Sunday, November 20, 2016

DAP HANYA PANDAI BERMAIN SANDIWARA




APA jasa DAP kepada masyarakat Cina ? tidak ada satu pun jasa mereka kepada masyarakat Cina dan rakyat Malaysia keseluruhannya melainkan membangkitan perasaan benci kepada kerajaan dan orang Melayu. Mungkinlah ada dua tiga kerat orang Cina yang dapat manfaat dari mereka, tapi bukanlah keseluruhannnya. 

Siapa yang usahakan SRJK(C) ? DAP hanya tahu membangkitkan kemarahan kaum cina kepada kerajaan sedangkan MCA berusaha bersama-sama kerajaan membangunkan kemudahan fasiliti kepada masyarakat Cina dan rakyat Malaysia keseluruhannya. 

Pekara ini ditegaskan sendiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menjelaskan bahawa DAP tidak pernah ikhlas terahadap masa depan masyarakt Cina di Malaysia. 

Dalam pada itu, Tiong Lai mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi maklum balas positif terhadap permohonan MCA untuk menubuhkan lebih banyak SJKC baharu.

Katanya, maklumat lanjut berkenaan penubuhan SJKC itu akan diumumkan selepas parti itu berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat.

Berapa kali DAP mengajak masyarakat Cina menyertai perhimpunan BERSIH. Padahal mereka telah diberi mandat oleh rakyat sebagai wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk menyuarakan hasrat rakyat. Jika ingin mengajak rakyat ke jalan raya, lebih baik mereka tidak bertanding semasa pilihanraya umum dahulu. 

DAP lebih suka mengunakan retorik untuk menarik sokongan masyarakat Cina. Lihat sahaja masalah di Selangor dan Pulau Pinang yang mana kerajaannya dikuasai oleh pembangkang dan DAP. Isu air di Selangor ? siapa wakil rakyat dari DAP yang cuba selesaikan masalah rakyat ? Mereka hanya berdiam diri dan membiarkan Menteri Besar ,Azmin Ali yang menjawab masalah ini. 

Begitu juga di Pulau Pinang, pemimpinnya sendiri terpalit dengan isu rasuah rumah banglo yang dibeli dibawah harga pasaran. Lihatlah sendiri pemimpin DAP hanya memikirkan kehendak nafsu mereka sahaja tanpa memperdulikan kehendak rakyat.   

Masyarakt Cina seharusnya sedar akan permainan politik kotor  DAP. Mereka lebih suka melihat perpecahan antara kaum kerana ingin mengambil kesempatan politik dari kekeruhan hubungan antara kaum. 

Masyarakat Cina harus bersama-sama MCA dalam membina masyarakat yang moden, maju dan mengamalkan toleransi antara kaum agar keharmonian kaum dan keamanan negara terus kekal terjamin. 



No comments:

Post a Comment