Niat Tony Phua untuk mengenakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong dalam isu Pesta Arak yang menjadi kebanggaan pemimpin DAP nampaknya tak menjadi apabila Presiden MCA itu menolak untuk membuat ulasan berkenaan isu tersebut.
Pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Oktober depan mendapat kecaman orang ramai. Pemimpin DAP sengaja menimbul polimik politik untuk menaguk di air yang keruh.
Pihak DBKL dengan tegas menolak permohonan permit untuk mengadakan pesta arak tersebut oleh penganjur. Namun tidak kepada pemimpin DAP yang bertegas tetap mahukan pesta ini diteruskan. Jelas sekali pemimpin DAP mahu menunjukkan sikap keras kepala mereka terhadap kerajaan.
Yang paling nampak perangai iblisnya ialah Tony Phua yang cuba melibatkan MCA ke dalam kancah pertelingkahan ini. Niatnya tidak lain tidak bukan ialah cuba menimbulkan pertelagahan dan menimpakan semua ini ke atas MCA. Mereka tahu jika ada pemimpin MCA memberi kenyataan tentang isu ini, mereka akan berhadapan dengan tentangan masyarakat dan DAP akan lepas tangan.
Tony Phua sedar masyarakat Malaysia tidak dapat menerima pesta arak dikhalayak ramai sebagai satu budaya. Tentangan hebat rakyat Malaysia terhadap usaha DAP ini cuba dialihkan oleh Tony Phua kepada MCA. Sememangnya kita sudah boleh agak, sepertimana mereka melakukan apabila RUU 355 diusulkan oleh Tuan Guru Hadi Awang di parlimen tidak lama dulu.
Akhirnya TonyPhua sangat tentu kecewa kerana jeratnya tidak mengena apabila Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan menghormati keputusan DBKL yang tidak membenarkan pesta arak yang dirancang oleh mereka yang ada kaitan dengan DAP.
Tidak ada mana-mana agama pun yang merestui pesta arak yang memabukkan diletakkan satu budaya yang perlu dibanggakan. Oleh itu pendirian MCA ini amatlah tepat dan bijak kerana memahami sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Jika kita lihat usaha membawa perpecahan dan pergaduhan kaum ini lebih di monopoli oleh DAP. Tidak ada satu pun program yang mereka bawa dan sokong melainkan membawa kepada pertelingkahan rakyat. Sedangkan MCA berusaha mendekati rakyat bagi memupuk nilai-nilai baik, persefahaman dan muafakat yang baik antara kaum.
Pemimpin-pemimpin MCA lebih banyak mendekati masyarakat di bawah dan menyelami masalah mereka, daripada terlibat isu yang kontroversi seperti pesta arak ini. Apakah pesta arak ini memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya ? Apakah peniaga arak sahaja yang perlu di jaga kebajikan mereka ? Adakah pelancong datang ke Malaysia ni semata-mata hendak minum arak ? Ini semua DAP perlu jawab kepada rakyat, bukan pemimpin MCA.
Contohi pemimpin MCA seperti Datuk seri Liow Tiong Lai dan Dato Seri Wee Ka Siong yang kerap berjumpa dengan rakyat bagi menyelami permasalahan mereka. Itu baru dinamakan pemimpin sebenar. Bukan pemimpin yang mengajak rakyat minum arak sampai mabuk.

No comments:
Post a Comment