Wednesday, January 11, 2017

JIKA TIDAK MELIBATKAN MASYARAKAT CINA, MCA SOKONG RUU 355



Isu dan polimik Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) menjadi isu hangat sejak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU335 di Dewan Rakyat, pada November tahun lepas, perbiincangan mengenainya dijadualkan pada Mac 2107.

Ekoran dari penentangan keras dari ahli parlimen DAP dan mencabar MCA dan Gerakan, sekutu kuat Barisan Nasional agar menyatakan pendiriannya. Sebenarnya permainan politik kotor DAP ini sudah dapat dibaca awal-awal lagi. 

Dalam menangani permainan politik kotor DAP dan sekutu mereka yang cuba menimbulkan keadaan panik bagi rakyat bukan Islam, MCA akan membuat kajian Jawatankuasa Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MCA akan menyokong RUU 355 ini andai keputusan kajian tersebut tidak memberi implikasi buruk kepada masyarakat bukan Islam di negara ini. 

Menurut beliau lagi, jawatankuasa tersebut telah ditubuhkan pada Disember tahun lalu itu melibatkan pakar-pakar undang-undang daripada beberapa dewan perniagaan dan pertubuhan Cina tempatan bertujuan mengkaji kesan positif dan negatif perlaksanaan RUU 355. 

Rakyat bukan Islam perlu bertenang kerana hasil kajian akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa RUU 355 tidak akan memberi kesan kepada masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina di negara ini seperti yang difitnahkan oleh ahli parlimen pembangkang. 

Hasrat MCA mengambil langkah terperinci dalam isu ini hanyalah bagi memastikan  akta akan memberi kesan terhadap Perlembagaan Persekutuan. 


No comments:

Post a Comment