Admin cukup hairan apa masalahnya dengan penguatkuasaan dalam negara kita. Kegiatan ulat teksi dalam negara kita bukan satu pekara baru. Sejak zaman admin masih kanak-kanak lagi masalah umat teksi ni selalu menjadi masalah kepada pergangkutan awam negara terutama di pintu masuk utama negara iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. Kegiatan itu seperti terus berleluasa dan tiada jalan penyelesaian, mereka seolah-olah langsung tidak takut ditangkap dan dikenakan tindakan.
Untuk pengetahuan sepanjang tahun 2016, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menahan 58 ulat teksi yang mengambil penumpang secara haram di dua pintu masuk KLIA dan KLIA2. Ini membuktikan kegiatan ini masih lagi wujud dan berleluasa
Kesemua mereka adalah warga tempatan, dan tangkapan ini dibuat dibawah Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Semua kenderaan mereka disita kerana menggambil penumpang secara haram di KLIA dan KLIA2.
Kesemua mereka yang terbabit telah didakwa dimahkamah dan dikenakan denda sebanyak RM229,400 secara keseluruhannya. Perkara ini disahkan oleh Datuk Che Husni Che Ahmad, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuasaan SPAD.
Bagi pemilik dan pengusaha kereta sapu, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 16 APAD 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali manakala kenderaan yang digunakan sebagai kereta sapu boleh dilucut hak milik.
Apa yang membimbangkan lagi Imej negara dipintu masuk terjejas dengan kegiatan mereka ini, mencemarkan nama Malaysia di mata dunia kerana pemandu-pemandu kereta sapu ni gemar mengenakan caj yang begitu tinggi kepada penumpang terutama pelancong asing.
Apa yang pelik kegiatan ulat teksi ini begitu sukar dibanteras. Apakah kerana mereka mendapat pulangan yang begitu menguntungkan atau mereka dilindungi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Ini kerana mereka yang terlibat tidak serik dan sanggup berdepan dengan pihak berkuasa demi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan menawarkan perkhidmatan di KLIA dan KLIA2.
Apa pun alasannya, kegiatan mereka perlu diperangi habis-habisan.
No comments:
Post a Comment