Sunday, November 20, 2016

TAMBANG MRT BERMULA RM1





MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016.  Jajaran yang menjangkau kira-kira 51 kilometer dan seluruh 31 stesen, akan dibuka kepada orang ramai dalam dua fasa. Fasa 1 , meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan. Fasa 2 MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk operasi seterusnya Julai.

Rapid Rail Sdn. Bhd. mengumumkan struktur penuh tambang bermula tambang nominal RM1 untuk satu hentian berdasarkan kepada struktur tambang tanpa tunai. 

Tambang maksimum sebanyak RM6.40 jika menggunakan tunai, dan RM5.50 berdasarkan struktur tambang tanpa tunai. Kerajaan telah meluluskan struktur tambang berdasarkan kepada kadar nominal iaitu setipa empat hingga lima kilometer perjalanan, sama dengan apa yang telah dilaksanakan pada tambang LRT dan perkhidmatan Monorel.

Tambang dari Stesen Pasar Tani ke Merdeka merupakan tambang yang paling murah mengikut kadar tambang tunai iaitu RM1.10  untuk satu perjalanan ke satu hentian.   

Fasa 1 Laluan MRT SBK dijangka beroperasi dari 16 Disember 2016; meliputi  12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan. 

Fasa 2 Laluan MRT SBK, meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang, dijadualkan untuk beroperasi pada pertengahan Julai tahun depan.

Menariknya MRT memberi 50 peratus diskaun untuk tambang tunai kepada warga emas, pelajar dan golongan kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan MRT, termasuk bas pengantara MRT. Diskaun ini sama seperti yang diamalkan untuk perkhidmatan monorel, LRT dan bas Rapid KL. Jelas sekali MRT amat prihatin, memudahkan rakyat dan membantu semua golongan.  

Ibu-ibu yang rama anak jangan risau, kanak-kanak dibawah umur 7 tahun diberikan percuma. Ini seperti dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato Ir Zohari Sulaiman dalam satu kenyataannya. 

Menurut Zohari lagi, Fasa 1 Laluan MRT SBK akan beroperasi secara sendirian, tanpa integrasi dengan rangkaian LRT dan monorel sekarang,oleh itu semua pengguna MRT perlu melalui pintu masuk dengan menggunakan token tunai ataupun Kad Touch n’ Go sahaja.  Warga emas, pelajar dan golongan OKU boleh membeli token konsesi berwarna merah daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di setiap stesen  MRT. 

Oleh itu warga emas, pelajar dan golongan OKU hanya perlu menunjukkan Kad Pengenalan, kad pelajar (sekiranya tidak memakai uniform), atau Kad OKU ketika menaiki bas-bas pengantara MRT untuk menikmati diskaun 50 peratus.


Perkhidmatan bas pengantara MRT juga adalah RM1 untuk satu perjalanan. Pengurusan MRT akan menyediakan 120 buah bas pengantara MRT  yang akan beropersi kepada 26 laluan bagi semua 12 stesen MRT yang dibuka di bawah Fasa 1.    
Sebanyak 26 laluan bas pengantara MRT menghubungkan 12 stesen MRT di bawah Fasa 1 Laluan 1 MRT
(Sungai Buloh - Semantan)

Justeru itu kad-kad MyRapid yang kini telah digunakan untuk perkhidmatan LRT, monorel dan bas Rapid KL akan dinaikkan taraf secara berperingkat sebelum pembukaan Fasa 2 Laluan MRT SBK pada Julai depan. 

No comments:

Post a Comment