit demi sedikit nilai murni persefahaman dan perpaduan kaum cuba di ganggu gugat oleh mereka. Pada awal kemunculan mereka, DAP cuba memainkan sentimen perkauman, DAP telah mengganggu gugat keharmonian kaum dengan memainkan sentimen perkauman dengan membawa aliran membenci orang Melayu.
Selama beratus-ratus tahun masyarakat Cina tinggal bersama orang Melayu tanpa ada pergeseran kini cuba di robek oleh DAP. Masyarakat Cina hidup dengan aman damai sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Orang Melayu menerima masyarakat Cina ketika itu sebagai saudara, sahabat, rakan kerana ketekunan, kerajinan dan kesetiaan masyarakat Cina kepada Sultan dan Tanah Melayu ketika itu.
Bahkan disaat-saat negara diancam komunis pun orang Melayu, Cina dan India berkerjasama menentang kezaliman dan kekejaman pengganas komunis.
Namun selepas hari kemerdekaan dan tertubuhnya Parti DAP, mereka mula memainkan jarum perpecahan dan perkauman. Hubungan baik dan kerjasama erat antara orang Melayu dan Cina dipandang dengan penuh dengki dan khianat. Orng Cina yang bekerjasama dengan orang Melayu diaanggap penakut dan tak berani.Kebiadapan dan niat jahat DAP ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menimbulan kemarahan masyarakat Cina kepada orang Melayu.
Syukurlah MCA sebagai wakil kaum Cina bertindak bijak dan berhemah. Segala usaha jahat DAP ditangkis dengan memberi khidmat yang baik kepada semua golongan masyarakat termasuk orang Melayu, India, Cina dan lain-lain.
Niat ikhlas dan gerak kerja penuh semangat MCA telah menunjukkan peningkatan sokongan kaum Cina kepada BN. Ini ditunjukkan pada pilihanraya kecil yang lepas di Teluk Intan dan Kuala Selangor. Jelas sekali kaum Cina menolak politik perkauman dan kebencian yang di bawa oleh DAP.
MCA di bawah kepimpinan Dato' Sri Liow Tiong Lai dan Dato' Sri Wee Kaa Siong telah menunjukan satu kerjasama erat bermula dari peringkat bawaahan sehinggalah keperingkat atasan. Banyak masalah rakyat telah diselesaikan dan hubungan dengan rakyat pun bertambah mesra dan erat.
Dalam beberapa majlis terutama pada Hari Malaysia 16 September yang lalu, komuniti Cina yang hadir diluar pada jangkaan. Mereka keluar beramai-ramai bagi menujukkan patriotisme yang tinggi kepada negara. Ini jelas menunjukkan masyarakat Cina hari ini yakin dengan kerajaan Barisan Nasional. Boleh dikatakan majlis anjuran MCA mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat Cina.
No comments:
Post a Comment