Tuesday, August 23, 2016

CALON MCA TELAH BERSEDIA PRU 14





MCA mengorak langkah kedepan seawal mungkin dalam persediaan mereka menghadapi pilihanraya PRU ke 14 akan datang. Menurut Presiden MCA , Datuk Seri Liow Tiong berkata MCA telah memuktamadkan calon-calonnya bagi  Pilihanraya Umum ke 14 nanti (PRU14). Ini  merupakan satu tindakan awal MCA untuk menawan kembali kerusi-kerusinya yang tidak dimenangi pada PRU 13 yang lalu. 

Justeru itu Tiong Liow akan mengadakan pertemuan dengan dengan semua Menteri Besar termasuk Ketua Menteri bagi menbincangkan tentang calon yang sesuai untuk dipilih pada PRU 14 nanti. 


MCA amat sedar yang sokongan kaum cina perlu ditagih semula bagi memenangkan calon Barisan Nasional. Untuk itu calon yang dipilih bukan sahaja dipersetujui oleh parti tetapi harus diterima oleh rakyat. Sebelum itu MCA telah mengemukan senarai awal kepada Presiden BN iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemilihan itu dibuat dan dibahagikan dalam beberapa kategori bagi sesuai dengan kehendak rakyat. MCA akan melipat gandakan usaha dan fokus untuk merampas kembali kerusi-kerusi tersebut. 

Menurut Tiong Lai, beliau akan memohon untuk mendapatkan kembali tiga kerusi yang telah dipinjamkan kepada UMNO pada PRU lepas iaitu Kuantan, Gelang Patah dan Wangsa Maju. 

Ketiga-tiga kerusi itu telah dipinjamkan kepada UMNO dan MCA akan mendapatkannya semula  serta yakin UMNO akan membantu MCA  bagi memenangkan kerusi-kerusi tersebut terutama pengundi Melayu. 

MCA telah bekerja keras dalam mendapat sokongan kaum cina sejak awal lagi dan akan sentiasa terus membantu dan memberi khidmat kepada rakyat walaupun dikawasan yang MCA kalah. Semangat untuk membantu rakyat tidak pernah pudar dalam jentera MCA.

MCA telah lama membuat persiapan, sekiranya berlaku pilihanraya dalam masa terdekat ini, MCA sedia menghadapinya termasuklah Pulau Pinang yang berura-ura hendak mengadakan piliharaya negeri. 

Sokongan kaum cina pada di dua PRK baru-baru ini telah menyuntik semangat MCA untuk terus melaksanakan tugas bagi memenangkan Barisan Nasional. 




No comments:

Post a Comment