Setiap agama mempunyai orang-orang yang sesat dan tidak waras. ISIS sebenarnya tidak punya banyak perbezanya dengan kumpulan KKK dari penganut Kristian. Bukankah mereka (KKK) juga memakai tanda salib ? Bukankah apa yang mereka lakukan itu atas nama Kristian dan Jesus ? Bukankah mereka percaya Jesus memerintah mereka sedemikian ? Mengantung dan membunuh orang -orang berketurunan Afrika ?
Boleh sesiapa disini menyatakan bahawa KKK adalah organisasi Kristian ? Ada lagi kumpulan yang kita boleh lihat. Ada lagi pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan untuk memastikan negara atau rantau ini bebas dari orang-orang bukan Kristian.
Ada juga orang seperti ini dalam agama Yahudi, yang mana (perbuatan mereka) tiada kaitan dengan agama Yahudi. Ada juga orang seperti ini dalam kepercayaan Hindu yang mana (perbuatan mereka) tiada kaitan langsung dengan agama Hindu.
Kepada sesiapa yang ingin berhujah bahawa DAESH adalah Islamik adalah sesuatu yang tidak munasabah. Dalam agama Islam Al-Quran Menyatakan bahawa "Bagi kamu, kepercayaan kamu, dan bagi saya, kepercayaan saya, kamu bebas mengamalkan ajaran kamu dan saya bebas mengamalkan ajaran saya". Bukankah ini toleransi dalam agama yang sepatutnya anda terima daripada ini ?
Dalam ajaran Islam ada mengatakan, seseorang yang membunuh seseorang manusia yang tidak bersalah adalah sama seperti dia membunuh semua manusia, dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa adalah sama seperti dia menyelamatkan keseluruhan manusia. Apakah ada lagi contoh ajaran yang lebih baik daripada ini ?
Jika anda melihat apa yang telah dilakukan oleh DAESH dan kamu mengatakan inilah apa yang tertulis dala kitab mereka (Al-Quran), bukankah dalam kitab anda (old Testament) menyatakan (hukuman balas) mata dengan mata, gigi dengan gigi ? Sekiranya ada seseorang buat seperti itu pada hari ini, adakah kamu akan menyatakan dia seorang Kristian atau seorang Yahudi ?
Jadi, ingin saya ingatkan kepada anda semua sebabnya ianya sudah hampir menjadi perencah hari ini yang mengaitkan (perbuatan) DAESH dengan Islam, yang mana perbuatan DAESH ini adalah salah.
Agama Islam dan peradaban Islamlah yang mengekalkan sejarah Greek dan Rom dan memberikannya kepada Barat. Peradaban Barat tidak akan wujud tanpa peradaban Islam dan Arab. Peradaban Islam dan peradaban Arab Islam adalah peradaban yang menghubungkan (peradaban) China dan Eropah. Ianya peradaban yang global.
Inilah maksud saya, jika sekiranya Islam tidak bertoleransi dan DAESH seperti yang kamu dakwa sebagai mewakili Islam, adakah Islam(seperti DAESH) akan menjaga (falsafah) Socretes dan Aristotle serta menghubungkannya kepada Barat ? Apakah Islam seperti itu akan menghubungkan timur dan barat ? tentu sekali tidak !
Justeru itu saya meminta anda semua untuk lebih berhati-hati bila menyatakan sesuatu perkara atau menerima sesuatu yang sudah dianggap umum, sedangkan tidak ada sebarang fakta terhadapnya.
Adel Al-Jubeir
Menteri Luar Arab Saudi
No comments:
Post a Comment