Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang terlibat secara langsung dalam insiden ini berikrar akan berusaha membawa penjenayah yang menembak jatuh MH17 ke muka pengadilan. Dua tahun lepas pesawat MJ17 ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine.
Peristiwa ini amat memberi kesan kepada rakyat Malaysia kerana sebelum itu, pesawat MAS MH370 hilang secara misteri dan sehingga kini usaha mencarinya masih menemui jalan buntu. Perbuatan jenayah ini perlu dibawa kemuka pengadilan.
Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak menegaskan akan terus memperjuangkan nasib 298 penumpang berserta anak kapalnya yang terbunuh.Menurutnya, Malaysia akan terus memperjuangkan keadilan tentang pekara ini melalui saluran undang-undang antarabangsa.
Seluruh warga dunia amat marah dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat penumpang. "Kami tidak akan sekali-kali melupakan penumpang dan anak kapal berkenaan, juga kepiluan yang dirasai keluarga mangsa. Doa dan harapan kami mengiringi mereka dalam melalui hari-hari yang amat menyedihkan itu," kata Najib.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia menunggu rumusan awal laporan penyelidikan forensik mengenai Penerbangan MH17 oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang dianggotai Australia, Brazil, Belgium, Belanda dan Ukraine, menjelang akhir tahun ini, termasuk jenis senjata yang digunakan dan maklumat penting lain secara terperinci.
Pesawat MH17 ketika itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh di ketinggian 3000 kaki pada 17 julai 2014 di timur Ukraine berhampiran dengan sempadan Rusia.
Pelbagai teori yang ditimbul oleh masyarakat dunia terhadap insiden ini. Ada sesetengah dari teori itu menyatakan pesawat itu ditembak dari udara ke udara, tetapi pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda Tjibbe Joustra menyatakan pesawat itu ditembak dengan peluru berpandu permukaan ke udara BUK di ruang udara Ukraine.

No comments:
Post a Comment