Tuesday, August 23, 2016

KENAL PASTI PUNCA KEGANASAN


Pengganas dan keganasan bukanlah istilah baru dalam sejarah negara Malaysia. Dalam konteks dalam negara, Malaysia sudah lama mengenali dan berhadapan dengan pengganas serta berjaya mengatasi mereka. Sejarah negara memaparkan kejayaan Malaysia mengekang pengganas komunis sehingga mereka meletakkan senjata pada 2 Disember 1989. Dengan kebijaksanaan pemimpin negara, perjuangan 41 tahun pengganas komunis akhirnya berkubur.
Hari ini pengganas sudah lagi tidak menunjukkan bentuk. Mereka sudah mempunyai organisasi dan dana yang besar. Apa yang lebih penting pada kerajaan adalah untuk memahami kehendak dan jiwa mereka.Oleh itu dalam usaha mengekang dan menghapuskan terus ancaman pengganas kerajaan perlu mengenal siapa mereka dan apa yang mereka mahu.
Justeru itu persoalan yang pertama sekali ialah bagaimana kita hendak menentukan siapa pengganas. Perkara ini amat penting di beri perhatian kerana terdapat segelintir rakyat kita mengiktiraf perjuangan pengganas ini. Mereka menghormati dan menganggap perjuangan pengganas ini sebagai pejuang kemerdekaan dan kematian mereka dianggap satu jihad.
Oleh itu jika mahukan semua penduduk dunia menyertai dalam peperangan menentang keganasan maka dunia perlu memastikan pengganas adalah pengganas kepada semua orang disetiap tempat dan masa.
Takrifan pengganas ini boleh berubah mengikut keadaan, masa dan tempat. Contohnya kumpulan pelampau Yahudi , Irgun dan Stern Gang pada satu masa dahulu pernah dianggap sebagai pengganas dan diburu oleh British, tetapi hari ini mereka menjadi pemimpin yang dihormati di Israel. Begitu juga dengan Jomo Kenyatta dan Robert Mugabe dahulu mereka digambarkan sebagai pengganas dan dikutuk oleh British hari ini menjadi pemimpin dan dihormati dinegaranya. Irish Republican Army (IRA) juga memerupakan organisasi pengganas yang dikatakan mendapat sokongan dan dokongan kewangan dari Amerika Syarikat. Jelas sekali label pengganas berubah mengikut masa, tempat dan keadaan.
Dalam keadaan dunia yang memberikan takrifan yang berbeza-beza berkenaan keganasan dan pengganas, adalah amat sukar untuk menyatukan masyarakat dunia dalam menyertai peperangan menentang pengganas. Bagaimana mungkin untuk memerangi pengganas andai di satu pihak menentang pengganas dan disebelah pihak satu lagi memberi perlindungan kepada perjuangan mereka. Justeru itu misi untuk menentang pengganas menjadi amat sukar dan mustahil.
Sesuatu organisasi pengganas perlulah disasarkan kepada akitiviti jenayah yang mereka lakukan bukannya disasarkan kepada seseorang individu, sesebuah kumpulan, kaum, bangsa atau agama tertentu. Bagaimana dunia boleh mentakrifan seorang kanak-kanak Palestin yang memegang batu sebagai entiti pengganas yang cuba menyerang tentera Israel yang lengkap bersenjata ?
Justeru itu apabila dunia bersetuju dengan satu takrifan keganasan maka ianya akan lebih mudah untuk mengenal pasti pengganas. Walaupun perjuangan mereka dianggap mulia dan menentang penindasan terhadap keganasan yang mereka terima, tetapi dengan mengunakan keganasan sehingga mencedera dan membunuh orang yang tidak berdosa maka perbuatan ini juga perlu dicegah dan ditentang. KEGANASAN TIDAK BOLEH DIHAPUSKAN DENGAN MENCIPTA SATU LAGI KEGANASAN.
Pengganas hari ini bukanlah orang yang menwar-warkan hasrat mereka untuk melakukan tindakan keganasan. Mereka bukanlah askar yang berpakaian seragam, biasanya mereka tidak dapat dikenali sehingga mereka melakukan perbuatan ganas yang tidak disangka-sangka. Mereka kelihatan seperti orang biasa. Mereka tidak perlu tinggal di negara tertentu dan boleh berada mana-mana sahaja. Malahan mereka boleh hidup sebagai orang yang sangat biasa di mana-mana negara pun.
Malaysia sebagai sebuah negara yang pernah berperang menentang pengganas mempunyai pengalaman mengalahkan gerila pemberontak terlatih yang percaya bahawa mereka tidak akan dapat dikalahkan. Namun selepas mereka berjuang selama 42 tahun 1948 hingga 1990, pengganas di Malaysia telah memilih untuk meletakkan senjata. Kejayaan ini bukan hanya diusahakan duhujung muncung senjata, tetapi dengan memahami punca keganasan itu berlaku.
APA YANG LEBIH PENTING ADALAH MENGHAPUSKAN PUNCA BERLAKUNYA KEGANASAN.

SUMBER : Friends of Kedaulatan

No comments:

Post a Comment