Thursday, January 12, 2017

MH 370, MALAYSIA TERUS MENCARI ?



Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih lagi belum terungkai. Pencariannya masih lagi diteruskan, cuma lokasi pencariannya berubah ke bahagian utara Lautan Hindi.

Ramai pakar percaya rangka jet penumpang itu berada dikawasan berkenaan. 

Mereka mencari ke kawasan  baru sejak jumaat yang lalu dan masih berlansung  sehingga kini, Portal Daily Beast melaporkan, pencarian tersebut menggunakan kapal Belanda, Equator. 

Penerbangan MH370 yang hilang dari radar dikatakan jatuh di Lautan Hindia pada March 2014. 239 penumpang termasuk krue bertugas terbunuh, Sebagian besar  mereka daripada China yang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Misi pencarian ini diteruskan sejak beberapa bulan lalu menggunakan pengesan satelit. Mereka juga mengunakan kenderaan dasar laut (AUV) bagi mengesan bangkai pesawat tersebut. 

Lokasi pencarian yang baru ini dikatakan terletak di kawasan yang pernah dua kali diselidiki dan diteliti. Dalam pada itu, jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian berkenaan, Dan O’Malley berkata, Equator sedang melengkapkan laluan terakhirnya dan mengumpul beberapa data sonar di kawasan yang tidak pernah dilalui sebelum ini.

Hujung bulan ini Equator dijangkakan mengakhiri pencariannya di Lautan Hindi. 

Menurut menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kawasan seluas 120,000 meter persegi itu akan menjadi tumpuan terakhir pencarian. Semuanya akan berakhir jika tiada petunjuk yang kuat dan kredibel.

Berdasarkan laporan terbaru oleh Biro Keselamatan Transportasi Australia, pencarian itu akan selesai dalam satu atau dua bulan ini. Keputusan seterusnya adalah berdasarkan laporan yang akan didapati nanti. 

Selama 27 bulan yang lalu, ATSB mencari di kawasan seluas 119,139 kilometer persegi dan berkemungkinan besar mereka mencari di kawasan yang salah. Pakar yakin,  MH370 mungkin terhempas di utaran lokasi pencarian aal iaitu antara latitud 32 hingga 36 darjah selatan.  


Sebelum ini pasukan penyiasat Perancis menjalankan siasatan terhadap setiap orang yang menaiki pesawat MH370. Semua latar belakang mereka disiasat penumpang dan kru. Namun tiada yang menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan.

Perancis menjalankan siasatannya sendiri berikutan empat warga negaranya merupakan antara penumpang pesawat MH370.

Waris-waris mangsa sudah dimaklumkan berkenaan keputusan pemeriksaan latar belakang penumpang dan anak kapal oleh agensi penyiasatan domestik Perancis DGSI semuanya didapati negatif. 

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Gyslain Wattrelos yang mana isterinya dan dua anaknya berada dalam pesawat tersebut mengesahkannya.

Persoalan ini timbul apabila pihak berkuasa Malaysia mendapati terdapat dua penumpang Iran berada di dalam pesawat tersebut yang menggunakan pasport curi.

Misteri ini semakin sukar diramalkan apabila penyiasatan ini semakin dekat dengan pengakhirannya. Adakah warga dunia akan membiarkannya terus menjadi misteri yang tidak berjawab ?    


No comments:

Post a Comment