Tak faham ini.
Minggu lepas, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan PH tiba-tiba mengeluarkan kenyataan untuk memuji kerajaan BN semasa saya Perdana Menteri.
Kata strategi kita baik, Kita di landasan yang betul. Kita berjaya.
Kita tarik pelaburan swasta sebanyak RM1.9 Trilion.
MITI puji lagi bahawa perdagangan Malaysia cemerlang pada tahun 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan paling tinggi dalam tempoh 13 tahun.
Pagi ini pula, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kerajaan PH memuji kerjayaan BN sejak tahun 1950 kerana telah membangunkan negara dengan kadar pertumbuhan yang jauh lebih tinggi berbanding kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia dan ekonomi-ekonomi baru muncul yang lain serta di dalam keadaan inflasi terkawal dan kadar pengangguran yang rendah.
PH juga puji BN kerana mewariskan sebuah negara berdaya saing yang amat kuat pada peringkat antarabangsa.
Bukan selama ini, PH dan DAP selalu menuduh negara rosak, negara hancur dan negara telah bankrap setelah 60 tahun di bawah BN termasuk dalam tempoh saya dan tempoh PM ke-4?
Apa terjadi tuduhan-tuduhan ramai rakyat menganggur, mati kebuluran atau terpaksa makan pasir dan rumput di bawah BN?
Kini tiap-tiap minggu, PH puji BN pula.
PH sudah puas memfitnah dan kini mahu cuba memuji kita, ke?
Malangnya, BN tetap kalah teruk jika dibanding dengan Menteri PH yang satu itu setelah dia berjaya menarik pelaburan asing mencecah RM1.6 Trilion dari seorang pelabur sahaja untuk buat kereta.
Betul atau tidak, Pak Menteri PH?
No comments:
Post a Comment