Benarlah apa yang telah diperkatakan selama ini bahawa pemimpin DAP begitu sayangkan kuasa. Sayang sampai nak pegang sampai mati. Ini terjadi dekat Exco Kerjaan DAP Pulau Pinang Phee Boon Poh yang berkeras tidak akan melepaskan jawatannya walaupun dirinya kini sedang disiasat oleh SPRM berkaitan operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti.
Boon yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang menegaskan akan meneruskan tugasnya macam biasa sebagai Exco dan ADUN Sungai Puyu.
Jika perkara yang sama kena dekat pemimpin BN, merekalah orang pertama akan berkokok seluruh negara kononnya pemimpin BN rasuah dan salahguna kuasa. Tapi bila kena dekat pemimpin mereka, mereka salahkan kerajaan kononnya menekan pemimpin mereka.
Boon Poh ditahan SPRM bersama dengan pengurus serta pengarah kilang memproses habuk kayu. Kemudiannya mereka dibebaskan daripada reman selama lima hari selepas Mahkamah Tinggi mendapati penahanan mereka bertentangan dengan Seksyen 117(5) Kanun Prosedur Jenayah.
Sama seperti bosnya Lim Guan Eng yang tak mahu melepaskan jawatan walaupun didesak oleh rakyat selepas di dakwa oleh dan di bicara oleh dua pertuduhan rasuah.
Sememangnya DAP ini mempunyai spesis yang sama, spesis tak tahu malu. Terpalit dengan pelbagai skandal yang memalukan pun masih hendak pegang jawatan. Dalam pada itu pun masih lagi nak menuduh kerajaan Barisan Nasional korupsi dan sebagainya.
ADUN Penanti, Dr. Norlela dari PKR menarik nafas lega diatas tindakan SPRM menahan Boon Poh kerana selama ini beliau telah berjuang untuk rakyat Penanti. Menurutnya rakyat telah lama membuat aduan kepadanya dan telah dibawa ke Dewan Undangan Negeri namun tidak memberi kesan apa-apa sehinggalah SPRM bertindak.
Seperti yang pernah diperkatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa pemimpin DAP ini suka bermain wayang depan rakyat sedangkan mereka tidak membuat apa-apa membantu rakyat bahkan menyusahkan rakyat lagi.
Kilang yang sudah lama bertapak disitu selamat dibawah pentadbiran DAP, sedangkan peniaga-peniaga dan gerai-gerai makanan dirobohkan dan dihalau keluar, begitu kejam mereka terhadap rakyat miskin.
Rakyat berharap agar pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan rasuah di Pulau Pinang ini agar dikenakan hukuman yang setimpal kerana mereka telah mengkhianati amanah rakyat.
No comments:
Post a Comment