Tercipta sejarah pada selasa lepas apabila termeterainya perjanjian persefahaman antara Kerajaan Malaysia dengan Republik Singapura berkenaan projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) yang bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura.
Memorandum persefahaman ini telah ditandatangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Koordinasi Pengangkutan Infrastruktur Singapura Khaw Boon Wan yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong.
Pembinaan HSR dijadualkan bermula awal 2018 sehingga siap pada 2025 dan akan diuji perlaksanaannya selama setahun sebelum dibenarkan untuk beroperasi pada tahun berikutnya.
Landasan yang bakal dibina adalah sepanjang 350km, 335km akan dibina di Malaysia dan selebihnya 15km lagi di Singapura. Landasan yang mempunyai dua trek yang bertentangan akan melalui lapan perhentian bermula di Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban , Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat , Iskandar Puteri dan Singapura.
Keretapi yang berkelajuan 300km/jan akan mengambil masa 90 minit dari Kuala Lumpur ke Singapura berbanding perkhidmatan hari ini yang memgambil masa lebih kuranf 11 jam.
Keseluruhan kos projek ini dikatakan menelan belanja antara RM50-RM60 bilion. Malaysia dan Singapura akan memulakan tawaran tender antarabangsa pada bulan ogos dan akan melantik rakan kongsi pembinaan bersama selepas projek itu diumukan nanti.
Persefahaman yang ditandatangani ini merupakan hasil dari perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Kementerian Pengankutan dan pihak berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTD).
Dalam MoU ini telah dipersetujui beberapa perkara termasuk aspek teknikal , model komersial, pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) urusan keselamatan , rangka kerja kawal aturan dan pengurusan projek.
Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan, pembangunan HSR yang berorentasikan pengangkutan yang melalui kawasan perumahan awam akan memaksimumkan dan memudahkan akses kepada pengangkutan awam.
"Saya percaya projek HSR akan mengubah landskap pengangkutan dan akan membawa manfaat sosial dan pemangkin pertumbuhan ekonomi jangka panjang kepada kedua-dua negara.
No comments:
Post a Comment